Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dah lame menyepi daripada blog akibat musim perayaan dan PBS Farewell Season yang tak kena masa, sekarang aku kembali dengan 8 post yang bakal ditaip. HUH. Ade orang nak bace ke tak ke lain kire la eh. :)
Alhamdullilah tak sangka perancangan PBS kami berempat perjalanan lancar untuk 4 semester ni. Dulu, ingatkan main-main je kot nak travel 4 negeri. Sekarang dah pun masuk part 4 iaitu PBS last sebelum start praktikum.
Terengganu-KL-Sabak Bernam-Kedah telah berjaya kami takluki. Eceh. Kenapa aku tulis Sabak Bernam instead of Selangor ialah kerana Bangi pun Selangor jugak, tapi Bangi dengan Sabak Bernam jauh beza woo.
| Muke-muke tak puas berbuka puasa di Hentian Duta. |
Untuk semester 4 ni PBS kami seminggu sebelum raya lah pulak. Untung lah Nida balik raya awal kan.
| HIHIHI. Serabut pulak tengok gambar sendiri. |
Malam tu kami naik bas Cosmic ke Alor Setar. Punyelah berlagak semua duduk seat single je. Sampai-sampai je kat Shahab, Abang Chak Nida pun ambik kiteorang bawak balik rumah.
| Tengok lah, Pakai tangan je pun boleh. :) |
Aktiviti hari pertama di rumah Nida adalah memetik buah rambutan je. Patut lah Nida ratu tropika. Keliling rumah beliau ada pokok buah kot.
![]() |
| Muke bersungguh-sungguh demi berbuka puasa dengan buah rambutan free. |
Memang berusaha betol-betol lah kami bile tengok buah-buah ni kan.
Bile tangan pun dah tak leh capai, kite gune galah pulak yer.
Dan ini lah hasil untuk sesi memtik rambutan part 1. HIHI
| Asyik muke dua ketul ni je kan. |
Mase duk rumah Nida, kami menjadi anak dara sejati dengan masak juadah berbuka puasa hari-hari . Especially Nida lah kan. Roomate aku rajin gile ah bile kat rumah sendiri. HAHA.
| Makanan kambing Nida. |
Mase tengok Nida goreng cucuq Durian ni aku mati-mati ingat boleh telan lepas berbuka puasa dek baunya yang harum lagi memikat. Pasti pati-pati durian kampung yang pekat lagi likat akan cair dimulut tatkala berbuka puasa dengan cucuq durian ni. Tapi hampeh sebab dia goreng ni untuk kambing dia semata.
Gambar bersama kambing-kambing Nida aku tak postkan pulak sebab tak ingat nak ambik. HIHI.

No comments:
Post a Comment