Showing posts with label love (=^.^=). Show all posts
Showing posts with label love (=^.^=). Show all posts

Monday, October 15, 2012

HALAL FEST @ PWTC 2012


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Hari minggu yang lepas, bersamaan Sabtu, 13 Oktober 2012 aku, Minami Chan, Nida, Kak Na, dengan Cik Ton (rumate Minami bagi yang tatau) berjalan-jalan secara berjemaah di Halal Fest kat PWTC. Mase tengok banner program ni kat masjid terus terdetik hati nak pergi, pakat-pakat dengan Nida nak gi naik train je tapi tak sangke pulak gadis KL ni nak tumpangkan. 

Halal Fest ni berlangsung 4 hari. Mula dari 10-14 Oktober. Tahun ni tahun kedua kot event ni sebab rasenye tahun lepas dye dah buat sekali.


Perjalanan pagi tu bermula selepas pekena roti canai Maulana depan maktab plus agak sukar memandangkan sebab hujan lebat sangat. Pilot pulak bermata empat. Lagi lah teruk co-pilot nak tolong pun dua-dua pun bermata empat.



Hujan lebat sangat. Alhamdulilah kami selamat.





Setelah kira-kira setengah jam perjalanan (maklumlah tak jem, orang tido lagi kot pukul 9 pagi, HIHIHI) kami pun sampai la kat sini. Rupenye nak masuk kene daftar dulu dengan isi borang sket. Dalam borang tu ada la tanya-tanya nama, ic, alamat, pekerjaan bagai sebab nak survey jumlah pengunjung kot. Kalau nasib baik lagi boleh menang 100 tab sebagai cabutan bertuah kot.


Pengunjung beratur untuk ke pintu masuk.



Budak ni nampak sepi aje. Ade sape-sape nak teman dye jalan? HIHIHI




 Kalau tahun lepas dye bagi gelang, tahun ni bagi pelekat macam ni je. Mungkin nak jimat kot. HIHIHI. Pelekat ni tandanya anda dah register dan boleh masuk mana-mana hall pameran.








Ni lah gambar pemilik Fatihah Frozen. Kalau anda pengunjung setia  Warta Utama Bangi macam aku dan rakan-rakan mesti taw kedai beliau ni. HIHIHI.








Dekat booth BoBoboi ada pertandingan photoshot gambar di Pesbuk. Kami pun ape lagi berebut sama naik dengan kanak-kanak lah. HAHAHA. Time kaseh abang BoBoboi tolong ambik gambar kami. 

Kat booth dia ade jual susu coklat BoBoboi. Bagi aku susu coklat dia ni sedap.Sedap, pekat, likat semua ade lah rasa dia. Boleh lah cuba.
 nanti. Seperti biasa kami memilih untuk ambik tester je. MUEHEHEHE=)








Banyak jugak booth jambu dan rojak kat sini. Termasuklah booth PERDA ni. Yang tak tahan tu bile tengok abang ni pose macam ni. Walaupun gambar tak cantik aku masukkan jugak sebab nak senyum je bile tengok gaya dye ni. HAHAHA.




Gaya menarik hati saya dari Abang Perda. =)



Kat sini pun beratur minum tester je. Kat sini booth Cincau brand ape tah. Walaupun sedapppp. tetap harus ingatkan nafsu jangan tergoda. Save! Save! Save!

Perhatikan muke Mina yang buat-buat tatau lepas minum tester. Muke nak belah cepat-cepat sebelum penjual dye suruh beli.









Sesi merasa jeruk kesukaan ramai. Jeruk Pak Ali. Pasti tidak sakit tekak dengan Jeruk Pak Ali =)









Booth orang Arab ni pulak jual amende ntah nama dia. Benda ni makan dengan roti gitu kalau kat Arab.








 Haaa... Kan aku dah kata kat sini banyak booth jambu. Kat sini pun ade lagi. Makan tester banyak-banyak pun tak pe. Air Asam Boi tu tester. Abang ni siap suruh tadah air tu dengan botol kalau tak cukup sebab tengok kami dengan pelahapnye lah kot. HAHA. Perli secara halus nampaknyer.








Mina dengan kawannya penjual sambal yang poyo aihhhh.










Kat sini ekcelli bukan ada makan-makan je. Banyak sangat yang ada. Baju ade, produk kecantikan tu tak yah cakap la kan sah-sah ade. Macam-macam yang Halal lah boleh join sini. Termasuklah krim valcano yang abang ni pakai. Pakai krim, buat promotion tapi malu-malu lak dia nak tengok kamera kite. HIHIHI.









Aku tak teruja sangat dengan Cool Blog sebab alah banyak kot kat Bangi. Tapi, benda alah ni buat aku teruja gile. HIHIHI. Bile tengok pearl dalam gambar ni aku rase geram aje. Perlu ke pegi Econsave petang ni cari segelas Cool Blog? HIHIHI.








Paling happening bagi aku kat booth PPZ ni. Hanya dengan LIKE Pesbuk diorang anda akan dapat topup lime hinggit. Sape nak bagi free-free kan. Minah yang BFF 4ever lah sangat tu pun kalau bab tak bayar topup dah bising-bising. Kat sini dapat gitu aje. HIHI.


Diorang gelak-gelak je bile aku nak suruh pose sket masuk blog tak glamer ni. HIHI. Bagi readers batch aku, korang perasan tak muke akak sebelah kanan ni macam Fatin Farhanah 02? Sile tekan LIKE kalau same. HIHIHI.








Sile Log In Pesbuk anda dan LIKE page PPZ. Mudah kan? HIHIHI.








Dialog di booth mee segera Vit`s :


Aku: (muke syok gile makan tester Vit`s dengan Nida)

Nida : (same nikmat join dengan aku)

Mina : Weh, korang makan ni halal keeee? (plus muke jijik gile)

Aku dan Nida bergabung: Off course la halal!!! Ni kan HALAL FEST!!!

Mina: Ha ah kan, nak jugak satu cup. HIHIHI








Banyak jugak retisss kulinari yang aku jumpe kat sini. Salah satunya Chef Zam. Terus snap depan lobang hedong beliau. HIHIHI. 

Mase ni beliau tengah handle pertandingan makan donut J CO paling cepat. Aku lambat sikit je angkat tangan. Kalau tak memang nak lah join kan. Perut kenyang plus dapat duit lagi seratus hengget.









Ni pulak masa competition masak ape tah. Chef Zam dengan Chef Ezany gitu jadi hos. Suke suke suke.









Abang chef ni senyum naif sangat lah. Sejuk je mata memandang melihat. HAHA. Perlu ke buat ayat macam tu???HIHIHI.











Gambar sesi ngap-ngap tester wajib lah ade banyak.










Bergambar kenangan di banner program tanda kami dah penah sampai sini. =)










Tak jumpe Jaafar Onn dapat bergambar dengan banner beliau pun jadilahh. HIHI. Terus teringat Jaafar Onn pakai baju melayu warna same dengan songkok masak kuih raya dalam rancangan masak-memasak 10 tahun lepas. HAHAHA.








Last, berasak nak snap gambar tepi Siti kat booth SimplySiti. Tak de lah duit I nak beli produk beliau untuk snap gambar same-same. HIHIHI.








Orang kata HALFEST tahun ni macam agak sesak. Tahun lepas mungkin orang tatau sangat dengan menda alah ni. Tahun ni publisiti meluas so dah tak leh nak kenyang-kenyang sangat makan tester. Persaingan ramai wooo. SOB SOB SOB.


Jumpe di HALFEST tahun depan. =)

Sunday, September 16, 2012

Majlis Pernikahan Paizah & Syah dan Cendol Bakar Sungai Besar


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Semalam aku ikut serta join Mina dan mak cik open house ke rumah sedare diorang, jugak rumah pelakon wuuu. Rumah Abu Bakar Omar. Aku sure walaupun ade yang tanya sapa pulak Abu Bakar Omar tu? Wujudkah dalam dunia perfileman? Nama mungkin korang tak tahu macam aku jugak, tapi sure satu Meysia mesti kenal. Tak caye Google image lah kalau rajen. :)



Dari kiri: Kak Eca, mak cik, Mina




Bile pulang ke rumah Mina mesti jadual jalan-jalan pack. Macam hari ni, kami pergi ke Majlis Pernikahan anak Che Mamat iaitu kawan kepada ayah Mina. Cantik kan view kampung ni?










Kampung Che Mamat ni tak jauh pun dari rumah FH. Dalam 5 minit naik kete dah pon sampai rumah FH. Tapi tak de lah pulak kami menyinggah ke rumah beliau.





Mak cik dan pengantin





Ni lah dia akak Paizah ni. Aku kan kalau tengok pengantin je mesti rase pengantin ni adalah orang yang cantik-cantik je. Adakah kalau aku jadi pengantin aku jadi cantik jugak? HAHA. Soalan memang nak kene lempang lah kan.









Walaupun aku tak tahu kenapa muke aku kelihatan amat pucat. Dah la pakai baju asrama. Ouh. Tidak. Tapi tetap semangat nak ambik berkat pengantin. Moga anak gajah pun boleh kawen cepat-cepat. HIHI.










Suasana upacara akad nikah jadi sedikit lucu sebab tok kadi asyik tersasul lebih dari pengantin pulak. Adeh. HIHIHI.











Antara saksi-saksi majlis yang penuh syahdu ini.











On the way nak balik kami menyinggah sekejap kat Cendol Bakar. Aku tak ingat aku ada post kat blog ke tak mase first time aku pergi time PBS kat rumah FH dulu.










Sekarang Cendol Bakar ni memang aggressive habislah. Baru je tak sampai setahun kami datang sekarang dah buat drive thru pulak taw. Kalah mekdi.











Gerai dye pun dah makin upgrade jadi makin lawa dah. Tradisional look gitu sekarang dengan atap-atap nipah bagai sampai dua kali aku terhantuk. HIHI.











Pekerja yang tak menang tangan duk layan customer. Orang yang datang tok sah cakap la. Memang tak putus-putus. Tapi aku bersyak wasangka orang yang datang kat sini orang luar je semata-mata. Orang kampung sini seperti Azira dan FH sendiri pun belom pernah merasa Cendol Bakar ni.











Kami berlima makan Cendol VVIP. Ada campuran jagung, selisih, kacang dan ape tah lagi. Bagi aku rasa dye tak de lah sedapppppp sangat-sangat. Boleh tahan la. Mungkin orang suke sebab santan dye memang pekat likat habislah. Tapi bagi aku, KLCC punye cendol still the best.  Esok nak gi KLCC ahhhh. HIHIHI.










Ok. Misi mencari cendol terbaik Malaysia berehat di sini dahulu. HIHI. :)

Friday, September 14, 2012

Kursus Perkhemahan Unit Berunifrom Pelajar PISMP Semester 4, IPG Kampus Pendidikan Islam


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Dah lama bercuti daripada berblogging, aku sebenarnya baru aje balik dari camping unit beruniform semester 4 IPG aku ritu. Kami pergi ni kire ikut poforma wajib subjek WAJ 3111 la ni. Kire ni first time kami satu batch dalam 2++ dekat nak masuk 300 orang jugak pergi camping sama-sama.

Kami camping 4 hari. 10-13 September kat Impiana Country Resort laah sangat. Tidur tetap dalam khemah jugak. HIHIHI. Dekat-dekat Sungai Semungkis tempat ni.






Muke se`ah pas angkat barang.







Sementara perempuan berehat-rehatan. Lelaki tetap tabah angkat tong gas bagai.








Memang perempuan bajet-bajet lap peluh je mase ni. Termasuklah aku. HIHIHI.








Tempat ni boleh tahan bes nye. Sungai dye cantik dan mendamaikan jugak la.








Sesungguhnya aku memang tak bercadang nak bercerita tentatif perkhemahan kami ni. Tak sapa jugak yang baca lagipun kan. HIHIHI. Aku nak tempek gambar kenangan untuk tatapan anak-anak cucu je lah.









Mase aktivivti petang kami ambik gambar ni.  Duoploh pat jam PPIM kena pakai baju seragam kot. 









Ni dia ahli khemah aku. Dari kiri Kak Naim, Izzan, Fira, Jemah Jambu, Suaidot, Kemah. Serius bahagia gile dengan diorang ni. Apatah lagi 80% dari kami Terengganurian kot. HAHA. Nak-nak Karimah la kan. Tak leh blah kawan sekelas dari Form 1 sampai Form 5 pastu angkut masuk kumpulan same sampai ke tua ni tuu. HIHIHI.









Hari second last kami buat masakan rimba. Masak tepi sungai wooo.







Amal berusaha hidupkan api,malangnya susah api susah nak hidup sebab kayu api basah. Korang cube tengok, buluh tu besor giler kot. Memang susah sangat masak dalam ni. 










Kumpulan Nida masak kat sini. Kumpulan aku tak ambik gambar la pulak. Walau bagaimana pun, mood masak kami bertukar sedih sebab hujan turun makin lebat. Last-last, nasik aku tak masak. Teringat lagu budak-budak " nasi oo nasi kenapa engkau mentah, macam mana aku tak mentah, kayu api basah, kayu api basah" HIHIHI.










Bergambar kenangan lepas buat formasi kawad PPIM tepi sungai.









Ehem. Ehem. Sebagai S/U aku mestilah duduk atas kerusi. Wakakakaka.

Sekian itu sahaja lah kisah perkhemahan unit beruniform aku. Aku tak de pulak nak ambik gambar unit-unit lain sebab gambar ni pun aku cilok dari FB PPIM dan Nida je. Stalker Mah mesti hampa sebab tak de gambar beliau. Maaflah. Kami bermusuhan mase ni. Mah kan Pandu Puteri. HIHIHII.

:)

Saturday, August 4, 2012

Satu petang nan indah dan permai lagi mengharukan di Tasik Idaman Dengkil

Terima kasih Ya Allah sebab bagi secebis kebahagiaan sebegini untuk aku rasai. Walaupun aku sedar semua yang kau berikan ini hanyalah pinjaman duniawi yang mungkin dihisab kelak di akhirat nanti sama ada aku adalah orang yang bersyukur atau tidak atas pinjaman yang kau berikan ini.









Gambar-gambar ihsan GOOGLE.


Tak banyak yang aku boleh taip pasal entry ini. Mungkin ia akan jadi satu peristiwa paling sweet atau paling pahit untuk dikenang kelak jadi aku memilih untuk not to be story yet. HIHIHI. Aku post entry sebab nak simpan date jadi kenangan abadi.

Gedik santai kan post ni? Dah lama tak buat macam ni. :)