Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Mase jengjalan kat home FB tadi ternampak Cik Zahiyah share qasidah ni. Qasidah Ya Hanana ni memang dah sangat femes dari tahun lepas lagi kan? Pengaruh Syeikh Habib yang dikembangkan oleh Sham Kamikaze. HIHI.
Mase ni terfikir jugak. Dah dekat dah Maulidur Rasul. Next week aje pun. Mase ni aku mengaku je lah lemah iman, jarang sangat ingat Rasullah.(Aku la tu, bukan korang). Bile dah dekat-dekat bulan kelahiran baginda barulah semangat tu berkobar-kobar balik. Nanti bile dah jauh, jauh lagi ke?Nauzubillah. Harap sangat sayang Rasullah sayang selamanya. Tak nak dah lupe-lupe kejap pastu ingat balik lepas dengar Sirah je.
Bagi orang yang iman pasang surut macam aku ni, meh kite dengar qasidah ni sebagai salah satu cara inovasi nak selalu ingat Rasullah. Seriuos lagi sedap dari Gangnam style. HAHA.
Antara bait-bait maksud yang aku kopi dalam video ni:
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan, dan keberkatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya
Telah muncul agama yang dibawa dengan kemunculan sang Nabi Ahmad (Nabi Muhammad)
Betapa beruntungya kami mendapat Muhammad S.A.W itulah anugerah daripada Allah S.W.T
Betapa beruntungnya kami
Ya Allah, untungnya kami jadi umat Nabi Muhammad. Untungnya kami dapat seruan agama yang dibawa baginda. Untungnya kami dapat hidup dalam naungan Islam lepas nabi dah susah payah, jerit perih nabi nak kembangkan Islam. Yang Allah, untungnya kami.
Harapnye kalau bulan-bulan lepas kite layan BTOB je,(aku ler tu) minggu ni kurangkanlah k-pop bagai. Banyak-banyaklah bukak qasidah.
Rase malas sungguh nak gi kelas, yelah dah petang-petang Jumaat macam ni pun kelas aku sampai ke nun 4.30 nanti. Tapi, bile pikir zaman nabi dulu, Allahhhh. . . . tak terlawan kuatnye azam nabi. Ni nak gi kelas dengar lecture je pun malas.
*Ya Allah, dan engkau hapuskan dan jauhkanlah perasaan riak dalam penulisan ini walau sebesar zarah, niat hanya ingin berkongi. Amin*
No comments:
Post a Comment