Showing posts with label cECITEr ciNTa. Show all posts
Showing posts with label cECITEr ciNTa. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Majlis Perkahwinan Abang Basyiruddin & Kak Aisyahton


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

9 Februari lepas aku cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina kat kampung. Rasenye cuti tahun baru ni lebih bermakna lah sikit daripada cuti-cuti yang lepas sebab abang sepupu aku kahwin. Famili aku sikit je, jadi jaranglah nak berlaku perkahwinan ni. Kalau yang ade pun macam semua dah kahwin je. Tu yang excited lebih ni. :D


Aku tak sempat nak pergi majlis akad nikah sebab masih dalam bas. HIHI. So, next day barulah boleh pergi tengok pengantin mase rombongan ke rumah pengantin perempuan. Cekidouttt. :P





Nenek aku gigih berjalan terbongkok-bongkok nak tengok cucu sanding. Nasib baik lah kahwin dengan orang Dungun jugak. HIHI. Harap-harap Chik sempat tunggu aku kahwin jugak, kalau boleh bukan tunggu sampai aku kahwin je, tapi biar la Chik panjang umur sampai aku dah beranak-pinak dua tiga pat lima nam seploh. Amin. Boleh pulak buat selingan perkahwinan sendiri. HIHIHI.






Tadaaa. Ini lah isteri sepupu aku  rupenye. Kak Aisyahton namenye. Cantik gaks baju beliau ni. HIHI.






Comel sungguh pelamin ni. Sekarang macam ramai pulak yang pakai trend pelamin macam ni. Tapi bagi orang kampung dah cukup grand dah ni. Angle gambor aje hancus. Maklum lah, berasak-asak orang dalam umah. Terbengkok-bengkok aku nak ambik gambo.






Gambar ni pun vibrate habisss. Tapi sayang pulak nak buang sebab Mak Teh aku dah excited beno buat peace.






Muke comel-comel je abang sepupu aku kan. HIHI. Mude belia rakan muda lagi beliau ni, baru 25. Kak Aisyahton pun kalau tak silap umur 25 jugak tapi dah ade Masters.






Sebahagian daripada hantaran yang aku sempat snap. Buruk beno lah gambo kalau tak pro ni. HIHI.






Ambik gambar bersama pengantin. Pengantin nampak kecik je sebab duduk kan.  
Mama aku cakap: tu ayat cover diri. HIHIHI.





:)





Adik masuk dalam famili Mak Teh pulak. Susah beno kalau nak bergambor die sorang ni. Dah puas pakse-pakse barulah nak. Lain sangat perangai dengan aku. HIHI.






Ni lah famili bapak sedara aku. Kelaurga Chik Man. Abang anak sulung, kak (Sakinah) yang baye aku. Selame ni dalam famili kiteorang aje  belum ade yang kahwin. Bile abang dah kahwin, memang sah-sah tinggal famili aku je la yang belum ade yang kahwin. Ape-ape je mesti famili aku lah yang paling lambat berkembang. Kalau badan senang pulak kembang nye. :D






Balik dari rombongan mengantar pengantin kami ramai-ramai pegi lah pantai nak santai-santai, sekali terhibur sangat sebab jumpe nenek baye Chik aku ni leh drive kete. Laju berdesup pulak tu dye bawak, manual bukan auto taw.HIHIHI. Patut masuk blog sebagai kenangan. Habis macam-macam kiteorang interview beliau.


Habis cerite majlis rumah pengantin perempuan. Selang dua hari majlis, kami buat onar bergambar mase majlis kat rumah bapak sedare aku pulak. 






Along pun balik gak time ni. Jarang nak tengok mak cik ni datang majlis-majlis siap pakai baju kurung tu. HIHI. 







Kami memang duduk rehat menunggu tetamu dekat lambo (anjung) rumah aje. Setiap orang yang datang mesti kami yang duk pung pang pung pang tanye macam-macam dulu. HIHI.







Memang aku aje yang beria. HIHI.






OK. Serius tak macam kenduri. Ni party sendiri ni. Tak apelah, kenangan. How come I`m willing to throw this in dustbin only? For sure absolutely not.  HIHIHI.






Tugas aku di hari kenduri hanyalah menjage baby-baby comel ketika ibu mereka sedang ngap ngap. HIHI. Ini adalah Ijah ataupun nama surat beranak beliau : Nurul Izzah Insyirah. Anak sepupu yang ke 236. MUEHEHE.






Hari dah nak petang. Maka bertungkus lumus lah mak aku, Mak Teh serta Cik De Moh membungkus lauk-pauk kenduri untuk dibawa pulang setelah pak cik aku bagi green light ambik lah banyak mane nak pun. Fuhhh, kenyang makan gulai daging dengan ayam masak merah time ni.






Erkkk. Terlupe nak masuk dustbin. So alang-alang dah upload letak je lah. HAHA.





Yana yang tak senonoh pakai baju angry bird aje mase kenduri. Anak sepupu yang ke 201. HAHA.


Abang dah kahwin. Jadi family Chik Man dah masuk club ade menantu jugak. Tinggal mak aku je yang belum ade menantu. Ingatkan Mama aku sedih, tapi boleh pulak Mama kate lambat-lambat pun tak kesah. Mama tak kesah tapi anak dia kesah. :P 

Wish kepada abang:

Cepat-cepat dapat baby supaya Mama aku cepat stress dye sorang je yang belum jadi nenek dalam adik beradik dye. HAHAHA.


What a gedik. HAHA. Ok bai. Caci cerca jelah aku kalau tak suke. HIHIHI. 

Sunday, September 16, 2012

Majlis Pernikahan Paizah & Syah dan Cendol Bakar Sungai Besar


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Semalam aku ikut serta join Mina dan mak cik open house ke rumah sedare diorang, jugak rumah pelakon wuuu. Rumah Abu Bakar Omar. Aku sure walaupun ade yang tanya sapa pulak Abu Bakar Omar tu? Wujudkah dalam dunia perfileman? Nama mungkin korang tak tahu macam aku jugak, tapi sure satu Meysia mesti kenal. Tak caye Google image lah kalau rajen. :)



Dari kiri: Kak Eca, mak cik, Mina




Bile pulang ke rumah Mina mesti jadual jalan-jalan pack. Macam hari ni, kami pergi ke Majlis Pernikahan anak Che Mamat iaitu kawan kepada ayah Mina. Cantik kan view kampung ni?










Kampung Che Mamat ni tak jauh pun dari rumah FH. Dalam 5 minit naik kete dah pon sampai rumah FH. Tapi tak de lah pulak kami menyinggah ke rumah beliau.





Mak cik dan pengantin





Ni lah dia akak Paizah ni. Aku kan kalau tengok pengantin je mesti rase pengantin ni adalah orang yang cantik-cantik je. Adakah kalau aku jadi pengantin aku jadi cantik jugak? HAHA. Soalan memang nak kene lempang lah kan.









Walaupun aku tak tahu kenapa muke aku kelihatan amat pucat. Dah la pakai baju asrama. Ouh. Tidak. Tapi tetap semangat nak ambik berkat pengantin. Moga anak gajah pun boleh kawen cepat-cepat. HIHI.










Suasana upacara akad nikah jadi sedikit lucu sebab tok kadi asyik tersasul lebih dari pengantin pulak. Adeh. HIHIHI.











Antara saksi-saksi majlis yang penuh syahdu ini.











On the way nak balik kami menyinggah sekejap kat Cendol Bakar. Aku tak ingat aku ada post kat blog ke tak mase first time aku pergi time PBS kat rumah FH dulu.










Sekarang Cendol Bakar ni memang aggressive habislah. Baru je tak sampai setahun kami datang sekarang dah buat drive thru pulak taw. Kalah mekdi.











Gerai dye pun dah makin upgrade jadi makin lawa dah. Tradisional look gitu sekarang dengan atap-atap nipah bagai sampai dua kali aku terhantuk. HIHI.











Pekerja yang tak menang tangan duk layan customer. Orang yang datang tok sah cakap la. Memang tak putus-putus. Tapi aku bersyak wasangka orang yang datang kat sini orang luar je semata-mata. Orang kampung sini seperti Azira dan FH sendiri pun belom pernah merasa Cendol Bakar ni.











Kami berlima makan Cendol VVIP. Ada campuran jagung, selisih, kacang dan ape tah lagi. Bagi aku rasa dye tak de lah sedapppppp sangat-sangat. Boleh tahan la. Mungkin orang suke sebab santan dye memang pekat likat habislah. Tapi bagi aku, KLCC punye cendol still the best.  Esok nak gi KLCC ahhhh. HIHIHI.










Ok. Misi mencari cendol terbaik Malaysia berehat di sini dahulu. HIHI. :)

Saturday, August 4, 2012

Satu petang nan indah dan permai lagi mengharukan di Tasik Idaman Dengkil

Terima kasih Ya Allah sebab bagi secebis kebahagiaan sebegini untuk aku rasai. Walaupun aku sedar semua yang kau berikan ini hanyalah pinjaman duniawi yang mungkin dihisab kelak di akhirat nanti sama ada aku adalah orang yang bersyukur atau tidak atas pinjaman yang kau berikan ini.









Gambar-gambar ihsan GOOGLE.


Tak banyak yang aku boleh taip pasal entry ini. Mungkin ia akan jadi satu peristiwa paling sweet atau paling pahit untuk dikenang kelak jadi aku memilih untuk not to be story yet. HIHIHI. Aku post entry sebab nak simpan date jadi kenangan abadi.

Gedik santai kan post ni? Dah lama tak buat macam ni. :)

Wednesday, January 18, 2012

Wedding


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 
Sebab ade orang komen post aku lately macam ayat novel, fine aku tulis macam biase lepas ni. HAHA. Baru je ingat nak buat perubahan 2012. Mungkin tu bukan stail aku. HIHI.

Sekarang maktab sangat sibuk dengan Pilihan Raya Kampus ataupun singkatannya PRK. Rasenye dalam tiga tahun aku kat maktab ni, tahun ni lah paling meriah kot. Batch aku pun boleh tahan dengan calon-calon yang agak panas dan ramai. Tapi hari ni bukanlah nak cerita pasal pasal tu. 

Disebabkan kena paksa, malam tadi terpaksa lah pergi jugak dengar manisfesto kat dewan. Nak dijadikan cerita. Balik-balik dari dewan aje aku terus on Fesbuk jap kat surau. Bilik aku hot sungguh sampaikan tak tahan kena menumpang kipas sambil niat iktikaf la kan. HAHA. 

Tetibe, tengah-tengah aku khusyuk online. Ade seorang sahabat menjengah kat chat Fesbuk tu. *Panjang sungguh intro cerita ni kan* HIHI. Alhamdullilah, aku sebenarnye tak la terkejut dengan jemputan sahabat aku dari KAKARIANZ iaitu Syafa Hashim. Harap-harap Syapa tak marah aku share citer bahagia mung kat sini. :)

Secara officialnya Syafa orang pertama yang akan kawen dari ramai-ramai sahabat aku. Mungkin dah ada Elly dan sebagainya yang dah kawen dan siap beranak pinak pun. Tapi aku maksudkan di sini ialah kawan yang agak aku rapat. 

Syafa bertemu jodoh dengan pilihan keluarga. Dia pun bakal ustazah sama dengan aku. Pelajar maktab satu kos cuma kampus aje dekat Dato' Razali Ismail. Nama glamour maktab Batu Rakit lah tu. Aku ucapkan tahniah dalam masa yang sama aku buat-buat merajuk dengan dia. Aku cakap kat dia, "Untunglah, dah nak kawen. Tak macam aku yang tak laku. HIHI". *Gelak yang dibuat-buat tapi sebenarnya memang cuak kot-kot memang tak de orang minang sampai ke tua.*

Aku tahu Syapa cukup marah kalau aku cakap macam tu. Mesti dia akan bagi hujah yang tak kan tak de orang tak nak kat ustazah macam aku. Siap suruh aku tunggu time praktikum usha ustaz-ustaz kat sekolah. HAHA. Aku sekadar cakap "Yelah" kat Fesbuk tu. 

Seikhlasnya, aku tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan aku. Tak sangka kawan yang sama-sama baring atas katil kat asrama, makan sama-sama, gelak ketawa sama-sama, share gosip sama-sama, menangis sama-sama dah pun nak jadi bini orang. Semua pernah aku kongsi dengan Syapa walaupun aku tak pernah sekelas dengan dia. Kire hebat lah kan. Kawan sekelas pun belum tentu boleh ngam. 

Jeles sebagai perempuan tu ada jugak. Huda pun cakap dye jeles. Alah, jeles-jeles manja. Bukan jeles dendam. HIHI.

Bercakap pasal jeles ni, boleh lah aku selit unsur Islamik sikit kan. Aku tahu, kadang kita sebagai manusia tak leh lari daripada perasaan iri hati. Misalnya aku sendiri, *tak nak cakap lah pasal orang lain*. Aku selalu tak terlepas dari iri hati bila tengok sahabat yang lawa, pandai, kaya, siap *ada pakwe ensem pulak tu*. Bile renung-renung dengan diri sendiri. Aku ni dah la tak de aset, tak de pape pulak tu. Tak salah berfikiran macam tu. Dah lumrah kita manusia kan, bersifat nak semua apa yang senang di mata kita. Yang indah, yang sedap, yang seronok tu lah yang kita inginkan. Tapi kita kena neutralkan balik perasaan kita tu dengan peringatan-peringatan dan janji Allah pada kita. Barulah Iman kita mantap balik. Aqidah kukuh semula. 

Macam dalam Hadis ni. Kita kena cemburu dalam dua perkara je.

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)

Cemburu bertempat. Ni orang kawen pun nak jeles. Ape la. HAHA.



Gambar Syapa bertunang hari tu. Cantik kan? Bagi wanita normal tengok pelamin, baju, make up yang comel macam ni pun boleh menimbulkan jeles taw. HAHA.



Buat apa kita susah-susah nak takut dan pening fikirkan jodoh kita kalau dah ditakdirkan Allah sedemikian rupa. Betapa tak percayanya aku pada janji Allah selama ni kan. Astaghfirullah. 


Selamat menempuh hari istimewa mu sayang, Syafawati binti Hashim. Moga harap bertahan. Lambat agi mung boleh beranak. 3 years more. HAHA. Aku cemburu dengan kebahagianmu. Tapi cemburu aku membuatkan aku berfikir panjang. Semalaman aku cemburu sampai aku buat research pasal cemburu aku. HAHA. 

Thursday, October 20, 2011

Doublepies.com


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dah lame tak mood jiwang, akhir-akhir tahun je mesti mood jiwang. 

Aku dalam mood entah ape entah sekarang. Jatuh cinta untuk kali ke lima puloh nam ribu kot. Tu pun kalau kau nak percaya lah. HAHA.

Aku baru je buat orang lidi tu semalam. Serius tak sempat nak buat lawa-lawa. Aku kejar mase, sebabnya laptop ni nanti kakak sedara aku nak pinjam, esok pulak aku repeat test JPJ motor, malam nye pulak aku balik kampungkan. Kalau balik sah-sah dah tak siap projek ngek ngok aku ni. HIHIHI. Jadi aku serius kejar mase nak buat vid ni. Tak sempat nak pakai eyeshadow pun orang lidi ni.

Lagu ni pun aku main hentam letak aje, aku tak leh nak dengar pape, sebab aku tengah dalam kelas. HAHA. Entah ape la hasilnya.
Jadi, anggap je lah menatang ni teaser aje. Ade mase aku buat lawa sket lah. Tu pun kalau xde orang muntah darah la tengok video aku ni. HIHI. *pedulihapekalaunakmuntahdarahpunniblogakusukehatiakulahhihi*

YANG PENTING AKU IKHLAS DOH :)







Aku tak tahu apelah reaksi orang tu kalau dia tahu aku buat video ni untuk dye. Pindah maktab agaknye dia. HAHA.

K lah, thanxs for reading and watching this annoying video.:)

Friday, June 17, 2011

hari tu abang su kawin

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ari ni nak citer sal kawin abang sepupu aku ari tu. i called him abang sue. sebab he is the youngest in his family. tehee. speaking la plops. hihihi






akad nikah kat sebelah umah family perempuan kat Besut. i told u. besut memang jauh. walaupun senegeri. i letih la maks dari Dungun ke Besut. phewwws. tak de mood da nak tengok orang kawen. :( lapor.




sedare mara la ni haaa.





bermula dar kiri: mak aku. nenek aku. mak sedara aku merangkak mak pengantin lelaki. :)
mase ni aku kate. semile, semile. hampeh. tak de orang nak layan. huh.




ouh. yang pakai purdah tu sedara jugak. tapi jauh. malas nk citer. xnk taw gak kan. hihi. yang chinese look tersebut ialah kakak sepupu yang sudah ade anak teruna berumo 15 tahun dan muallaf yop. :) shes truely a chinese girl. 





mase ni tok imam ade 2 pasangan yang perlu disunatkan. eh dikahwinkan.






OMG. zakuan adha jadi potograper. hahaha. gile hape? tapi siyes ah. kameramen kakak sepupu aku ni ade iras-iras zakuan adha. sian aku. huhuhu. maksiat mate je la. sape la tak suke tengok mamat ensem yang inesen sambil mengambil gambar dengan muke berlagak yang agak serius. huh!






mak teh je yang layan aku. hihihihihi






okeyh. ini aleesya. dan shes is my feveret niece sekarang. hahaha. jahat gile. muke somel je leh jadi anak buah pilihan. untunglah mak cine. muke pon somel kan. kau ade? hahaha





and this is my abang su. bile orang kawin je mesti mamcik-mamcik tanye kan. keje ape pengantin? diskriminasi pekerjaan sungguh.

kalau la keje gobermen. wah. keje kerajaan menantu dye. kalau la tukang sapu ke. ala. keje biase2 je dye. aduhai. aku nak kawen pon payah cm ni. kau ingat senang nak cari engineer wahai mamcik kat kg. engineer berlagak taw. tak nak cikgu. nak doktor taw? aduhai mamcik2 kat kg. hentikanlah mengumpat. aku nak kawin gak ni haa. bagilah aku kawen dengan ati yang senang. (pekejadahnye aku duk bebel) haha

kau tanye gak? haa. pengantin ni keje polis. haa. inspektor polis. tembak kau. haha. giler~







tak dapat bayangkan kalau laki aku nanti . cam ne la beliau kan? hurm. lalallalala




senyum dah eh abang su aku. almaklum la. 8 tahun dah eh bercinta. bru rini jadi husband and wife. alangkah bahagianye~





jenuh aku berusaha nak ambil gambar mamat ni. mane taw kalau die pun curik-curik ambik gambar aku kan. sape taw kan. kan? hahahahaha. somel.kacak.bergaya.gatal!haha





aku malas nak tulis. haha. tengok je la gambau






sium-sium.muah-muah





okeyh. pengantin tak pandang Olympus buruk kite okeyh! kau pakai Olympus 4back years ago orang kagum. sekarang. hampeh je. :(





familia




aku yang sepi dengan pasangan bahagia. hahaha. leh buat id masuk sinar fm. gadis sepi. hahaha





adik aku muke rimau sebab lapo. hahaha









serius terkejut tengok baju kawen abang sepupu aku. macam nak gi sound. weh. kuning gile ah baju kawen mung! haha






nak gi sound. tapi tak jadi. sesungguhnya pinggang bini dia sangat ramping okeyh. pakai baju kebaya songket ni ha sangat cantik. sedar kekurangan diri. aku diam membatu sambil snap. 1,2,3 tekan. 






tema dia kuning diraja. alahai~






aku nak tempah sendiri la coklat ni. diorang tak bagi pon. :(






olololo. senget la bang. :(






olololo. eh nanti aku cam ni jugak la. haisyh.

my wish for their wedding: 
  • nanti aku kawen jugak taw
  • lagi bes dari korang
  • lagi tak kuning cam korang
  • hahaha. tu wish tuk aku
  • semoge cepat2 pegnen
  • both r u cool like malu-malu tahek ayam. teheee

nanti kalau laki aku tanya. yang-yang. yang nak kawen cam ne. abang. yang nak kawen simple-simple je bang, sebab yang nak gi honeymoon kat Korea. leh bang? 
:)
selamat muntah darah kaler kelabu.

OK BYE!