Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Pekan Rabu dan Padang Besar

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ni part 2 hari di rumah Wa. Lepas je kiteroang berbuka puasa di Royale, kami balik dan tunggu kawan Wa ambik untuk jalan-jalan di Pekan Rabu. Yeay!!!

Wa sangat banyak kabel di Alor Setar. Nak pergi mana-mana contact aje kabel beliau, pasti ada yang sudi menghulur bantuan pada gadis cantik ni. HAHA.

 
Muke semangat travel.

 Aku berasa hampeh sebab malu sangat nak snap gambar kabel Wa yang jadi supir kami malam tu. Malu jugak kan sebab nama dah la Paan. Budak Insaniah pulak tu. Alim ulama` orang nya.


 
Peraduan muke sape paling putih. Mesti la FH kan.

Jalan kat sini penuh sesak dek mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang tak de baju raya lagi ataupun duk sibuk nak tambah baju raye yang dah dibeli awal.


 
Panorama malam di Pekan Rabu.

Jalan malam tu agak sesak. Sebab tu lah Najwa Wa yang memandu bak Fauziah Nawawi dalam Senario The Movie pun tak berani nak drive sendiri. 

 Kali ni ialah kali kedua aku pergi Pekan Rabu, jadi tak lah jakun macam mula-mula pergi dulu tu.


Berbeza dengan kisah esoknya. Kami meneruskan agenda shopping raya di Padang Besar. Hooray!!! Tahap kejakunan ialah full sebab aku tak pernah pergi Perlis dan sah-sah la first time jugak datang sini.

 
Wa dan ehem-ehem nya.

Kan dah kate Wa banyak kabel. HAHA. Kali ni kami ke Padang Besar dibawa oleh En. HA pulak. Nanti lah kalau dia bagi aku buat liputan langsung baru aku siarkan nama sebenar beliau eh. Mesti patah hati bagi stalker-stalker Wa bile baca post ni. Yeah. Itu lah yang kite mahu kan. Peminat Wa patah hati dan beralih arah. HAHAHA.


 
Padang Besar, Perlis.


Malangnya, ni yang tak best ni kalau ada part malangnya-malangnya ni kan. Padang Besar masa ni tak de lah best sangat sebab banyak kedai yang tutup. Yolah, dah nak raya kan. Sape la raya nak shopping bear dengan jeruk kan. HUHUHU.



Antara kedai jubah yang ada kat sini.


Gambar ni bukti kukuh menyatakan FH kaki shopping. Harap stalker-stalker FH berfikir dengan lebih bijak tatkala zaman ekonomi gawat ni untuk terus jatuh hati kepada beliau. Lihat lah gadis yang tak beli pape berbaju terqois tersebut. Pandai berjimat cermat demi kesenangan masa hadapan. HAHAHA.


 
Duta kasut Siam.


Harga kasut kat sini aku rasa tak de lah murah sangat nak banding dengan Uptown. Macam lagi murah kat Uptown je. 

 
Aksesori.


Aku keciwa sebab banyak kedai bear yang tutup. Ingat nak borong Hello Kitty. HUHU. Ada je aku terjumpa HK gedabab besar, nak beli sayang duit la pulak kalau mahal-mahal.  Hadoi. 

 
Kedai jersi.

Datang sini aku tak beli pape pun untuk diri aku. Aku cume beli satu jersi Chelsea 30 hengget untuk Faris. Bile tampal nama dan no 9 jadi lah 45 hengget. Beli jeruk salak dan tu je lah. Macam tak berbaloi je datang jauh-jauh. HAHA.

Ape pun En. HA terbaik ah. Pandai layan kawan-kawan ipar eh. :)

Kedai Makan Royale @ Alor Setar Kedah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selepas berpeluk cium meninggalkan Nida di Pendang, aku, FH dan Aminah Halim kembali segar bugar ke Anak Bukit, Alor Setar Kedah di mana terletaknya kediaman Najwa Wa pula. Sebab nak naik bas di Shahab ke kampung halaman masing-masing kan, jadi terpaksa lah kami berpindah randah menunpang kediaman Wa.


Kat rumah Wa aku tak snap gambar pulak. Tak de lah kenangan pulak. Ye dok.

 
Orang ramai berbaris panjang.

 Aktiviti petang tu ialah berbuka puasa di Kedai Makan Royale. Abang ipar, kakak, serta adik-adik Wa meniaga air kat sini. So, kami pun berbuka kat sini lah hari tu. Land mark kedai ni senang je, betol-betol tepi tak tepi Istana kedah. Cam tu lah.


 
Memang ramai gile ah orang. Tapi kat sini banyak montot pulak. HIHI.

 Aku tak de lah excited sangat nak makan kat sini sebab Wa pernah memburuk-burukkan kedai ni. HAHA. Namun, nafsu serakah aku kembali membaham tatkala aku tengok ada frame gambar ahli keluarga Wa bersama Anuar Zain yang makan kat sini. Frame gambar tu kakak dia letak dalam bilik. Aku pun ape lagi. Om nom nom lah. Anuar Zain makan kat sini, aku pun nak makan kat sini jugak. HAHAHA.


 
Wa dengan mak beliau.

 Thanxs mak cik sebab belanja makan. Esok-esok nak lagi eh. HIHI.


 
Muke bangga sebab dah dapat duduk. HIHIHI.

 Mase tu kami kenyang teramat lah kan siap ada satay Abang Man lagi kan. Abang Man ke ape tah name dye. Aku bedal je. Tapi sejujurnya aku tatau nape ramai sangat orang nak makan kat sini, sebab Anuar Zain pernah datang ke eh? Sebab aku rase rasa nasik dan ayam die biase je. Lagi sedap nasi kandar kedai Maulana kat Warta. HAHA. Dasar pencinta Bandar Baru Bangi sungguh.
 

 
Orang ramai yang taksub berbaris.

 Orang beratur sampai dah azan pun beratur lagi.


 
Ann dan adik.

 Dan dengan ini memperkenalkan, anak sedara Wa yang super dupper cute. Ann dan adiknya. 


 
Take turn ambik gambar dengan retiss.

Tak sangka Wa ade dua anak buah yang super dupper cute, peramah, dan kuat marah. HAHA. Diorang ni cepat mesra, cepat jugak marah. Nanti ada mase aku letak video diorang cakap Kedah sambil main bunga api yang buat kami tergelak-gelak.

PBS Part 4 Farewell Season @ SK Pokok Asam, Pendang Kedah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kali ni aku tulis entry PBS sekali harung je. Berbeza dengan PBS pertama kali dulu, sakan bebenor ambik gambar. Kalau mase tu sangat-sangatlah jakun . Sekarang ni pulak, boleh kire la sangat ambik gambar berapa je. Mood pun dah nak raye kan mase ni.


Hari pertama ke sekolah kami berdebar campur excited dengan pemanduan Nida sebagai supir kami. Bile dah sampai sekolah, kagum jugak lah dengan beliau. At least, dah sampai lah ke sekolah dengan selamat kan.


Kasut sekolah Nida di kampung.

 Namun, Nida memang hampeh sebab tertinggal kasut kuliah di rumah. Excited sangat memandu sampai pakai seliper hijau je.


 
Habis senyum dah.

 Meneruskan sisa-sisa PBS dengan tugasan semester ini iaitu  P&P Jawi dan Program Tasmi` Al-Quran.


 
Murid-murid 5 Amanah excited bergambar.

 Oh yer, untuk PBS Farewell Season ni kite ada ahli tambahan iaitu gadis montok lagi cun, Najwa Wa. HIHI. Pasti mengamuk beliau membaca entry ni.

 
Budak ni request nak ambik gambar dengan blogger separa terkemuka.

 Walaupun budak ni nampak low profile tapi dia boleh tahan bijak jugak setelah aku belek-belek buku kerja dia. Aku sempat memberi sepatah dua kata pembakar semangat untuk cemerlang di dalam UPSR tahun depan kepada dia dengan menjadikan diri aku sebagai contoh. HAHA. Ayat gelimat!



Muke-muke belum mumayiz.


Sungguh terbukti cikgu perempuan memang cliche sebab suke ambik gambar budak lelaki daripada budak perempuan. Contohnya, aku lah. HAHA.


 
Aminah Halim tetap berjuang cute walaupun pesaingnya ramai.

Kat sini Najwa Wa sangat pandai menambat hati budak-budak dengan melayan mereka bermain batu selambuk atau seremban mase rehat.Aku buat muke cebik je kat diorang kalau diajak bermain, sebab mase ni aku ingat nak balik raya jer. Argh!!!



Mulut Nida yang cute mute.

Ummi dalam gambar tu dah ketagih nak lawan main batu seremban je. Tu je lah kot berita terhebat PBS ni. HIHIHI. Kami buat PBS 4 hari je memandangkan sekolah cuti pada hari Khamis tu untuk memberi laluan balik kampung. 

Tamat sudah cerita PBS siri yang ke- 4. :)

Perjalanan PBS Farewell Season @ Kg Lican, Pendang Kedah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Dah lame menyepi daripada blog akibat musim perayaan dan PBS Farewell Season yang tak kena masa, sekarang aku kembali dengan 8 post yang bakal ditaip. HUH. Ade orang nak bace ke tak ke lain kire la eh. :)

Alhamdullilah tak sangka perancangan PBS kami berempat perjalanan lancar untuk 4 semester ni. Dulu, ingatkan main-main je kot nak travel 4 negeri.  Sekarang dah pun masuk part 4 iaitu PBS last sebelum start praktikum.

 Terengganu-KL-Sabak Bernam-Kedah telah berjaya kami takluki. Eceh. Kenapa aku tulis Sabak Bernam instead of Selangor ialah kerana Bangi pun Selangor jugak, tapi Bangi dengan Sabak Bernam jauh beza woo.


Muke-muke tak puas berbuka puasa di Hentian Duta.





Untuk semester 4 ni PBS kami seminggu sebelum raya lah pulak. Untung lah Nida balik raya awal kan. 



HIHIHI. Serabut pulak tengok gambar sendiri.



Malam tu kami naik bas Cosmic ke Alor Setar. Punyelah berlagak semua duduk seat single je. Sampai-sampai je kat Shahab, Abang Chak Nida pun ambik kiteorang bawak balik rumah.



Tengok lah, Pakai tangan je pun boleh. :)



 Aktiviti hari pertama di rumah Nida adalah memetik buah rambutan je. Patut lah Nida ratu tropika. Keliling rumah beliau ada pokok buah kot.



Muke bersungguh-sungguh demi berbuka puasa dengan buah rambutan free.


Memang berusaha betol-betol lah kami bile tengok buah-buah ni kan.


 



Bile tangan pun dah tak leh capai, kite gune galah pulak yer.


 



 Dan ini lah hasil untuk sesi memtik rambutan part 1. HIHI

 
Asyik muke dua ketul ni je kan.     


Mase duk rumah Nida, kami menjadi anak dara sejati dengan masak juadah berbuka puasa hari-hari . Especially Nida lah kan. Roomate aku rajin gile ah bile kat rumah sendiri. HAHA.




Makanan kambing Nida.



 Mase tengok Nida goreng cucuq Durian ni aku mati-mati ingat boleh telan lepas berbuka puasa dek baunya yang harum lagi memikat. Pasti pati-pati durian kampung yang pekat lagi likat akan cair dimulut tatkala berbuka puasa dengan cucuq durian ni. Tapi hampeh sebab dia goreng ni untuk kambing dia semata. 

Gambar bersama kambing-kambing Nida aku tak postkan pulak sebab tak ingat nak ambik. HIHI.

Saturday, May 5, 2012

Percutian PBS @ Kedai Kerepek dan Rumah Azie




Kalau tak silap aku, kami ke kedai kerepek ni hari last buat PBS, Jumaat 23 Mac 2012. Tepi-tepi jalan kat kawasan rumah FH banyak sungguh kedai kerepek. 






Muke excited beli kerepek, tapi malangnyer harge kerepek kat sini tak de la murah sangat. Cam mahal jugak jer. Sedih aku. Tapi, yang penting kat sini ade jual sukun. HIHI. My feveret.







Balik jer dari beli kerepek, kami singgah rumah Azie. Sebenarnye rumah Azie tak der la jauh pun dari rumah FH. 5 minit aje rupenye dengan menaiki kereta. Sampai kat depan jer, Shin Chan gedabab yang sambut kami.






Rumah Azie serious besar woo. Dapur dye sebesar alam. Kami jakun jugak la mase ni.






Azie malu-malu tak hengat. Sibuk prepare mee bandung versi banjar kat kami. Sedap woo. 






Tengok ler kuah dye. Begitu kaya dengan udang dan telur.






Kami duk sakat-sakat Azie sebab tak penah tengok gak gelas cantik cam ni. HAHA. Kat rumah Azie ade.







Posing sebelum makan.







Bergambar dengan Mak Azie. Pergh, cun kan Mak Azie, walaupun anak 8 tapi maintain je. Mantop u. Jeles aku. HIHI. Rumah Azie memang besar. Kalau kat bahagian bawah ni, family dye yang duduk. Yang bahagian tepi yang ade kayu sikit-sikit tu, ayah Azie buat jadi homestay. Boleh la kol Azie kalau de sesape yang nak try check in. HIHI.





Kenangan selamanye. Tatau bile boleh sampai sini lagi kan. :)








PBS Sem 3 @ SK Sungai Haji Dorani Part 3




Insya Allah ni part terakhir kami kat sekolah. Hari last kami kat sini ade Pelancaran NILAM. Jadi memang sakan je la. HIHI.





VIP.






Cenol kat sekolah diam je. Senyum pun tak nak.







Diorang nyany-nyanyi mase ni.






Taraa. Pokok limau yang beli kat nursery. HIHI. Sayang buah dah banyak gugur. HUHU.






Sempat jugak snap dengan bebudak yang nak buat sesi ramah tamah dengan kiteorang. Macam artis la plak. HIHI.






Sakan-sakan. Tu je yang mampu ditulis.






Di library. Sophie dan Azua.





Sophie gedik tak hengat.






Gedik sampai kesudah. HIHI.







Last sebelum farewell, kami snap dengan pentadbiran sekolah. Terima kasih atas segala layanan yang diberikan. SKSHD memang bes. Aku rase kalau tak leh posting kat rumah aku, posting sini pun dah bes gile dah. HIHI. TATA!