Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kali ni aku tulis entry PBS sekali harung je. Berbeza dengan PBS pertama kali dulu, sakan bebenor ambik gambar. Kalau mase tu sangat-sangatlah jakun . Sekarang ni pulak, boleh kire la sangat ambik gambar berapa je. Mood pun dah nak raye kan mase ni.
Hari pertama ke sekolah kami berdebar campur excited dengan pemanduan Nida sebagai supir kami. Bile dah sampai sekolah, kagum jugak lah dengan beliau. At least, dah sampai lah ke sekolah dengan selamat kan.
| Kasut sekolah Nida di kampung. |
Namun, Nida memang hampeh sebab tertinggal kasut kuliah di rumah. Excited sangat memandu sampai pakai seliper hijau je.
| Habis senyum dah. |
Meneruskan sisa-sisa PBS dengan tugasan semester ini iaitu P&P Jawi dan Program Tasmi` Al-Quran.
| Murid-murid 5 Amanah excited bergambar. |
Oh yer, untuk PBS Farewell Season ni kite ada ahli tambahan iaitu gadis montok lagi cun, Najwa Wa. HIHI. Pasti mengamuk beliau membaca entry ni.
| Budak ni request nak ambik gambar dengan blogger separa terkemuka. |
Walaupun budak ni nampak low profile tapi dia boleh tahan bijak jugak setelah aku belek-belek buku kerja dia. Aku sempat memberi sepatah dua kata pembakar semangat untuk cemerlang di dalam UPSR tahun depan kepada dia dengan menjadikan diri aku sebagai contoh. HAHA. Ayat gelimat!
| Muke-muke belum mumayiz. |
Sungguh terbukti cikgu perempuan memang cliche sebab suke ambik gambar budak lelaki daripada budak perempuan. Contohnya, aku lah. HAHA.
| Aminah Halim tetap berjuang cute walaupun pesaingnya ramai. |
Kat sini Najwa Wa sangat pandai menambat hati budak-budak dengan melayan mereka bermain batu selambuk atau seremban mase rehat.Aku buat muke cebik je kat diorang kalau diajak bermain, sebab mase ni aku ingat nak balik raya jer. Argh!!!
| Mulut Nida yang cute mute. |
Ummi dalam gambar tu dah ketagih nak lawan main batu seremban je. Tu je lah kot berita terhebat PBS ni. HIHIHI. Kami buat PBS 4 hari je memandangkan sekolah cuti pada hari Khamis tu untuk memberi laluan balik kampung.
Tamat sudah cerita PBS siri yang ke- 4. :)
No comments:
Post a Comment