Showing posts with label Saya Bangga Menjadi Guru. Show all posts
Showing posts with label Saya Bangga Menjadi Guru. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

First Praktikum April 2013 @ SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Memang lama gile tak hupdate blog kan. Last entry Mac 2013 kot. Muehehehe. Tu lah, bile April je totally aku masuk dalam fasa sibuk gile. Bukan sibuk main-main. Segala perit pedih sendu hiba yang senior-senior dulu duk cite semua dah aku rase sekali selama sebulan tu. 

Actually nasib aku tak de lah teruk sangat pun. Dapat sekolah pun dah dekat gile kot. Nida kuar bilik pukul 6 setengah sebab sekolah kat KL kan. Aku siap boleh tido-tido lagi kot 6 setengah tu. HIHI. Cume, tu lah disebalik kesenangan mesti ade kesulitan dan begitulah sebaliknya. 

Cabaran praktikum kali ni sebab aku dapat penyelia pensyarah yang amat tegas. Kat sekolah pun sama ustazah yang sangat tegas dan berdedikasi. Tapi, nak kate sampai kene dera tu tak lah. Aku bersyukur jugak  ustazah pembimbing aku, walaupun dia tegas tapi aku rasa senang je bekerja dengan dia. Banyak ilmu yang dia perbaiki aku sebab hari-hari diobserve. HAHAHA. Same jugak dengan penyelia aku. At least aku dengan Cik AH boleh la jadi manusia yang berguna sikit kan sebab hari-hari dapat lesson baru. Ade hikmah semua yang berlaku kan.






4 Bestari dengan penanda buku yang aku bagi.






Diorang lah anak murid first aku yang official. Nakal tak terkire, tapi undercontrol lagi la.






Kami diberi task lukis mural kat bilik j-QAF sebagai task projek kami.







Tak sempat sebab sibuk punye pasal, hari last day kat sekolah baru lah boleh buat semua ni.






Sempat lagi diorang lambai kat kami. 







Ni lah kawan-kawan praktikum aku. Kami berenam kat sini.







Selama ni tak pernah baik dengan Wawa dengan Nad. Tapi bila praktikum, dengan diorang la kami sesama mengadu nasib. HIHI. Kawan baru saya cikgu Tesl.






Kalau Wawa dengan Nad aku baru kenal, apetah lagi Comel dengan Yazid. Diorang cikgu BM yang super rajin. HIHI. Baik sangat sebab selalu buat keje amal tulis surat lantikan lah apelah untuk kiteorang. Best kawan dengan diorang ni.






Ni lah sahabat susah senang aku. Cik AH. Bile aku ade kelas tak de selera nak makan, dia pun tak makan. Bile sedih, dua-dua sedih. Bila dia gaduh dengan kakak j-QAF dengan aku-aku rase nak tumbuk akak j-QAF tu, erat jugak lah kan sepanjang praktikum ni. Doakan kami baik-baik selamanya. :)






Gambar tak tersusun langsung. HAHA. Lantak lah kan. Ni lah gambar mural yang dah siap tu.








Persahabatan yang baru dibina. Malam lepas je dari praktikum, kami terus makan steamboat. Mase ni lah nak curahkan azab seksa satu bulan sesama.







Tadaaa. Antara kad-kad ucapan yang aku terima mase hari last. Time kaseh semua anak-anak murid ustazah. Bagi jugak hadiah kan walaupun hari-hari kene bebel. HIHI.







Aku ajar 2 kelas. Yang ni kelas first. 4 Cerdas. Agak pandai jugak lah diorang ni. Yang paling aku ingat si Aqil tu. Pengawas yang buat peace kat depan tu sebab dia melalak kemain la kuat mase last day aku. HIHI. Olololo, terharu ustazah cam ni. Awak ade abang? Kalau ade boleh jugak kenalkan kat ustazah, selamanya boleh jumpa ustazah. Miahahhaa.






Anak murid aku ramai jugak. Total darjah 4 dekat 75 orang. Gigih la dengan Cik AH duk buat penanda ni malam sebelum last day kat sekolah. 

Budak-budak sangat menghargai barang yang kite bagi even kecik je. Seronok diorang bila aku bagi penanda ni. Terus hilang segala letih berjaga malam tu. HIHI.

First day sekolah, aku macam berazam nak tulis banyak story. Tapi tahu-tahu je lah. Sibuk gile. Ni pun dah nak bukak semester baru baru lah boleh siapkan entry ni.

Moga-moga next praktikum aku akan lebih dipermudahkan. Walaupun aku tahu cabaran mesti ade kan, tapi life must go on. :)




Sunday, March 17, 2013

Bina Insan Guru Semester 5 Fasa 1 - Benchmark di SMAP Labu

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari Jumaat bersamaan 15 Mac 2013 sekali lagi ade program bacth iaitu BIG. BIG kali ni ialah benchmark di SMAP Labu. Dari kecik aku dengar name sekolah ni, Alhamdullilah akhinya jejak jugak kaki kat sini walaupun tak delah sebagai student kan. HIHI.





Pintu gerbang SMAP Labu.









 Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua SMAP Labu. Pengetua cemerlang ni. 







Visi yang jarang-jarang jumpe.







Ucapan dari Ketua Unit Gerko, Puan Anisah yang comel. Sayang sangat kat puan sebab sangat memahami kami.






Suasana dalam dewan.






Antara bahan pameran yang disediakan, ada contoh bahan bantu mengajar, modul, profil guru, album gambar dan banyak lagi lah.






Kami satu batch serbu kantin sekolah.






\\



Adik Nida form 6 kat sini. Terus buat tautan mahabbah.







Lepas rehat kami dibawak jalan-jalan tengok kawasan sekolah.







Kagum tengok student ni. Rupenye dia student dari Thailand yang belajar program pertukaran kat sini. Huda Lohma dari Yala.






Bergambar kenangan dengan adik yang bawak kami jalan-jalan.






Lepas tu baru lah ada sesi perkongsian dengan Guru Cemerlang subjek PQS, Ustazah Fatimah Awang. Kagum sungguh cikgu ni bergred DG 52 kot. Lepas search kat Google , aku tahu yang basic gaji dia saja pun dah 5 k. HAHAHA.

Banyak lah yang ustazah ni kongsikan, sangat berguna sebagai persediaan semua bakal guru.









Memori budak kelas.






Bersama sebahagian budak batch perempuan.





Budak batch lelaki. :)











Bicara Cinta Nya Oleh Ustazah Asni


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kan dah cakap aku iltizam dengan sepenuh tekad kalau boleh nak attend semua ceramah yang HELWANI buat sempena minggu BISIS. Tapi apekan daya, malam 14 Mac tu kami ade ulangkaji dengan pihak KOM sebab nak perikse olahraga kan. Tak leh la aku attend talk Ustazah Asni dari awal.







Mase aku pegi ni dah kat pukul 11 lebih dah. Tengok jam kat dinding tu kan. HIHI. Nasib baik ulangkaji buat kat dean sebelah aje. Ade la rezeki aku nak dengar sejam.

Ustazah Asni serious kelakar. Aku kan datang lambat, so tak leh nak highlight sangatlah main point dye. Tapi yang aku tahu sebagai perempuan kene belajar jadi isteri solehah. HAHAHA.





Walaupun gambar inteframe Kak Kein dan muke aku buruk habis. Ni lah tandanya dah jumpe Ustazah Asni. :)

Jamuan Kesyukuran Kejayaan Penganjuran KOT


Assaalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari keesokkan selepas KOT, kelas berjalan seperti biasa. Aku rase bukan aku aje, tapi semua AJK pelaksana mesti rase nak tercabut bahu dan tidur nyenyak amat sebab penat. Tapi apekan daya bile kelas tetap kelas. Esoknye aku pun gi la padang macam biase sebab hari Khamis pagi kami ada Olahraga dengan muke monyok seribu.

Tup-tup bila aku sampai je semua orang macam dah nak balik pulak. Rupenye cikgu kate tak yah belajar la, kite buat jamuan kesyukuran sebab dia tengok kiteorang rajen sangat kot buat keje. MIAHAHA.






Ni lah pensyarah kiteorang, Encik Mohzir dari Unit Gerko. Serious cikgu baik gile. Bukan sebab belanje aje. Tapi memang selame ni cikgu memang baik pun. HIHI. Tapi bab sindir dan perli tok sah cakap ar. Cikgu serious pro menyindir.






Cikgu bagi duit. Budak laki beli makanan kat kafe aje.






Cikgu dengan budak laki.





Cikgu dengan kami. AJK subjek harusla di tepi cikgu. HAHAHA. :)



Kejohanana Olahraga Tahunan IPG KPI 2013


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dalam tempoh tujuh semester setengah pengajian, serious aku rase semester ni paling ponat oh maik aih. Belum masuk part praktikum lagi tu. Macam-macam ada lah semester ni. Namun, Alhamdullilah sangat semuanya separa selesai. Time-time aku sibuk tak sempat nak hupdate tu, aku sebenarnye gigih duk buat koje la tu. 

Klimaks semester ni sudah semestilah menganjurkan KOT. Aku terpilih jadi AJK Hadiah dan Cenderamata. Keje tok sah cakap lah. Pening kot. Aku macam dah muak dengar hadiah-hadiah ni akibat menguruskan benda ni. HOHOI. Over sungguh. 

Yang lepas biarkan lepas lah kan. Aku bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun ade la cacat-cacat sikit tu nak buek cam no. Biasolah kan. Sekarang ni, jom cuci mata dengan gambo yang aku curi dari FB Akmal Salmi. HIHI.






Perbarisan masuk oleh pegawai-pegawai teknik. Semuanya fully budak semester 5. Aku baru je pas ambik exam. Diorang yang major dan minor PJ ni dah pun jadik pegawai.






Pegawai-pegawai teknik (L)







Ni lah koje diorang. Duduk atas tangga kambing dan catat masa rasmi.






Dua-dua belah sisi ada tangga dan pegawai.







Pung pang acara main bagai. Siap perlumbaan sikit-sikit, acara perbarisan masuk rumah sukan pun bermula. Ni rumah Sadina Ali. Aku pun rumah ni jugak. Tema tahun n retro. Tu yang diorang ni kemain gaya romeo habis.






Ni retro ala kampung lagi ni.







Yang penting adik askar ni terbaik. 






Retro rumah Jingga tambah spek mata sikit lah.






Rumah hijau ni aku tak sure ikut tema ke tak. Terkejut u tengok-tengok ada pin boling atas kepala. MUEHEHE. Diorang kate tema diorang Shalin Zulkifli plak dah. Habis tu retro tang mana pun cek tak tau.






Cool habis rumah biru. Yeay, yeah. Off course le duk puji dari tadi kan. Rumah sendiri. HIHI.






Rumah merah buat Hang Tuah jadi tema depa. Mula-mula mase tenung-tenung kostum diorang tu aku ingatkan ubi kayu. Bila Juru hebah habaq tu dia aih  Keris Taming Sari baru lah aku duk gelak sorang-sorang dalam hati.







Bile tengok diorang ni teringat yang aku pun penah buat keje-keje cenggini masa semester lepas-lepas.






Masuk dah vespa dia.







Maskot retro tahun ni.







Pengadil mengambil markah dibawah teduhan payung Ju. Muahahhaa. Semoga hang ikhlas Ju. Baru dapat pahala.






Olahragawan tahun lepas yang juga menang tahun ni bacakan ikrar.







Pengarah tak dak, jadi Timbalan Pengarah yang rasmikan majlis hari tu.








Gimik yang sebenarnya ditarik dari bawah. Tu lah dia Safwan (baju merah tengah) . Pengerusi KOT tahun ni. 






Suasana majlis perasmian pembukaan.






Tahun lepas gimnasrada import dari IPG lain. Tahun ni budak mi major dan minor PJ buat sendiri je. Cayalah. Hebat.






Macam-macam formasi diorang buat, tapi tak nampak overall sebab gambar dari bawah stage je yang ada.






Budak prasekolah pun ada.






Muka-muka budak batch.







Junior yang comel tapi tetap menang tu.
















Acara untuk pensyarah pun ada jugak.






Dan inilah yang ditunggu-tunggu. Acara lompat tinggi lelaki final. Abdin ni dapat emas masa KOGUM (sukan untuk IPG) tahun lepas. So, dia jadi fenomenalah sikit kot hari tu nak pecahkan rekod sendiri. Tapi tak dapat lagi. 






Ngeri sungguh tengok hadiah-hadiah ni sebab bawah AJK aku semua ni.



















Pengarah sampaikan hadiah untuk acara lompat tinggi kategori lelaki final.

Hari tu ada dua benda besar yang cacat sikit dari tugasan aku. First, AJK lelaki ganti yang dilantik tak bagi komitmen sangat la. Hanya ada 2 orang yang membantu menyebabkan susah nak cari pemenang. Second, medal untuk prasekolah tak ditempah dan sedar last-last minute. Nasib baik Jai yang confirmkan kat puan. Kalau aku, memang tak tulis blog dah ler.


Namun, semua cabaran tu mengajar kite jadi lebih pandai dalam menguruskan situasi genting. Ecewah, bile cakap sekarang macam best aje kan.Padahal nak menitik jugak air mata time tu.






Mase bertugas aku dan AJK lain sibuk sangat. Kami punye tugas memang dari pagi sampai majlis selesai plak tu. Tak de mase nak tengok ape yang terjadi pun. Apetah lagi ambik gambor. Dah habis majlis baru lah leh capai kamera. Kesian. HAHAHA.






Thanks sahabat-sahabat kelas 04, Kak Ruhil, Kak Fadh, Aisyah Nordin, Nor, Shalida, Ainul, Qilah, Atin sebab tolong hari tu walaupun korang tak bertugas sebenarnya. Kalau korang tak de memang boleh pengsan lah aku jawabnya.





Separuh dari kelas semester 5 yang bertugas untuk KOT tahun ni. Ni lah muke-muke bangga kami sebab dah selesai. KOT is done. Hoooorayyyyy!!!