Showing posts with label ::: makanan rohani :::. Show all posts
Showing posts with label ::: makanan rohani :::. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Bicara Cinta Nya Oleh Ustazah Asni


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kan dah cakap aku iltizam dengan sepenuh tekad kalau boleh nak attend semua ceramah yang HELWANI buat sempena minggu BISIS. Tapi apekan daya, malam 14 Mac tu kami ade ulangkaji dengan pihak KOM sebab nak perikse olahraga kan. Tak leh la aku attend talk Ustazah Asni dari awal.







Mase aku pegi ni dah kat pukul 11 lebih dah. Tengok jam kat dinding tu kan. HIHI. Nasib baik ulangkaji buat kat dean sebelah aje. Ade la rezeki aku nak dengar sejam.

Ustazah Asni serious kelakar. Aku kan datang lambat, so tak leh nak highlight sangatlah main point dye. Tapi yang aku tahu sebagai perempuan kene belajar jadi isteri solehah. HAHAHA.





Walaupun gambar inteframe Kak Kein dan muke aku buruk habis. Ni lah tandanya dah jumpe Ustazah Asni. :)

Sunday, March 10, 2013

Kuliah Dhuha Ustaz Don Daniyal @ Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dah lame sungguh aku tak pergi Masjid Hasanah. Sibuk sangat kengkonon nye. Kengkonon je la. Tapi hari tu mase duk lalu lalang depan Taman Tasik Cempaka ternampak satu banner kuliah dhuha Ustaz Don kat Masjid Hasanah. Sungguh malang sebab waktu dan tarikh tak nampak pulak. Kecik ngat banner tu. 

Oleh kerana Ustaz Don berjaya menambat hati dengan hadis dalam Forum Sayonara Jahiliyyah kat maktab hari tu, erus membuak-buak nak pergi dengar talk beliau lagi. Gagah la malam semalam duk Google. Nasib baik terjumpe FB Masjid Hasanah dan terus taw waktu dia pukul 9 pagi. HIHIHI. Tido awal tu nak dengar kuliah Ustaz Don punye pasal. 

Moge-moge niat nak aku tak salah. HAHA.



Gambar sendiri memang nampak bayang-bayang serban Ustaz Don je la kan.


Jemaah perempuan ramai amat. Sampai imam sound awal-awal supaya jaga kedudukan lelaki dan perempuan. Sebab dah nampak macam rapat sangat aje. Mule-mule aku pun duk kat kawasan laki sebenarnye. Malu punye pasal kene sound terus ke belakang. 

Ekcelli niat duk situ bukan nak menggatal ke ape, tapi kalau aku la alang-alang pegi bia nampak jelas. Ye dok. Kalau nampak muke kat skrin LCD je baik aku bukak 30 minit Ustaz Don kat TV Al Hijrah aje. Buleh plak buat ayat backup diri tu. Maap pak cik imam. HIHI. 







U see. Aku very very very sukelah dengan orang Bangi. Kat tempat rekreasi ramai, kat tempat ilmu pun ramai. Seimbang lah orang kate. That`s wahy I really love Bandar Baru Bangi. Ayat patploh kali duk ulang supaya menjadi doa untuk posting sini. =P

Honestly speak, aku kat kampung tak pernah pegi saje-saje nak dengar kuliah kat masjid dekat umah aku tu. Sebab kosong. Penuh dengan agenda politik. Terbalik pulak dah kan.







Ehem. Nampak clear semacam je gambar kan. Haruslah clear sebab curi dari FB masjid. HAHA. Lawak betul Ustaz ni. Boleh pulak dia marah cameraman ambik gambar dia mase dia tengah belakon jadi pokok.







Pengisian hari ni umum je. Mule-mule kiteorang belajar Tajwid sikit. Baca surah Al-Anfaal ayat 24. Kat situ ustaz terangkan hukum alif wasal. 

Untuk peringatan balik. Alif wasal ni ialah alif yang diatasnya ade tanda sod kecil. Bile berhenti bacaan dia akan ikut huruf ketiga. Kalau huruf ketiga bertanda atas atau bawah alif itu akan dibaca mengikut tanda baris bawah. Tapi kalau huruf ketiga bertanda baris di depan, bacaan alif dibaca dengan baris hadapan lah. HAHA. Tak faham eh? Tak faham gi cari kitab tajwid balik. Tu bagi yang tak pernah tahu lah. 

Aku nak try tulis contoh tapi blog ni orang kapiaq kot yang reka nak tekan alif wasal pun tak jadi. HAHA.


Lepas terangkan tajwid. Ustaz masuk ayat hukum sikit pasal maksud ayat tu jugak yang menerangkan hukum wajib menyahut seruan Allah dan Rasullah. 






Surah al-Anfaal, ayat 24:

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan




Umumnya seruan Allah tu melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Nya lah. Ustaz Don jugak banyak cite pasal Sirah Rasullah . Bagaimana kita harus sayang pada Rasullah macam mana Rasullah sayang pada kita? Kite mungkin tak dapat hayati sangat rasa cinta pada Rasullah sebab ajaran kita dari kecil. Tapi jangan jadikan tu lah sebagai alasan. Terus belajar sampai ke liang lahad.

Jadi, jom ubah (kata Ustaz Don) pada generasi anak-anak kite nanti. Gantikan fairy tale yang entah pape yang asyik berangan nak kawen dengan putera raja tu dengan kisah-kisah menarik pasal Nabi Muhammad S.A.W. Misalnya kisah Rasullah panggil pokok, dan pokok pun menyahut sebab ikut suruhan Allah dalam surah tadi tu.

See. Ramai tak tahu kisah ni kan. Even dah tua bangka pun teruje dengar kisah cam ni. Apetah lagi lah budak-budak kan, So please, terapkan pada baitul muslim anda nanti. *bling-bling pikir anak ade berapa kan* MUEHEHE.

Lepas kuliah, jemaah ramai-ramai bangun dan selawat sama-sama. Ala-ala lagu qasidah gitu.






Kat luar masjid pulak ade banyak gerai yang jual muslim dan muslimah stuff yang murah-murah.

Tu je lah cite hari ni.
Entry hari ni bukan nak riak. Hanya nak berkongsi satu ayat. :)



Thursday, March 7, 2013

Road to Praktikum


 Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dah lame dah aku dapat tahu di mana aku akan buat sebulan praktikum yang pertama ni, cume tak sempat nak hupdate kat blog aje.

Dan, hari Isnin lepas aku dengan tekadnya pegi round-round cari sekolah ni, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Bangi Bangi. Alhamdullilah dekat memang dekat lah, tak sampai 15 minit pun kot dari maktab. Dekat pasar malam yang aku selalu gi tu aje. Unit praktikum memang tahu kot aku suke gi pasar malam, tu yang dia bagi sini ni. HIHIHI.






Mase ni Rahmah Ram yang ikut sekali aku tengok kawasan. Rakan sepraktikum Cik AH kite sibuk sikit. Tu yang tak ajak beliau tu.
So far aku dah borak-borak jugak lah dengan pak guard situ dan dia kate ok-ok je la kot sekolah ni. HAHA.






Nak kate gembira dapat sekolah dekat pun tak juge sebab kesian kat Rahmah Ram dengan Nida yang jauhhhh dapat nun di Bandar Tasik Selatan, KL u.

Jadik cikgu KL lah korang pas ni. Moge-moge selamat lah dari halangan jem. Mungkin ade hikmah yang tersembunyi tuk korang.






Ehem. Ni semangat tak semangat la. Saje beli awal-awal tak nak terlambat beli dan menyesal di kemudian hari sebab buku habis macam Kak Farahin dulu. 

Aku beli gune baucer buku jadik save lah 50 hinggit. 





Tak cukup dengan persediaan fizikal dan tempat sahaja. Nah hambik ni, aku siap pergi kot dengar ceramah ni. HAHAHA. Bagus sangat-sangat forum ni. Membuka minda supaya buat persiapan untuk berjuang di medan perguruan April ni. Ni kalau tak cemerlang jugak aku tak tahu la kan. HAHAHA.


Kawan-kawan, doakan aku dapat buat yang terbaik untuk praktikum ni ye. Paling koman pun, aku dapat kawal kelas dengan baik. Tu pun aku dah bersyukur sangat-sangat. 


Bulan Inspirasi SISWI


 Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sejak classmate ku sayang, Aisyah Humaira naik menjadi Exco Hal Wanita Islam ni macam-macam program dah Aisyah buat. Seronok sangat.

Sekarang pun tengah berlangsungnya Bulan Inspirasi Siswi.





Haaaa. Ambik kau semua yang glamer-glamer tu ade.








Syukur dah dapat jumpe Ustaz Zaharuddin secara live walaupun dari jauh pandangan. HIHI. 









Forum Travelog Hijrahku ni pun bestttt sangat. Dulu dengar Kak Yatt aku tak teruje sangat. Minat pun so so je lah sebab aku suke tengok dia berlakon dalam Ular Emas tu. Real kot baik dia. HAHAHA. Tapi sekarang dah minat kot lepas Kak Yatt ni bagi talk. So sweeeet. Rase macam nak ciom-ciom. Comel ngat. HAHAHA. Lari Kak Yatt kalau bace post ni.





Mase 28 Februari ari tu pun aku yang tak pernah-pernah nak join program ni dah terjoin sebab ajakan Rahmah Ram. Kami masuk OH MY ENGLISH. Terus bajet-bajet tengah recording Running Man sebab tugasan dalam race ni macam Running Man. Terhibur sangat ahkak-ahkak ni dik. HAHA. Macam-macam lah main hari tu, tak larat nak cite sebab tahu tak dak sape nak bace. HIHI.

Name team kiteorang Elianware sempena botol air pink Rahmah Ram. =P





Dan malam ni pulak... Jeng jeng . Kelas aku hantar team nasyid. Dan ofkos la aku pun jadi mangsa kan. HAHA. Padahal dulu dah buat announcement dah nak retired sebab tak pernah menang. Tapi asyik join je. HAHAHA.

Kalau boleh nak join semua aktiviti yang diorang ni buat. Nak suruh orang liat pergi program macam aku ni join haruslah jemput orang-orang glamer kan. HAHAHA. Nanti nak jumpe Dr Farhan Hadi dan Ustazah Asni pulak. Yeay!!!





Forum Sayonara Jahilliyah


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Entry ni nak cite pengalaman pergi program yang adik-adik junior tahun satu buat hujung minggu lepas. Masyaa Allah. Besar, grand, marvellous, terbaik dan macam-macam kata-kata pujian lah yang boleh bagi kat adik-adik penganjur kali ni.

Best sangat forum yang diorang buat ni. Ape tak nye first time punye forum aku boleh jumpe live empat selebriti sekaligus. Kau mampu? Nak jemput sorang pun susah. HAHA.






Tengok Amin Idris jadi moderator macam tengah tengok tv kat Al Hijrah. Bersahaja tapi banyak sangat unsur humour. Satu kepala lah dengan Ustaz Don tu. Asyik nak buat orang gelak aje.

Malam tu kiteorang macam khusus berkongsi penghijrahan Diana Amir kot. Tapi ade la unsur-unsur ilmiah dengan Hilal Aysraf dan jugak Ustaz Don.

Hilal Asyraf pun bile bercakap, Ya Rabb isi semua lengkap. Macam salin sebijik-sebijik dekat Al-Quran dan Hadis.






Gambar curik dari FB sape tah. HAHA.

Penuh dewan malam tu. Bukan dalam dewan aje penuh, kerusi bawah khemah kat luar pun penuh jugak. Memang bagus sangat sambutan penduduk setempat.

Dalam forum ni, aku tertarik dengan kata-kata Ustaz Don pasal Hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))


Sebenarnya dah lame aku mencari keterangan sebenar-benarnya pasal Hadis ni. Ade macam-macam penerangan ustaz yang aku dah dengar tapi hati aku tetap tak puas dan tak dapat kesimpulan. Tapi, tak kan nak bersangka buruk dengan Hadis Nabi. Jadi kupujuk hatiku dengan kata, Insya Allah mesti ade jawapan di sebalik Hadis. Dan mungkin nanti akan ade orang yang dapat terangkan persoalan aku ni. Ecewahhh ayat kan. HIHI.

Alhamdullilah, malam tu Ustaz Don merubah segala-galanya. Baru aku faham maksud mengapa lelaki kena pilih isteri yang cantik. Maksud cantik tu sebenarnya cantik dipandangan mata lelaki itu. Bukan ikut konteks pemikiran masyarakat. Senang kata, menenangkan mata dan hati lelaki tu lah. Sebabnye yang nak hadap isterinya hari-hari nanti lelaki tersebut.

Dulu bile aku dengar hadis ni, aku tak leh nak fikir ape relevan Rasullah kata kene cari isteri yang cantik. Well, u know dalam hati kecil aku pernah berkata-kata: abis tu aku yang dah la tak cantik, tak de harta, tak de keturunan yang ramai ni macam mana pulak. Sapa yang nak pilih. MUEHEHEHE.

Sekarang I got it. Tenkiu Ustaz Don.

Tu lah pasal Hilal Asyraf cakap kalau nak menuntut ilmu ni kene banyak guru barulah banyak fahaman dan keterangan yang akan kite dapat. Jom penuhi majlis-majlis ilmu. =)


Friday, January 18, 2013

Qasidah Ya Hanana (betapa beruntungnya kami)



Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Mase jengjalan kat home FB tadi ternampak Cik Zahiyah share qasidah ni. Qasidah Ya Hanana ni memang dah sangat femes dari tahun lepas lagi kan? Pengaruh Syeikh Habib yang dikembangkan oleh Sham Kamikaze. HIHI. 

Mase ni terfikir jugak. Dah dekat dah Maulidur Rasul. Next week aje pun. Mase ni aku mengaku je lah lemah  iman, jarang sangat ingat Rasullah.(Aku la tu, bukan korang). Bile dah dekat-dekat bulan kelahiran baginda barulah semangat tu berkobar-kobar balik. Nanti bile dah jauh, jauh lagi ke?Nauzubillah. Harap sangat sayang Rasullah sayang selamanya. Tak nak dah lupe-lupe kejap pastu ingat balik lepas dengar Sirah je. 

Bagi orang yang iman pasang surut macam aku ni, meh kite dengar qasidah ni sebagai salah satu cara inovasi nak selalu ingat Rasullah. Seriuos lagi sedap dari Gangnam style. HAHA. 





Antara bait-bait maksud yang aku kopi dalam video ni:

Ya Allah, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan, dan keberkatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya
Telah muncul agama yang dibawa dengan kemunculan sang Nabi Ahmad (Nabi Muhammad)
Betapa beruntungya kami mendapat Muhammad S.A.W itulah anugerah daripada Allah S.W.T
Betapa beruntungnya kami


Ya Allah, untungnya kami jadi umat Nabi Muhammad. Untungnya kami dapat seruan agama yang dibawa baginda. Untungnya kami dapat hidup dalam naungan Islam lepas nabi dah susah payah, jerit perih nabi nak kembangkan Islam. Yang Allah, untungnya kami. 


Harapnye kalau bulan-bulan lepas kite layan BTOB je,(aku ler tu)  minggu ni kurangkanlah k-pop bagai. Banyak-banyaklah bukak qasidah. 


Rase malas sungguh nak gi kelas, yelah dah petang-petang Jumaat macam ni pun kelas aku sampai ke nun 4.30 nanti. Tapi, bile pikir zaman nabi dulu, Allahhhh. . . . tak terlawan kuatnye azam nabi. Ni nak gi kelas dengar lecture je pun malas. 

*Ya Allah, dan engkau hapuskan dan jauhkanlah perasaan riak dalam penulisan ini walau sebesar zarah, niat hanya ingin berkongi. Amin*

Saturday, August 4, 2012

Iftar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lihat sahaja tarikh peristiwa ini berlaku. Terbuktilah aku sememangnya blogger pemalas bukan?

Berbalik pada tajuk kita kali ni, aku mahu ceritakan sedikit sebanyak experienced tahun ini di mana aku berbuka puasa di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi secara terus menerus. (aku memang bercadang nak type skema-skema je sebab aku ngantuk tapi degil tak nak tido)


10 Ramadhan yang lalu merupakan detik perst time aku berbuka di masjid luar ketika berbuka puasa instead of Surau Ar-Rahman di SMKA Kuala Abang dan Masjid Imam As-Shafei di IPG Kampus Pendidikan Islam. Aku akui sebab yang membuatkan aku terlintas untuk berbuka di masjid pada mulanya bukan lah semata-mata nak beribadat tapi sebab aku malas dah nak pikir menu apa yang aku nak berbuka setiap hari. Dah la bazar Ramdhan pun asyik penuh je. Aku dah malas pulak nak bersesak-sesak sekarang ni.


 Langkah pertama keputusan nak berbuka di masjid disulami dengan perasaan aku yang serius sangat nebes masa ni takut-takut acaner kalau aku pergi masjid and then makanan tak cukup ke? Acaner tu? Ini ternyata menunjukkan iman aku memang tak setimpal korang lah kan. 


Walaupun aku pergi sorang-sorang je  sambil bajet-bajet inesen tak habis pada hari pertama kerana FH period. Maaf FH dedahkan tarikh period ko, Allah ternyata amat memahami hambanya sebab aku pasti akan terserempak dengan salah sorang budak batch aku dan kami akan berbuka sama-sama.



Bersama Shakina di tempat berbuka puasa di perkarangan Masjid Hasanah.



Gambar ni mungkin Ramadhan yang ketiga kot aku join. Mase ni sangat hepi sebab ade geng lain pulak rupenye yang datang. Yes, aku tidak keseorangan lagi.










Dilah yang selalu datang join jugak dengan Tihal.











Muke-muke baru masuk blog aku. Shakina Hassan. Adilah dan Tihal. Semua ni budak kelas 02. Sebab tu lah jarang masuk blog aku. Apepun kami same kos. Jadi sangat rapat walaupun tak sekelas.









Kalau Kak Na tengok gambar ni. Habis lah, mati aku ni. Dia siap pesan dah jangan masuk dalam blog. HIHIHI. Tapi mane buleh, ni sebagai kenangan untuk anak suami akan datang. HIHIHI.









Tidak lama kemudian, muncul geng Nani Syafiqah dan Syahira. HIHI.










Mar pun ade. :) Lalu, kami berbukalah secara berjemaah.










Salah satu sebab aku demand sangat tak nak solat terawih dekat masjid dalam maktab dan sanggup bersusah payah datang sini ialah sebabnya aku sangat selesa berterawih kat ruang luar masjid ni. Memang cool habis. Sejuk yang teramat sangat. Kat luar ni bukan angin sepoi-sepoi bahasa dah. Bertalu-talu dah angin dye. 


Ye lah kan, tak salah kalau nak selesa sikit sambil berterawih. HIHI.








Ni yang tak leh blah ni. Balik je dari masjid, geng Nani ajak aku pekena burger kukus and gril dekat Kelisa. Bagi yang duk kat Bangi, landmark dye senang je. Betol-betol depan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.








Pak Cik Bagus yang terserlah kebagusannya. Buat burger sambil pakai kopiah. Dah la burger dye murah je. RM 2.50 je. Add on cheese kena tambah singgit. Amacam detail tak citer aku. HHIHIHI.










Nani dan Fahani buat onar dalam gambar ni.









Motor aku parking bagus je kat belakang. HAHAHA.









Sambil ngumpat-ngumpat ape tah. Kami bergembira tunggu burger.









Jarang-jarang je hang out dengan diorang ni. Banyak spend time bile ade PRS je.









Ouh, I lap uolls sebab suke sangat ambik gambar. HIHIHI.








Disebabkan waktu akhir masuk maktab ialah pukul 11 malam, kiteorang terpaksa membawa pulang burger tersebut untuk dipelahap di kafe maktab aje. HAHAHA. Gambar diorang ni memang tak leh blah. 

Monday, June 25, 2012

Seminar Rumahku Syurgaku @ JAKIM Putrajaya


 Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Masuk hari ni, dah  masuk minggu ke dua aku start semester baru di semester 4. Lame cuti, lame jugak lah tak update blog. :)

Walaupun baru jugak lah semester ni bermula, tapi macam-macam program dah di buat. Hari Khamis lepas bersamaan 21 Jun 2012 PRS bawak kami ahli-ahlinya ke Seminar Rumahku Syurgaku yang dianjurkan oleh JAKIM Putrajaya untuk kakitangan kerajaan umumnya.




Fatimah Syarha Mohd Noordin


Aku agak excited jugak lah sebab first time tengok Fatimah Syarha secara live depan mata. HIHI. Jakun sungguh. Subhanallah. Memang kagum dengan peribadi dye. Talk dye simple tapi menyenangkan jiwa para pendengar. 

Penceramah : Fatimah Syarha Mohd Noordin (Penulis dan Pendakwah)
Tajuk Ceramah : Luahan Hati "Dibawah Redhamu"

Main point Ceramah : 
1. Ada 1001 sebab mengapa kita perlu kasihi ibu bapa kita: 
- Mak telah 'pilih' ayah yang terbaik untuk kita, ayah pula telah 'pilih' mak yang terbaik untuk kita
- Kita lahir bukan dari anak zina
- Mak dan ayah susah payah usaha untuk dapat anak
- Kita selesa dalam perut mak, tapi mak derita setiap hari
- Mak sakit bersalin, ayah usaha cari kelengkapan untuk kita hidup selesa
- Mak dan ayah lahirkan kita sebagai Muslim yang kenal agama

2. Cerita anak derhaka Khunfusa
- Pada zaman Saidina Umar ada seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya bernama Khunfusa.
- Saidina Umar bertanya kepada kepada Khunfusa mengapa dia derhaka kepada ibu bapanya.
- Khunfusa menjawab, sebelum dia derhaka kepada ibu dan bapanya, ibu bapanya telah terlebih dahulu derhaka kepadanya.
- Saidina Umar bertanya lagi, mengapa kamu katakan begitu wahai Khunfusa?
- Khunfusa berkata, ayahnya telah derhaka kepadanya kerana telah memilih ibu yang tidak baik kepadanya, ayahnya juga memberikan nama yang tidak elok kepadanya iaitu Khunfusa yang bermaksud 'LIPAS KUDUNG'.

3. Pahala ibu yang baru bersalin ibarat bayi yang baru lahir di dunia terhapus segala dosa-dosanya

Pengajaran :
1. Jadi anak yang baik 
2. Buat persiapan untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik kepada anak-anak
3. Jika ibu bapa kita tidak seperti ibu bapa orang lain, kita harus jadi positif dan belajar daripada kelemahan ibu bapa kita



Ustaz Suhaimi bin Wakid

Ustaz ni seriuos sangat sempoi dan best dengan lawak-lawaknya. Biase la kan bile kite dengar satu-satu ceramah kalau penyampaian terlalu formal leh kalah jugak mata ni. Tapi aku konfem dengan ustaz ni, susah kot nak terlelap. Nak tido pun rase sayang je. HIHI. Nak -nak lagi cakap pasal kawen kan, mesti la laju je nak dengar. HIHI. Ustaz banyak cerita pengalaman beliau kat Pejabat Agama. 

Penceramah : Ustaz Suhaimi bin Wakid (JAIS)
Tajuk Ceramah : Bicara : "Pelangi Cinta"

Main point Ceramah : 
1. Masalah dalaman umat Islam boleh bermula apabila mengabaikan bacaan Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran segala penyakit dalaman boleh diubati.
2. Wajib yakin kepada Al-Quran sebagai mukjizat Rasullah dan tidak putus berdoa meminta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
3. Matlamat Perkahwinan:
- Mencapai kebahagiaan kehidupan berumah tangga
- Bahagia di dunia dan akhirat
- Mencari keredhaan Allah
-Mengikut garis panduan syara` dalam memenuhi tuntutan nafsu







YB Senator Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang rasmikan seminar ni. Memang tak dapat dinafikan beliau memang tersangat cun la.






Nida terserempak dengan Ustazah Zawiah Hassan Muallimah dalam Ustazah Pilihan tu. HIHI. Class kau Nida. HIHI.




Nida. Fira. Mah. Kak Ja.

Kami mengambil gambar kenang-kenangan tanda sudah sampai di JAKIM. HIHIHI.





Sebahagian kakitangan yang ade kat sini. :)

Sebenarnya ade jugak slot dengan Ustaz Badli Shah petang tu tapi sebab mata dah ngok ngek ngok ngek tak denye nak ambik gambar. Kiteorang dah kroh-kroh dah. HUHUHU. Tapi bagus la seminar ni, seharian aku duk hafal lagu Ayah dan Ibu je. Boleh meningkatkan kasih sayang berkeluarga. Harus dibuat selalu dan jemput panel-panel lain lagi. Wajib jugak ajak kami lagi. HEHE. 

Kredit kat Nida sebab sponsor gambar. Salam. 









Saturday, May 5, 2012

Karnival Imarah KARIMS @ Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Akhirnya, aku ade jugak kekuatan untuk update post hari ni. Tak de tangguh-tangguh. HIHI.

Hujung minggu ni bersamaan dengan 4-6 Mei 2012 ni sebenarnye ade Karnival Imarah Masjid di Masjid Hasanah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dalam 10 minit gitu ler dari maktab. 

Aku dah niat nak pegi dari petang semalam lagi kat sini, tambah-tambah pulak semalam ade slot Ustaz Zaharudin.net kot. HUHU. Tapi, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya sebab Ustaz Zulina nak buat pulak kuliah ganti. Terpaksa ler aku pendamkan hajat nak berjumpa dengan ustaz pujaan hati tu. Leh tengok kat Solusi jo lah.






Alhamdullilah, malam ni Allah perkenan gak hasrat hati nak menyinggah kat sini. Aku merempit dengan Fiza kua kire-kire pukul 6.15 petang. Pegi-pegi isi perut dulu kat PKNS. HIHI. Lepas je Maghrib, kami datang sini. 






Ade la gerai-gerai kat sini. Tapi waktu ni orang lengang lagi. Waktu sembahyang lagi kan.







Asyik gambor FH je ler gamaknye.







Persatuan masjid-masjid yang jual ni. Bundle punye pasal 3 helai singgit je. Kalau nak leh la datang sini. HIHI.







Lepas jer berjemaah solat Maghrib, terus tazkirah dari Panelis Tanyalah Ustaz, Ustaz Shauqi Othman. Ustaz banyak jawab soal-soal keutamaan ibadat dalam agama. Best.







FH lagi. Di tepi FH ade Kak Syikin dengan Kak Wani. Ex senior . 






FH terjumpe baby lak kat luar.






Lepas je solat Isya` berjemaah ade konsert. Kumpulan nasyid Far East yang datang. Memang gemersik habis la kan suare depa semua ni.








Dah cube bermacam cara, tapi ni je lah hasilnya. Tak jelas kan. Sobsobsob.








Sambil-sambil tu minum Chocolate Ice Blended dan makan Mat Salai Lamb. Pergh sedap gile Mat Salai ni rupenye. Esok aku nak beli lagi, Lamb dye betol-betol bes. Tak de la mahal sangat lak tu. HIHI. 







Ni la satu-satunye gambar aku. Vibrate lak tu. HAHA. Tak sempat nak tengok konsert sampai habis. Kul 10.30 dah tak leh masuk asrama. Tu yang dalam sedih balik jugak pukul 10.10 tadi. HUHU. Insya Allah esok nak pegi lagi dengar ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang pulak. HIHI.