Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ni part 2 hari di rumah Wa. Lepas je kiteroang berbuka puasa di Royale, kami balik dan tunggu kawan Wa ambik untuk jalan-jalan di Pekan Rabu. Yeay!!!
Wa sangat banyak kabel di Alor Setar. Nak pergi mana-mana contact aje kabel beliau, pasti ada yang sudi menghulur bantuan pada gadis cantik ni. HAHA.
| Muke semangat travel. |
Aku berasa hampeh sebab malu sangat nak snap gambar kabel Wa yang jadi supir kami malam tu. Malu jugak kan sebab nama dah la Paan. Budak Insaniah pulak tu. Alim ulama` orang nya.
| Peraduan muke sape paling putih. Mesti la FH kan. |
Jalan kat sini penuh sesak dek mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang tak de baju raya lagi ataupun duk sibuk nak tambah baju raye yang dah dibeli awal.
| Panorama malam di Pekan Rabu. |
Jalan malam tu agak sesak. Sebab tu lah Najwa Wa yang memandu bak Fauziah Nawawi dalam Senario The Movie pun tak berani nak drive sendiri.
Kali ni ialah kali kedua aku pergi Pekan Rabu, jadi tak lah jakun macam mula-mula pergi dulu tu.
Berbeza dengan kisah esoknya. Kami meneruskan agenda shopping raya di Padang Besar. Hooray!!! Tahap kejakunan ialah full sebab aku tak pernah pergi Perlis dan sah-sah la first time jugak datang sini.
| Wa dan ehem-ehem nya. |
Kan dah kate Wa banyak kabel. HAHA. Kali ni kami ke Padang Besar dibawa oleh En. HA pulak. Nanti lah kalau dia bagi aku buat liputan langsung baru aku siarkan nama sebenar beliau eh. Mesti patah hati bagi stalker-stalker Wa bile baca post ni. Yeah. Itu lah yang kite mahu kan. Peminat Wa patah hati dan beralih arah. HAHAHA.
| Padang Besar, Perlis. |
Malangnya, ni yang tak best ni kalau ada part malangnya-malangnya ni kan. Padang Besar masa ni tak de lah best sangat sebab banyak kedai yang tutup. Yolah, dah nak raya kan. Sape la raya nak shopping bear dengan jeruk kan. HUHUHU.
| Antara kedai jubah yang ada kat sini. |
Gambar ni bukti kukuh menyatakan FH kaki shopping. Harap stalker-stalker FH berfikir dengan lebih bijak tatkala zaman ekonomi gawat ni untuk terus jatuh hati kepada beliau. Lihat lah gadis yang tak beli pape berbaju terqois tersebut. Pandai berjimat cermat demi kesenangan masa hadapan. HAHAHA.
| Duta kasut Siam. |
Harga kasut kat sini aku rasa tak de lah murah sangat nak banding dengan Uptown. Macam lagi murah kat Uptown je.
| Aksesori. |
Aku keciwa sebab banyak kedai bear yang tutup. Ingat nak borong Hello Kitty. HUHU. Ada je aku terjumpa HK gedabab besar, nak beli sayang duit la pulak kalau mahal-mahal. Hadoi.
| Kedai jersi. |
Datang sini aku tak beli pape pun untuk diri aku. Aku cume beli satu jersi Chelsea 30 hengget untuk Faris. Bile tampal nama dan no 9 jadi lah 45 hengget. Beli jeruk salak dan tu je lah. Macam tak berbaloi je datang jauh-jauh. HAHA.
Ape pun En. HA terbaik ah. Pandai layan kawan-kawan ipar eh. :)
aku br bca yg ni... ang ckp aku fauziah nawi eh.. nt ang mai lok staq.. kpa la ang aku putaq.. haha
ReplyDelete