Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lihat sahaja tarikh peristiwa ini berlaku. Terbuktilah aku sememangnya blogger pemalas bukan?
Berbalik pada tajuk kita kali ni, aku mahu ceritakan sedikit sebanyak experienced tahun ini di mana aku berbuka puasa di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi secara terus menerus. (aku memang bercadang nak type skema-skema je sebab aku ngantuk tapi degil tak nak tido)
10 Ramadhan yang lalu merupakan detik perst time aku berbuka di masjid luar ketika berbuka puasa instead of Surau Ar-Rahman di SMKA Kuala Abang dan Masjid Imam As-Shafei di IPG Kampus Pendidikan Islam. Aku akui sebab yang membuatkan aku terlintas untuk berbuka di masjid pada mulanya bukan lah semata-mata nak beribadat tapi sebab aku malas dah nak pikir menu apa yang aku nak berbuka setiap hari. Dah la bazar Ramdhan pun asyik penuh je. Aku dah malas pulak nak bersesak-sesak sekarang ni.
Langkah pertama keputusan nak berbuka di masjid disulami dengan perasaan aku yang serius sangat nebes masa ni takut-takut acaner kalau aku pergi masjid and then makanan tak cukup ke? Acaner tu? Ini ternyata menunjukkan iman aku memang tak setimpal korang lah kan.
Walaupun aku pergi sorang-sorang je sambil bajet-bajet inesen tak habis pada hari pertama kerana FH period. Maaf FH dedahkan tarikh period ko, Allah ternyata amat memahami hambanya sebab aku pasti akan terserempak dengan salah sorang budak batch aku dan kami akan berbuka sama-sama.
Bersama Shakina di tempat berbuka puasa di perkarangan Masjid Hasanah.
Gambar ni mungkin Ramadhan yang ketiga kot aku join. Mase ni sangat hepi sebab ade geng lain pulak rupenye yang datang. Yes, aku tidak keseorangan lagi.
Dilah yang selalu datang join jugak dengan Tihal.
Muke-muke baru masuk blog aku. Shakina Hassan. Adilah dan Tihal. Semua ni budak kelas 02. Sebab tu lah jarang masuk blog aku. Apepun kami same kos. Jadi sangat rapat walaupun tak sekelas.
Kalau Kak Na tengok gambar ni. Habis lah, mati aku ni. Dia siap pesan dah jangan masuk dalam blog. HIHIHI. Tapi mane buleh, ni sebagai kenangan untuk anak suami akan datang. HIHIHI.
Tidak lama kemudian, muncul geng Nani Syafiqah dan Syahira. HIHI.
Mar pun ade. :) Lalu, kami berbukalah secara berjemaah.
Salah satu sebab aku demand sangat tak nak solat terawih dekat masjid dalam maktab dan sanggup bersusah payah datang sini ialah sebabnya aku sangat selesa berterawih kat ruang luar masjid ni. Memang cool habis. Sejuk yang teramat sangat. Kat luar ni bukan angin sepoi-sepoi bahasa dah. Bertalu-talu dah angin dye.
Ye lah kan, tak salah kalau nak selesa sikit sambil berterawih. HIHI.
Ni yang tak leh blah ni. Balik je dari masjid, geng Nani ajak aku pekena burger kukus and gril dekat Kelisa. Bagi yang duk kat Bangi, landmark dye senang je. Betol-betol depan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.
Pak Cik Bagus yang terserlah kebagusannya. Buat burger sambil pakai kopiah. Dah la burger dye murah je. RM 2.50 je. Add on cheese kena tambah singgit. Amacam detail tak citer aku. HHIHIHI.
Nani dan Fahani buat onar dalam gambar ni.
Motor aku parking bagus je kat belakang. HAHAHA.
Sambil ngumpat-ngumpat ape tah. Kami bergembira tunggu burger.
Jarang-jarang je hang out dengan diorang ni. Banyak spend time bile ade PRS je.
Ouh, I lap uolls sebab suke sangat ambik gambar. HIHIHI.
Disebabkan waktu akhir masuk maktab ialah pukul 11 malam, kiteorang terpaksa membawa pulang burger tersebut untuk dipelahap di kafe maktab aje. HAHAHA. Gambar diorang ni memang tak leh blah.
No comments:
Post a Comment