Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dah lame dah aku dapat tahu di mana aku akan buat sebulan praktikum yang pertama ni, cume tak sempat nak hupdate kat blog aje.
Dan, hari Isnin lepas aku dengan tekadnya pegi round-round cari sekolah ni, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Bangi Bangi. Alhamdullilah dekat memang dekat lah, tak sampai 15 minit pun kot dari maktab. Dekat pasar malam yang aku selalu gi tu aje. Unit praktikum memang tahu kot aku suke gi pasar malam, tu yang dia bagi sini ni. HIHIHI.
Mase ni Rahmah Ram yang ikut sekali aku tengok kawasan. Rakan sepraktikum Cik AH kite sibuk sikit. Tu yang tak ajak beliau tu.
So far aku dah borak-borak jugak lah dengan pak guard situ dan dia kate ok-ok je la kot sekolah ni. HAHA.
Nak kate gembira dapat sekolah dekat pun tak juge sebab kesian kat Rahmah Ram dengan Nida yang jauhhhh dapat nun di Bandar Tasik Selatan, KL u.
Jadik cikgu KL lah korang pas ni. Moge-moge selamat lah dari halangan jem. Mungkin ade hikmah yang tersembunyi tuk korang.
Ehem. Ni semangat tak semangat la. Saje beli awal-awal tak nak terlambat beli dan menyesal di kemudian hari sebab buku habis macam Kak Farahin dulu.
Aku beli gune baucer buku jadik save lah 50 hinggit.
Tak cukup dengan persediaan fizikal dan tempat sahaja. Nah hambik ni, aku siap pergi kot dengar ceramah ni. HAHAHA. Bagus sangat-sangat forum ni. Membuka minda supaya buat persiapan untuk berjuang di medan perguruan April ni. Ni kalau tak cemerlang jugak aku tak tahu la kan. HAHAHA.
Kawan-kawan, doakan aku dapat buat yang terbaik untuk praktikum ni ye. Paling koman pun, aku dapat kawal kelas dengan baik. Tu pun aku dah bersyukur sangat-sangat.




wah.. mantap!!!! sama2 kita doakan agar dpt lakukan yg terbaik dan tiada masalah yg dtg semasa praktikum.. Amin :)
ReplyDelete@Cikgu Fikri
ReplyDeletehaha. mane ade mantop. aminnn. cikgu fik dapat mane?
dia dpt jerlok,kjg
ReplyDelete