Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dah lama bercuti daripada berblogging, aku sebenarnya baru aje balik dari camping unit beruniform semester 4 IPG aku ritu. Kami pergi ni kire ikut poforma wajib subjek WAJ 3111 la ni. Kire ni first time kami satu batch dalam 2++ dekat nak masuk 300 orang jugak pergi camping sama-sama.
Kami camping 4 hari. 10-13 September kat Impiana Country Resort laah sangat. Tidur tetap dalam khemah jugak. HIHIHI. Dekat-dekat Sungai Semungkis tempat ni.
Muke se`ah pas angkat barang.
Sementara perempuan berehat-rehatan. Lelaki tetap tabah angkat tong gas bagai.
Memang perempuan bajet-bajet lap peluh je mase ni. Termasuklah aku. HIHIHI.
Tempat ni boleh tahan bes nye. Sungai dye cantik dan mendamaikan jugak la.
Sesungguhnya aku memang tak bercadang nak bercerita tentatif perkhemahan kami ni. Tak sapa jugak yang baca lagipun kan. HIHIHI. Aku nak tempek gambar kenangan untuk tatapan anak-anak cucu je lah.
Mase aktivivti petang kami ambik gambar ni. Duoploh pat jam PPIM kena pakai baju seragam kot.
Ni dia ahli khemah aku. Dari kiri Kak Naim, Izzan, Fira, Jemah Jambu, Suaidot, Kemah. Serius bahagia gile dengan diorang ni. Apatah lagi 80% dari kami Terengganurian kot. HAHA. Nak-nak Karimah la kan. Tak leh blah kawan sekelas dari Form 1 sampai Form 5 pastu angkut masuk kumpulan same sampai ke tua ni tuu. HIHIHI.
Hari second last kami buat masakan rimba. Masak tepi sungai wooo.
Amal berusaha hidupkan api,malangnya susah api susah nak hidup sebab kayu api basah. Korang cube tengok, buluh tu besor giler kot. Memang susah sangat masak dalam ni.
Kumpulan Nida masak kat sini. Kumpulan aku tak ambik gambar la pulak. Walau bagaimana pun, mood masak kami bertukar sedih sebab hujan turun makin lebat. Last-last, nasik aku tak masak. Teringat lagu budak-budak " nasi oo nasi kenapa engkau mentah, macam mana aku tak mentah, kayu api basah, kayu api basah" HIHIHI.
Bergambar kenangan lepas buat formasi kawad PPIM tepi sungai.
Ehem. Ehem. Sebagai S/U aku mestilah duduk atas kerusi. Wakakakaka.
Sekian itu sahaja lah kisah perkhemahan unit beruniform aku. Aku tak de pulak nak ambik gambar unit-unit lain sebab gambar ni pun aku cilok dari FB PPIM dan Nida je. Stalker Mah mesti hampa sebab tak de gambar beliau. Maaflah. Kami bermusuhan mase ni. Mah kan Pandu Puteri. HIHIHII.
:)


No comments:
Post a Comment