Tuesday, August 28, 2012

Kedai Makan Royale @ Alor Setar Kedah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selepas berpeluk cium meninggalkan Nida di Pendang, aku, FH dan Aminah Halim kembali segar bugar ke Anak Bukit, Alor Setar Kedah di mana terletaknya kediaman Najwa Wa pula. Sebab nak naik bas di Shahab ke kampung halaman masing-masing kan, jadi terpaksa lah kami berpindah randah menunpang kediaman Wa.


Kat rumah Wa aku tak snap gambar pulak. Tak de lah kenangan pulak. Ye dok.

 
Orang ramai berbaris panjang.

 Aktiviti petang tu ialah berbuka puasa di Kedai Makan Royale. Abang ipar, kakak, serta adik-adik Wa meniaga air kat sini. So, kami pun berbuka kat sini lah hari tu. Land mark kedai ni senang je, betol-betol tepi tak tepi Istana kedah. Cam tu lah.


 
Memang ramai gile ah orang. Tapi kat sini banyak montot pulak. HIHI.

 Aku tak de lah excited sangat nak makan kat sini sebab Wa pernah memburuk-burukkan kedai ni. HAHA. Namun, nafsu serakah aku kembali membaham tatkala aku tengok ada frame gambar ahli keluarga Wa bersama Anuar Zain yang makan kat sini. Frame gambar tu kakak dia letak dalam bilik. Aku pun ape lagi. Om nom nom lah. Anuar Zain makan kat sini, aku pun nak makan kat sini jugak. HAHAHA.


 
Wa dengan mak beliau.

 Thanxs mak cik sebab belanja makan. Esok-esok nak lagi eh. HIHI.


 
Muke bangga sebab dah dapat duduk. HIHIHI.

 Mase tu kami kenyang teramat lah kan siap ada satay Abang Man lagi kan. Abang Man ke ape tah name dye. Aku bedal je. Tapi sejujurnya aku tatau nape ramai sangat orang nak makan kat sini, sebab Anuar Zain pernah datang ke eh? Sebab aku rase rasa nasik dan ayam die biase je. Lagi sedap nasi kandar kedai Maulana kat Warta. HAHA. Dasar pencinta Bandar Baru Bangi sungguh.
 

 
Orang ramai yang taksub berbaris.

 Orang beratur sampai dah azan pun beratur lagi.


 
Ann dan adik.

 Dan dengan ini memperkenalkan, anak sedara Wa yang super dupper cute. Ann dan adiknya. 


 
Take turn ambik gambar dengan retiss.

Tak sangka Wa ade dua anak buah yang super dupper cute, peramah, dan kuat marah. HAHA. Diorang ni cepat mesra, cepat jugak marah. Nanti ada mase aku letak video diorang cakap Kedah sambil main bunga api yang buat kami tergelak-gelak.

No comments:

Post a Comment