Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sebab ade orang komen post aku lately macam ayat novel, fine aku tulis macam biase lepas ni. HAHA. Baru je ingat nak buat perubahan 2012. Mungkin tu bukan stail aku. HIHI.
Sekarang maktab sangat sibuk dengan Pilihan Raya Kampus ataupun singkatannya PRK. Rasenye dalam tiga tahun aku kat maktab ni, tahun ni lah paling meriah kot. Batch aku pun boleh tahan dengan calon-calon yang agak panas dan ramai. Tapi hari ni bukanlah nak cerita pasal pasal tu.
Disebabkan kena paksa, malam tadi terpaksa lah pergi jugak dengar manisfesto kat dewan. Nak dijadikan cerita. Balik-balik dari dewan aje aku terus on Fesbuk jap kat surau. Bilik aku hot sungguh sampaikan tak tahan kena menumpang kipas sambil niat iktikaf la kan. HAHA.
Tetibe, tengah-tengah aku khusyuk online. Ade seorang sahabat menjengah kat chat Fesbuk tu. *Panjang sungguh intro cerita ni kan* HIHI. Alhamdullilah, aku sebenarnye tak la terkejut dengan jemputan sahabat aku dari KAKARIANZ iaitu Syafa Hashim. Harap-harap Syapa tak marah aku share citer bahagia mung kat sini. :)
Secara officialnya Syafa orang pertama yang akan kawen dari ramai-ramai sahabat aku. Mungkin dah ada Elly dan sebagainya yang dah kawen dan siap beranak pinak pun. Tapi aku maksudkan di sini ialah kawan yang agak aku rapat.
Syafa bertemu jodoh dengan pilihan keluarga. Dia pun bakal ustazah sama dengan aku. Pelajar maktab satu kos cuma kampus aje dekat Dato' Razali Ismail. Nama glamour maktab Batu Rakit lah tu. Aku ucapkan tahniah dalam masa yang sama aku buat-buat merajuk dengan dia. Aku cakap kat dia, "Untunglah, dah nak kawen. Tak macam aku yang tak laku. HIHI". *Gelak yang dibuat-buat tapi sebenarnya memang cuak kot-kot memang tak de orang minang sampai ke tua.*
Aku tahu Syapa cukup marah kalau aku cakap macam tu. Mesti dia akan bagi hujah yang tak kan tak de orang tak nak kat ustazah macam aku. Siap suruh aku tunggu time praktikum usha ustaz-ustaz kat sekolah. HAHA. Aku sekadar cakap "Yelah" kat Fesbuk tu.
Seikhlasnya, aku tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan aku. Tak sangka kawan yang sama-sama baring atas katil kat asrama, makan sama-sama, gelak ketawa sama-sama, share gosip sama-sama, menangis sama-sama dah pun nak jadi bini orang. Semua pernah aku kongsi dengan Syapa walaupun aku tak pernah sekelas dengan dia. Kire hebat lah kan. Kawan sekelas pun belum tentu boleh ngam.
Jeles sebagai perempuan tu ada jugak. Huda pun cakap dye jeles. Alah, jeles-jeles manja. Bukan jeles dendam. HIHI.
Bercakap pasal jeles ni, boleh lah aku selit unsur Islamik sikit kan. Aku tahu, kadang kita sebagai manusia tak leh lari daripada perasaan iri hati. Misalnya aku sendiri, *tak nak cakap lah pasal orang lain*. Aku selalu tak terlepas dari iri hati bila tengok sahabat yang lawa, pandai, kaya, siap *ada pakwe ensem pulak tu*. Bile renung-renung dengan diri sendiri. Aku ni dah la tak de aset, tak de pape pulak tu. Tak salah berfikiran macam tu. Dah lumrah kita manusia kan, bersifat nak semua apa yang senang di mata kita. Yang indah, yang sedap, yang seronok tu lah yang kita inginkan. Tapi kita kena neutralkan balik perasaan kita tu dengan peringatan-peringatan dan janji Allah pada kita. Barulah Iman kita mantap balik. Aqidah kukuh semula.
Macam dalam Hadis ni. Kita kena cemburu dalam dua perkara je.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)
Cemburu bertempat. Ni orang kawen pun nak jeles. Ape la. HAHA.
Gambar Syapa bertunang hari tu. Cantik kan? Bagi wanita normal tengok pelamin, baju, make up yang comel macam ni pun boleh menimbulkan jeles taw. HAHA.
Buat apa kita susah-susah nak takut dan pening fikirkan jodoh kita kalau dah ditakdirkan Allah sedemikian rupa. Betapa tak percayanya aku pada janji Allah selama ni kan. Astaghfirullah.
Selamat menempuh hari istimewa mu sayang, Syafawati binti Hashim. Moga harap bertahan. Lambat agi mung boleh beranak. 3 years more. HAHA. Aku cemburu dengan kebahagianmu. Tapi cemburu aku membuatkan aku berfikir panjang. Semalaman aku cemburu sampai aku buat research pasal cemburu aku. HAHA.


bila syafa kawinnn?
ReplyDelete