Monday, October 15, 2012

HALAL FEST @ PWTC 2012


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Hari minggu yang lepas, bersamaan Sabtu, 13 Oktober 2012 aku, Minami Chan, Nida, Kak Na, dengan Cik Ton (rumate Minami bagi yang tatau) berjalan-jalan secara berjemaah di Halal Fest kat PWTC. Mase tengok banner program ni kat masjid terus terdetik hati nak pergi, pakat-pakat dengan Nida nak gi naik train je tapi tak sangke pulak gadis KL ni nak tumpangkan. 

Halal Fest ni berlangsung 4 hari. Mula dari 10-14 Oktober. Tahun ni tahun kedua kot event ni sebab rasenye tahun lepas dye dah buat sekali.


Perjalanan pagi tu bermula selepas pekena roti canai Maulana depan maktab plus agak sukar memandangkan sebab hujan lebat sangat. Pilot pulak bermata empat. Lagi lah teruk co-pilot nak tolong pun dua-dua pun bermata empat.



Hujan lebat sangat. Alhamdulilah kami selamat.





Setelah kira-kira setengah jam perjalanan (maklumlah tak jem, orang tido lagi kot pukul 9 pagi, HIHIHI) kami pun sampai la kat sini. Rupenye nak masuk kene daftar dulu dengan isi borang sket. Dalam borang tu ada la tanya-tanya nama, ic, alamat, pekerjaan bagai sebab nak survey jumlah pengunjung kot. Kalau nasib baik lagi boleh menang 100 tab sebagai cabutan bertuah kot.


Pengunjung beratur untuk ke pintu masuk.



Budak ni nampak sepi aje. Ade sape-sape nak teman dye jalan? HIHIHI




 Kalau tahun lepas dye bagi gelang, tahun ni bagi pelekat macam ni je. Mungkin nak jimat kot. HIHIHI. Pelekat ni tandanya anda dah register dan boleh masuk mana-mana hall pameran.








Ni lah gambar pemilik Fatihah Frozen. Kalau anda pengunjung setia  Warta Utama Bangi macam aku dan rakan-rakan mesti taw kedai beliau ni. HIHIHI.








Dekat booth BoBoboi ada pertandingan photoshot gambar di Pesbuk. Kami pun ape lagi berebut sama naik dengan kanak-kanak lah. HAHAHA. Time kaseh abang BoBoboi tolong ambik gambar kami. 

Kat booth dia ade jual susu coklat BoBoboi. Bagi aku susu coklat dia ni sedap.Sedap, pekat, likat semua ade lah rasa dia. Boleh lah cuba.
 nanti. Seperti biasa kami memilih untuk ambik tester je. MUEHEHEHE=)








Banyak jugak booth jambu dan rojak kat sini. Termasuklah booth PERDA ni. Yang tak tahan tu bile tengok abang ni pose macam ni. Walaupun gambar tak cantik aku masukkan jugak sebab nak senyum je bile tengok gaya dye ni. HAHAHA.




Gaya menarik hati saya dari Abang Perda. =)



Kat sini pun beratur minum tester je. Kat sini booth Cincau brand ape tah. Walaupun sedapppp. tetap harus ingatkan nafsu jangan tergoda. Save! Save! Save!

Perhatikan muke Mina yang buat-buat tatau lepas minum tester. Muke nak belah cepat-cepat sebelum penjual dye suruh beli.









Sesi merasa jeruk kesukaan ramai. Jeruk Pak Ali. Pasti tidak sakit tekak dengan Jeruk Pak Ali =)









Booth orang Arab ni pulak jual amende ntah nama dia. Benda ni makan dengan roti gitu kalau kat Arab.








 Haaa... Kan aku dah kata kat sini banyak booth jambu. Kat sini pun ade lagi. Makan tester banyak-banyak pun tak pe. Air Asam Boi tu tester. Abang ni siap suruh tadah air tu dengan botol kalau tak cukup sebab tengok kami dengan pelahapnye lah kot. HAHA. Perli secara halus nampaknyer.








Mina dengan kawannya penjual sambal yang poyo aihhhh.










Kat sini ekcelli bukan ada makan-makan je. Banyak sangat yang ada. Baju ade, produk kecantikan tu tak yah cakap la kan sah-sah ade. Macam-macam yang Halal lah boleh join sini. Termasuklah krim valcano yang abang ni pakai. Pakai krim, buat promotion tapi malu-malu lak dia nak tengok kamera kite. HIHIHI.









Aku tak teruja sangat dengan Cool Blog sebab alah banyak kot kat Bangi. Tapi, benda alah ni buat aku teruja gile. HIHIHI. Bile tengok pearl dalam gambar ni aku rase geram aje. Perlu ke pegi Econsave petang ni cari segelas Cool Blog? HIHIHI.








Paling happening bagi aku kat booth PPZ ni. Hanya dengan LIKE Pesbuk diorang anda akan dapat topup lime hinggit. Sape nak bagi free-free kan. Minah yang BFF 4ever lah sangat tu pun kalau bab tak bayar topup dah bising-bising. Kat sini dapat gitu aje. HIHI.


Diorang gelak-gelak je bile aku nak suruh pose sket masuk blog tak glamer ni. HIHI. Bagi readers batch aku, korang perasan tak muke akak sebelah kanan ni macam Fatin Farhanah 02? Sile tekan LIKE kalau same. HIHIHI.








Sile Log In Pesbuk anda dan LIKE page PPZ. Mudah kan? HIHIHI.








Dialog di booth mee segera Vit`s :


Aku: (muke syok gile makan tester Vit`s dengan Nida)

Nida : (same nikmat join dengan aku)

Mina : Weh, korang makan ni halal keeee? (plus muke jijik gile)

Aku dan Nida bergabung: Off course la halal!!! Ni kan HALAL FEST!!!

Mina: Ha ah kan, nak jugak satu cup. HIHIHI








Banyak jugak retisss kulinari yang aku jumpe kat sini. Salah satunya Chef Zam. Terus snap depan lobang hedong beliau. HIHIHI. 

Mase ni beliau tengah handle pertandingan makan donut J CO paling cepat. Aku lambat sikit je angkat tangan. Kalau tak memang nak lah join kan. Perut kenyang plus dapat duit lagi seratus hengget.









Ni pulak masa competition masak ape tah. Chef Zam dengan Chef Ezany gitu jadi hos. Suke suke suke.









Abang chef ni senyum naif sangat lah. Sejuk je mata memandang melihat. HAHA. Perlu ke buat ayat macam tu???HIHIHI.











Gambar sesi ngap-ngap tester wajib lah ade banyak.










Bergambar kenangan di banner program tanda kami dah penah sampai sini. =)










Tak jumpe Jaafar Onn dapat bergambar dengan banner beliau pun jadilahh. HIHI. Terus teringat Jaafar Onn pakai baju melayu warna same dengan songkok masak kuih raya dalam rancangan masak-memasak 10 tahun lepas. HAHAHA.








Last, berasak nak snap gambar tepi Siti kat booth SimplySiti. Tak de lah duit I nak beli produk beliau untuk snap gambar same-same. HIHIHI.








Orang kata HALFEST tahun ni macam agak sesak. Tahun lepas mungkin orang tatau sangat dengan menda alah ni. Tahun ni publisiti meluas so dah tak leh nak kenyang-kenyang sangat makan tester. Persaingan ramai wooo. SOB SOB SOB.


Jumpe di HALFEST tahun depan. =)

1 comment: