Sunday, March 10, 2013

Kuliah Dhuha Ustaz Don Daniyal @ Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dah lame sungguh aku tak pergi Masjid Hasanah. Sibuk sangat kengkonon nye. Kengkonon je la. Tapi hari tu mase duk lalu lalang depan Taman Tasik Cempaka ternampak satu banner kuliah dhuha Ustaz Don kat Masjid Hasanah. Sungguh malang sebab waktu dan tarikh tak nampak pulak. Kecik ngat banner tu. 

Oleh kerana Ustaz Don berjaya menambat hati dengan hadis dalam Forum Sayonara Jahiliyyah kat maktab hari tu, erus membuak-buak nak pergi dengar talk beliau lagi. Gagah la malam semalam duk Google. Nasib baik terjumpe FB Masjid Hasanah dan terus taw waktu dia pukul 9 pagi. HIHIHI. Tido awal tu nak dengar kuliah Ustaz Don punye pasal. 

Moge-moge niat nak aku tak salah. HAHA.



Gambar sendiri memang nampak bayang-bayang serban Ustaz Don je la kan.


Jemaah perempuan ramai amat. Sampai imam sound awal-awal supaya jaga kedudukan lelaki dan perempuan. Sebab dah nampak macam rapat sangat aje. Mule-mule aku pun duk kat kawasan laki sebenarnye. Malu punye pasal kene sound terus ke belakang. 

Ekcelli niat duk situ bukan nak menggatal ke ape, tapi kalau aku la alang-alang pegi bia nampak jelas. Ye dok. Kalau nampak muke kat skrin LCD je baik aku bukak 30 minit Ustaz Don kat TV Al Hijrah aje. Buleh plak buat ayat backup diri tu. Maap pak cik imam. HIHI. 







U see. Aku very very very sukelah dengan orang Bangi. Kat tempat rekreasi ramai, kat tempat ilmu pun ramai. Seimbang lah orang kate. That`s wahy I really love Bandar Baru Bangi. Ayat patploh kali duk ulang supaya menjadi doa untuk posting sini. =P

Honestly speak, aku kat kampung tak pernah pegi saje-saje nak dengar kuliah kat masjid dekat umah aku tu. Sebab kosong. Penuh dengan agenda politik. Terbalik pulak dah kan.







Ehem. Nampak clear semacam je gambar kan. Haruslah clear sebab curi dari FB masjid. HAHA. Lawak betul Ustaz ni. Boleh pulak dia marah cameraman ambik gambar dia mase dia tengah belakon jadi pokok.







Pengisian hari ni umum je. Mule-mule kiteorang belajar Tajwid sikit. Baca surah Al-Anfaal ayat 24. Kat situ ustaz terangkan hukum alif wasal. 

Untuk peringatan balik. Alif wasal ni ialah alif yang diatasnya ade tanda sod kecil. Bile berhenti bacaan dia akan ikut huruf ketiga. Kalau huruf ketiga bertanda atas atau bawah alif itu akan dibaca mengikut tanda baris bawah. Tapi kalau huruf ketiga bertanda baris di depan, bacaan alif dibaca dengan baris hadapan lah. HAHA. Tak faham eh? Tak faham gi cari kitab tajwid balik. Tu bagi yang tak pernah tahu lah. 

Aku nak try tulis contoh tapi blog ni orang kapiaq kot yang reka nak tekan alif wasal pun tak jadi. HAHA.


Lepas terangkan tajwid. Ustaz masuk ayat hukum sikit pasal maksud ayat tu jugak yang menerangkan hukum wajib menyahut seruan Allah dan Rasullah. 






Surah al-Anfaal, ayat 24:

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan




Umumnya seruan Allah tu melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Nya lah. Ustaz Don jugak banyak cite pasal Sirah Rasullah . Bagaimana kita harus sayang pada Rasullah macam mana Rasullah sayang pada kita? Kite mungkin tak dapat hayati sangat rasa cinta pada Rasullah sebab ajaran kita dari kecil. Tapi jangan jadikan tu lah sebagai alasan. Terus belajar sampai ke liang lahad.

Jadi, jom ubah (kata Ustaz Don) pada generasi anak-anak kite nanti. Gantikan fairy tale yang entah pape yang asyik berangan nak kawen dengan putera raja tu dengan kisah-kisah menarik pasal Nabi Muhammad S.A.W. Misalnya kisah Rasullah panggil pokok, dan pokok pun menyahut sebab ikut suruhan Allah dalam surah tadi tu.

See. Ramai tak tahu kisah ni kan. Even dah tua bangka pun teruje dengar kisah cam ni. Apetah lagi lah budak-budak kan, So please, terapkan pada baitul muslim anda nanti. *bling-bling pikir anak ade berapa kan* MUEHEHE.

Lepas kuliah, jemaah ramai-ramai bangun dan selawat sama-sama. Ala-ala lagu qasidah gitu.






Kat luar masjid pulak ade banyak gerai yang jual muslim dan muslimah stuff yang murah-murah.

Tu je lah cite hari ni.
Entry hari ni bukan nak riak. Hanya nak berkongsi satu ayat. :)



No comments:

Post a Comment