Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Masuk hari ni, dah masuk minggu ke dua aku start semester baru di semester 4. Lame cuti, lame jugak lah tak update blog. :)
Walaupun baru jugak lah semester ni bermula, tapi macam-macam program dah di buat. Hari Khamis lepas bersamaan 21 Jun 2012 PRS bawak kami ahli-ahlinya ke Seminar Rumahku Syurgaku yang dianjurkan oleh JAKIM Putrajaya untuk kakitangan kerajaan umumnya.
Fatimah Syarha Mohd Noordin
Aku agak excited jugak lah sebab first time tengok Fatimah Syarha secara live depan mata. HIHI. Jakun sungguh. Subhanallah. Memang kagum dengan peribadi dye. Talk dye simple tapi menyenangkan jiwa para pendengar.
Penceramah : Fatimah Syarha Mohd Noordin (Penulis dan Pendakwah)
Tajuk Ceramah : Luahan Hati "Dibawah Redhamu"
Main point Ceramah :
1. Ada 1001 sebab mengapa kita perlu kasihi ibu bapa kita:
- Mak telah 'pilih' ayah yang terbaik untuk kita, ayah pula telah 'pilih' mak yang terbaik untuk kita
- Kita lahir bukan dari anak zina
- Mak dan ayah susah payah usaha untuk dapat anak
- Kita selesa dalam perut mak, tapi mak derita setiap hari
- Mak sakit bersalin, ayah usaha cari kelengkapan untuk kita hidup selesa
- Mak dan ayah lahirkan kita sebagai Muslim yang kenal agama
2. Cerita anak derhaka Khunfusa
- Pada zaman Saidina Umar ada seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya bernama Khunfusa.
- Saidina Umar bertanya kepada kepada Khunfusa mengapa dia derhaka kepada ibu bapanya.
- Khunfusa menjawab, sebelum dia derhaka kepada ibu dan bapanya, ibu bapanya telah terlebih dahulu derhaka kepadanya.
- Saidina Umar bertanya lagi, mengapa kamu katakan begitu wahai Khunfusa?
- Khunfusa berkata, ayahnya telah derhaka kepadanya kerana telah memilih ibu yang tidak baik kepadanya, ayahnya juga memberikan nama yang tidak elok kepadanya iaitu Khunfusa yang bermaksud 'LIPAS KUDUNG'.
3. Pahala ibu yang baru bersalin ibarat bayi yang baru lahir di dunia terhapus segala dosa-dosanya
Pengajaran :
1. Jadi anak yang baik
2. Buat persiapan untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik kepada anak-anak
3. Jika ibu bapa kita tidak seperti ibu bapa orang lain, kita harus jadi positif dan belajar daripada kelemahan ibu bapa kita
Ustaz Suhaimi bin Wakid
Ustaz ni seriuos sangat sempoi dan best dengan lawak-lawaknya. Biase la kan bile kite dengar satu-satu ceramah kalau penyampaian terlalu formal leh kalah jugak mata ni. Tapi aku konfem dengan ustaz ni, susah kot nak terlelap. Nak tido pun rase sayang je. HIHI. Nak -nak lagi cakap pasal kawen kan, mesti la laju je nak dengar. HIHI. Ustaz banyak cerita pengalaman beliau kat Pejabat Agama.
Penceramah : Ustaz Suhaimi bin Wakid (JAIS)
Tajuk Ceramah : Bicara : "Pelangi Cinta"
Main point Ceramah :
1. Masalah dalaman umat Islam boleh bermula apabila mengabaikan bacaan Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran segala penyakit dalaman boleh diubati.
2. Wajib yakin kepada Al-Quran sebagai mukjizat Rasullah dan tidak putus berdoa meminta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
3. Matlamat Perkahwinan:
- Mencapai kebahagiaan kehidupan berumah tangga
- Bahagia di dunia dan akhirat
- Mencari keredhaan Allah
-Mengikut garis panduan syara` dalam memenuhi tuntutan nafsu
YB Senator Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang rasmikan seminar ni. Memang tak dapat dinafikan beliau memang tersangat cun la.
Nida terserempak dengan Ustazah Zawiah Hassan Muallimah dalam Ustazah Pilihan tu. HIHI. Class kau Nida. HIHI.
Nida. Fira. Mah. Kak Ja.
Kami mengambil gambar kenang-kenangan tanda sudah sampai di JAKIM. HIHIHI.
Sebahagian kakitangan yang ade kat sini. :)
Sebenarnya ade jugak slot dengan Ustaz Badli Shah petang tu tapi sebab mata dah ngok ngek ngok ngek tak denye nak ambik gambar. Kiteorang dah kroh-kroh dah. HUHUHU. Tapi bagus la seminar ni, seharian aku duk hafal lagu Ayah dan Ibu je. Boleh meningkatkan kasih sayang berkeluarga. Harus dibuat selalu dan jemput panel-panel lain lagi. Wajib jugak ajak kami lagi. HEHE.
Kredit kat Nida sebab sponsor gambar. Salam.
No comments:
Post a Comment