Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Seminar Rumahku Syurgaku @ JAKIM Putrajaya


 Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Masuk hari ni, dah  masuk minggu ke dua aku start semester baru di semester 4. Lame cuti, lame jugak lah tak update blog. :)

Walaupun baru jugak lah semester ni bermula, tapi macam-macam program dah di buat. Hari Khamis lepas bersamaan 21 Jun 2012 PRS bawak kami ahli-ahlinya ke Seminar Rumahku Syurgaku yang dianjurkan oleh JAKIM Putrajaya untuk kakitangan kerajaan umumnya.




Fatimah Syarha Mohd Noordin


Aku agak excited jugak lah sebab first time tengok Fatimah Syarha secara live depan mata. HIHI. Jakun sungguh. Subhanallah. Memang kagum dengan peribadi dye. Talk dye simple tapi menyenangkan jiwa para pendengar. 

Penceramah : Fatimah Syarha Mohd Noordin (Penulis dan Pendakwah)
Tajuk Ceramah : Luahan Hati "Dibawah Redhamu"

Main point Ceramah : 
1. Ada 1001 sebab mengapa kita perlu kasihi ibu bapa kita: 
- Mak telah 'pilih' ayah yang terbaik untuk kita, ayah pula telah 'pilih' mak yang terbaik untuk kita
- Kita lahir bukan dari anak zina
- Mak dan ayah susah payah usaha untuk dapat anak
- Kita selesa dalam perut mak, tapi mak derita setiap hari
- Mak sakit bersalin, ayah usaha cari kelengkapan untuk kita hidup selesa
- Mak dan ayah lahirkan kita sebagai Muslim yang kenal agama

2. Cerita anak derhaka Khunfusa
- Pada zaman Saidina Umar ada seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya bernama Khunfusa.
- Saidina Umar bertanya kepada kepada Khunfusa mengapa dia derhaka kepada ibu bapanya.
- Khunfusa menjawab, sebelum dia derhaka kepada ibu dan bapanya, ibu bapanya telah terlebih dahulu derhaka kepadanya.
- Saidina Umar bertanya lagi, mengapa kamu katakan begitu wahai Khunfusa?
- Khunfusa berkata, ayahnya telah derhaka kepadanya kerana telah memilih ibu yang tidak baik kepadanya, ayahnya juga memberikan nama yang tidak elok kepadanya iaitu Khunfusa yang bermaksud 'LIPAS KUDUNG'.

3. Pahala ibu yang baru bersalin ibarat bayi yang baru lahir di dunia terhapus segala dosa-dosanya

Pengajaran :
1. Jadi anak yang baik 
2. Buat persiapan untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik kepada anak-anak
3. Jika ibu bapa kita tidak seperti ibu bapa orang lain, kita harus jadi positif dan belajar daripada kelemahan ibu bapa kita



Ustaz Suhaimi bin Wakid

Ustaz ni seriuos sangat sempoi dan best dengan lawak-lawaknya. Biase la kan bile kite dengar satu-satu ceramah kalau penyampaian terlalu formal leh kalah jugak mata ni. Tapi aku konfem dengan ustaz ni, susah kot nak terlelap. Nak tido pun rase sayang je. HIHI. Nak -nak lagi cakap pasal kawen kan, mesti la laju je nak dengar. HIHI. Ustaz banyak cerita pengalaman beliau kat Pejabat Agama. 

Penceramah : Ustaz Suhaimi bin Wakid (JAIS)
Tajuk Ceramah : Bicara : "Pelangi Cinta"

Main point Ceramah : 
1. Masalah dalaman umat Islam boleh bermula apabila mengabaikan bacaan Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran segala penyakit dalaman boleh diubati.
2. Wajib yakin kepada Al-Quran sebagai mukjizat Rasullah dan tidak putus berdoa meminta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
3. Matlamat Perkahwinan:
- Mencapai kebahagiaan kehidupan berumah tangga
- Bahagia di dunia dan akhirat
- Mencari keredhaan Allah
-Mengikut garis panduan syara` dalam memenuhi tuntutan nafsu







YB Senator Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang rasmikan seminar ni. Memang tak dapat dinafikan beliau memang tersangat cun la.






Nida terserempak dengan Ustazah Zawiah Hassan Muallimah dalam Ustazah Pilihan tu. HIHI. Class kau Nida. HIHI.




Nida. Fira. Mah. Kak Ja.

Kami mengambil gambar kenang-kenangan tanda sudah sampai di JAKIM. HIHIHI.





Sebahagian kakitangan yang ade kat sini. :)

Sebenarnya ade jugak slot dengan Ustaz Badli Shah petang tu tapi sebab mata dah ngok ngek ngok ngek tak denye nak ambik gambar. Kiteorang dah kroh-kroh dah. HUHUHU. Tapi bagus la seminar ni, seharian aku duk hafal lagu Ayah dan Ibu je. Boleh meningkatkan kasih sayang berkeluarga. Harus dibuat selalu dan jemput panel-panel lain lagi. Wajib jugak ajak kami lagi. HEHE. 

Kredit kat Nida sebab sponsor gambar. Salam. 









Saturday, May 5, 2012

Kem Motivasi Anak Soleh @ SRA Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dah lame satu-satunye persatuan yang aku aktif di maktab iaitu Pembimbing Rakan Siswa tak buat aktiviti. Tapi lepas je kursus asas siri 2 (yang aku tak hupdate) untuk PRS lama dan jugak baru hari tu kami terus dapat jemputan untuk pelbagai event di sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang. HIHI.




Fasi-fasi bergambar kenangan.






Salah satu slot yang kami handle ialah Slot Siapa Saya. Mase ni Aisyah (dalam gambar ni) tengah nangis sebab dye tatau nak jadi ape. Kire macam da tatau jugak, lagi la dye nangis. Standard kem motivasi la kan, pas kene basuh, terus ade cita-cita  budak ni. HIHI. Ni silap-silap mak dye bukak blog aku ni, habis aku. HAHA.







Gaya Syahmi (adik super junior) mase tazkirah lepas Qiam.






Abu sibuk layan budak-budak. Budak same batch ngan aku Abu ni. Tapi disebabkan dye kos Math, tak pena tegur sape. Lepas join ni barulah ngam sekejap. HIHI.






Super junior Syahmi dan Iqbal yang suka sakat orang tapi time leleh sakan jugak diorang ni join bebudak nangis. HAHAHA.





Overall nye sekolah ni bes sebab dari kecik diorang dah ade basic agama. Nakal-nakal budak biase je la. Dah la kecik-kecik pun dah pandai jage ikhtilat. HIHIHI. Kagum-kagum.






Antara fasi perempuan yang join. :)

Aku update entry ni just overall program je. Tak dapat nak update step by step. :)Pape pun thanxs for reading.