Showing posts with label jalan2 =). Show all posts
Showing posts with label jalan2 =). Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Kem Permata Insan Part 3 @ Petrosains

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Akhirnya impian aku nak gi Petrosains tercapai jugak memandangkan aku join batch Super Junior mase lawatan depa hari tu. Gumbira betol aku. HIHI.




Ingatkan roket ni gerak pegi mane lah kan. Rupenye duk gegor-gegor dalam tu jep. HAHA. Boleh la kan dari tak naik langsung. Naik ni bayor 3 hingget.




Memang banyak stesen kat sini. Ni aku dah kat stesen pelantar minyak dah ni.






Macam-macam boleh rase kat sini. Ade jugak dia tunjukkan bilik pekerja pelantar minyak cam ne. 





Kemain naik helikopter. HAHA. Ni pun bayor 3 hengget.





Bile lapar sila lah singgah di Molecule Cafe dalam Petrosains ni. Aku suggest kan beli donut aising dia. Sedap sangat sampai lupe nak snap pic.






Me and Cik AH come here. :)





Disebabkan hari Jumaat, kena lah temankan budak lelaki sembahyang Jumaat kat Masjid KLCC.






Me dukung Mia becok. Adoi, Suke sangat budak-budak ni. Ade je cite diorang.





Lepas je solat kiteorang masuk balik sebab nak gi Sultan of Sciene Exhibition lak.






Tumpang ambik gambar bang. HIHI.





Bergambor je kejenye.





Dan memang ni je gambar kat sini sebab dah penat gile. Dalam exhibition Sultan of Sciene tu tak de lah banyak sangat barang yang boleh diterokai tapi best la takat nak tahu tu. Tapi Petrosains memang superb. Mule-mule naik gendola tu je aku dah kagum gile. HAHA.





Dan tadaaaa. Hari last kami makan kambing golek betol lepas dipropa kan dari dulu lagi. Tak sangka kami makan betol punya. HAHA. 

Takat ni je lah cite kem ni. Aku pun tak tahu sama ada kem depan aku join ke tak lagi. :)

Sunday, March 17, 2013

Bina Insan Guru Semester 5 Fasa 1 - Benchmark di SMAP Labu

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari Jumaat bersamaan 15 Mac 2013 sekali lagi ade program bacth iaitu BIG. BIG kali ni ialah benchmark di SMAP Labu. Dari kecik aku dengar name sekolah ni, Alhamdullilah akhinya jejak jugak kaki kat sini walaupun tak delah sebagai student kan. HIHI.





Pintu gerbang SMAP Labu.









 Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua SMAP Labu. Pengetua cemerlang ni. 







Visi yang jarang-jarang jumpe.







Ucapan dari Ketua Unit Gerko, Puan Anisah yang comel. Sayang sangat kat puan sebab sangat memahami kami.






Suasana dalam dewan.






Antara bahan pameran yang disediakan, ada contoh bahan bantu mengajar, modul, profil guru, album gambar dan banyak lagi lah.






Kami satu batch serbu kantin sekolah.






\\



Adik Nida form 6 kat sini. Terus buat tautan mahabbah.







Lepas rehat kami dibawak jalan-jalan tengok kawasan sekolah.







Kagum tengok student ni. Rupenye dia student dari Thailand yang belajar program pertukaran kat sini. Huda Lohma dari Yala.






Bergambar kenangan dengan adik yang bawak kami jalan-jalan.






Lepas tu baru lah ada sesi perkongsian dengan Guru Cemerlang subjek PQS, Ustazah Fatimah Awang. Kagum sungguh cikgu ni bergred DG 52 kot. Lepas search kat Google , aku tahu yang basic gaji dia saja pun dah 5 k. HAHAHA.

Banyak lah yang ustazah ni kongsikan, sangat berguna sebagai persediaan semua bakal guru.









Memori budak kelas.






Bersama sebahagian budak batch perempuan.





Budak batch lelaki. :)











Thursday, March 7, 2013

Big Bad Wolf Sale February 2013

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari tu mase whatsapp dengan Kumin yang comel dia ade tanya kate nak jumpe tak. Bla bla bla. Last-last Kumin tercerite yang kat Mines tengah buat Big Bad Wolf Sale ni. Kan Kumin kan? HIHI.

So, tak tahu nape nak sangat try aku ajak ler FH pergi hari tu jugak naik Cik WKY dia kan.
Cari punye cari then jumpelah Mines Exhibition tu. First time jumpe walaupun dah banyak kali gi Mines. 





Di depan pintu masuk.






Muke tak sabar nak masuk.






Bile dah masuk kami lagi teruje tengok limpahan buku yang ada walaupun orang kate sale ni tak de la sale besar macam dolu-dolu diorang buat.






Aku dah tak sabar-sabar dah mase ni nak menggunakan baucer buku 250 hinggit yang kami ade tu. Malangya, dua tiga kali aku round tetap aku tak jumpe buku yang berjaya menarik minat aku. MUEHEHEHE. Aku ingatkan aku je yang mengalami sindrom yang same, upenye Nida pun macam tu jugak. 

Tambah tak nak beli lagi membuak bile tengok orang beratur nak membayor  omak ai  panjang barisan. Terus ajak FH gi lain. HAHAHA. FH bebel kot mase ni. 

Sorry Kumin. Kumin penah kate kalau tak best jangan marahkan dia. HAHAHA. Kite tak salahkan awak pun. Kite tulis ni ikhlas je. At least kite dah pernah pergi BBW. HIHI.

Honestly, buku dia memang murah gile.Average buku lawa-lawa, tebal-tebal pun paling mahal baru 30 hinggit.  Tapi kalau ko spesis tengok buku BI terus mata nak wassalam. Balik lah weh. Nak-nak lagi kalau pelajar pengkhususan agama macam aku, better pergi Pesta Buku Islam kat Putrajaya baru 250 tu rase sikit je kot. HIHI. 


Namun, lepas je merayau-rayau tak tentu hala dalam Mines. Aku dan FH terjumpe kedai spek murahhhh. Tu yang terus buat spek baru tu. Alahai. 





Lain yang dicari. Lain yang dapat erk. HAHA.


Friday, February 22, 2013

Sony Centre 2013

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sejurus aje balik dari kampung aku dah set dah dengan Nida mahu ke Low Yatt. Yeah. Haruslah membelanjakan sedikit harta dari KPM di sini. HIHI.

Walaupun dalam kepala otak aku dah ade sasaran ape yang nak dibeli tapi tetaplah kalau datang sini kene pusing-pusing jugak sebab sesat. Hadoooi. Lame jugak mencari Sony Centre ni. Sekarang pun aku dah lupe same ade kat UG atau G atau LG. HIHI.






Sesi jual beli.
Aku tatau nape aku macam terikat aje dengan Sony. Ingat nak Samsung tapi last-last ambik Sony jugak. Lagi pun rase mudah dan murah beli kat sini. Sebab centre kan.





Kak Na pun ikut same sebab nak beli kamera. Beli sebijik same dengan aku punye kamera pulak tu. HAHA. Dan, kalau korang tenung mesti tahu jugak aku beli ape kan. Kalau menyampah tak nak tenung pun tak pe, tutup je lah terus blog cabuk ni. HAHAHA.





Dah pergi Sony Centre, dan The Hub untuk capai barangan WD terus rase gelap gulita kot akaun BSN aku. HAHAHA. 

Ok bai. Sorry if annoying. :D

Sunday, February 3, 2013

Taman Botani 2013

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Oleh kerana minggu ni hanya ada satu cuti hujung minggu sebab semalam ada kelas ganti yang begitu meletihkan, jadi hari Ahad yang damai lagi menenangkan seperti hari ini haruslah diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah. 

Makanye, aku dan Nida telah bangun awal-awal di pagi hari untuk join senamrobik MP Kj macam 2 minggu lepas tu dengan harapan menggunung agar segala lemak yang jahat lagi degil keluar meninggalkan badan kami. HIHI. Kali ni lebih meriah sebab Wa dengan Rahmah Ram pun join sekali. 





Minggu ni gambo tak meriah sebab aku ni kalau ade event-event yang same je aku pergi, mule lah malas nak tulis entry. HIKHIK. Ni pun aku snap instructor senamrobik tu tengah bagi kelas intensif kat mak cik-mak cik yang semangat suruh ajar step mambo. Class kau Jah. :P


Tapi tak tahu lah nape hari ni macam tak best pulak senamrobik ni. Mungkin kes datang lewat kot jadi mood luntur siket. Akhirnye aku buat idea spontan nak pegi maen basikal dekat Taman Botani dan tak sangke idea aku dipersetujui oleh jemaah menteri ni. HIHI.






Tadaaa. Dah sampai pun Taman Botani. Bermula dengan gambo Rahmah Ram. 






Lame woo kiteorang tunggu turn nak sewa beskal ni. Ramai pulak orang hari ni. 






Rasenye tiap-tiap tahun aku pergi sini kot. Dah tak terkire berapa banyak kali datang sini. Mungkin entry 2 tahun lepas pun ade gambo pose macam ni. Tak berkembang langsung cite ni, yang berkembang kot lemak-lemak badan je. DAMN.







Gambar kurang menyenangkan . Tetttt.







Dah macam jadik perkara wajib aje kalau datang Taman Botani nak buat pre shoot bagai. HAHA. :) Tolong lah. Tolong lah jangan menyampah dengan aksi kawan-kawan saya ni. Eceh, macam saya ni baik sangat aje gayenye. HIHI.







Ehem. Sebelah Rahmah Ram sesaat kau datang sesaat kau hilang.






Ni pun port same gak macam port dulu. 






Rahmah Ram mucul menggantikan FH yang kini kian sibuk dan sudah tidak mempunyai masa bersama orang tersayang lagi. Dah ar, FH bawak la WKY tu tanpa kehadiran kami. SOB SOB SOB. Ni bukan ayat emo taw. Jangan perasaan eh FH. HIHI.






Yang tiada usah dikenang. Mari kite berjimbe. Esok kelas tak leh nak berjimbe-jimbe baring-baring atas tanah bagai dah.






Kawan-kawan, mari kite ambik gambar kat sini lagi tahun depan. Dan kite jadikan bukit bunge kemboje ni tempat kegemaran kite sampai bile-bile. HEHEH. Ade-ade aje.







Kali ni punye cycling tak jauh mane pun. Round laluan utama satu pusingan aje sebab matahari dah mula nak tegah dah ni.





Sebelum balik sempat jugak naik canopy walk tak gerun langsung ni jap. HEHEH. 
Ni mungkin cerite ke 10 atau lebih pasal Taman Botani. Tak de cite lain ke LOLOLOLOL. :P

Tata!!!