Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
9 Februari lepas aku cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina kat kampung. Rasenye cuti tahun baru ni lebih bermakna lah sikit daripada cuti-cuti yang lepas sebab abang sepupu aku kahwin. Famili aku sikit je, jadi jaranglah nak berlaku perkahwinan ni. Kalau yang ade pun macam semua dah kahwin je. Tu yang excited lebih ni. :D
Aku tak sempat nak pergi majlis akad nikah sebab masih dalam bas. HIHI. So, next day barulah boleh pergi tengok pengantin mase rombongan ke rumah pengantin perempuan. Cekidouttt. :P
Nenek aku gigih berjalan terbongkok-bongkok nak tengok cucu sanding. Nasib baik lah kahwin dengan orang Dungun jugak. HIHI. Harap-harap Chik sempat tunggu aku kahwin jugak, kalau boleh bukan tunggu sampai aku kahwin je, tapi biar la Chik panjang umur sampai aku dah beranak-pinak dua tiga pat lima nam seploh. Amin. Boleh pulak buat selingan perkahwinan sendiri. HIHIHI.
Tadaaa. Ini lah isteri sepupu aku rupenye. Kak Aisyahton namenye. Cantik gaks baju beliau ni. HIHI.
Comel sungguh pelamin ni. Sekarang macam ramai pulak yang pakai trend pelamin macam ni. Tapi bagi orang kampung dah cukup grand dah ni. Angle gambor aje hancus. Maklum lah, berasak-asak orang dalam umah. Terbengkok-bengkok aku nak ambik gambo.
Gambar ni pun vibrate habisss. Tapi sayang pulak nak buang sebab Mak Teh aku dah excited beno buat peace.
Muke comel-comel je abang sepupu aku kan. HIHI. Mude belia rakan muda lagi beliau ni, baru 25. Kak Aisyahton pun kalau tak silap umur 25 jugak tapi dah ade Masters.
Sebahagian daripada hantaran yang aku sempat snap. Buruk beno lah gambo kalau tak pro ni. HIHI.
Ambik gambar bersama pengantin. Pengantin nampak kecik je sebab duduk kan.
Mama aku cakap: tu ayat cover diri. HIHIHI.
:)
Adik masuk dalam famili Mak Teh pulak. Susah beno kalau nak bergambor die sorang ni. Dah puas pakse-pakse barulah nak. Lain sangat perangai dengan aku. HIHI.
Ni lah famili bapak sedara aku. Kelaurga Chik Man. Abang anak sulung, kak (Sakinah) yang baye aku. Selame ni dalam famili kiteorang aje belum ade yang kahwin. Bile abang dah kahwin, memang sah-sah tinggal famili aku je la yang belum ade yang kahwin. Ape-ape je mesti famili aku lah yang paling lambat berkembang. Kalau badan senang pulak kembang nye. :D
Balik dari rombongan mengantar pengantin kami ramai-ramai pegi lah pantai nak santai-santai, sekali terhibur sangat sebab jumpe nenek baye Chik aku ni leh drive kete. Laju berdesup pulak tu dye bawak, manual bukan auto taw.HIHIHI. Patut masuk blog sebagai kenangan. Habis macam-macam kiteorang interview beliau.
Habis cerite majlis rumah pengantin perempuan. Selang dua hari majlis, kami buat onar bergambar mase majlis kat rumah bapak sedare aku pulak.
Along pun balik gak time ni. Jarang nak tengok mak cik ni datang majlis-majlis siap pakai baju kurung tu. HIHI.
Kami memang duduk rehat menunggu tetamu dekat lambo (anjung) rumah aje. Setiap orang yang datang mesti kami yang duk pung pang pung pang tanye macam-macam dulu. HIHI.
Memang aku aje yang beria. HIHI.
OK. Serius tak macam kenduri. Ni party sendiri ni. Tak apelah, kenangan. How come I`m willing to throw this in dustbin only? For sure absolutely not. HIHIHI.
Tugas aku di hari kenduri hanyalah menjage baby-baby comel ketika ibu mereka sedang ngap ngap. HIHI. Ini adalah Ijah ataupun nama surat beranak beliau : Nurul Izzah Insyirah. Anak sepupu yang ke 236. MUEHEHE.
Hari dah nak petang. Maka bertungkus lumus lah mak aku, Mak Teh serta Cik De Moh membungkus lauk-pauk kenduri untuk dibawa pulang setelah pak cik aku bagi green light ambik lah banyak mane nak pun. Fuhhh, kenyang makan gulai daging dengan ayam masak merah time ni.
Erkkk. Terlupe nak masuk dustbin. So alang-alang dah upload letak je lah. HAHA.
Yana yang tak senonoh pakai baju angry bird aje mase kenduri. Anak sepupu yang ke 201. HAHA.
Abang dah kahwin. Jadi family Chik Man dah masuk club ade menantu jugak. Tinggal mak aku je yang belum ade menantu. Ingatkan Mama aku sedih, tapi boleh pulak Mama kate lambat-lambat pun tak kesah. Mama tak kesah tapi anak dia kesah. :P
Wish kepada abang:
Cepat-cepat dapat baby supaya Mama aku cepat stress dye sorang je yang belum jadi nenek dalam adik beradik dye. HAHAHA.
What a gedik. HAHA. Ok bai. Caci cerca jelah aku kalau tak suke. HIHIHI.
moga cepatt laaaah awok bertemu jodoh yaa sayang. hihi. saya nak cop jadi bridesmaid awok, ingattt tau
ReplyDelete@kumin alfi
ReplyDeleteouh kumin. bilekah dapat bersua. xsanggup hanya membaca komen sbg pengganti dirimu sahaja. hihihi