Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ini ialah cerita qada` tahun lepas. Berbulan-bulan punye cerite pulak tu. Tapi aku tetap nak hupdate jugak sebab ni lah memori menjadi sebahagian dari Akademi Permata Insan.
Sapa yang tak tahu dan nak tahu pasal Permata Insan boleh lah Google jap sebab aku malas nak intro pasai tu. Sape yang tak berminat nak tahu duk diam-diam sudah tak yah Google-Google. Sape yang tak berminat nak bace post ni lagi leh apply lempang sebijik, sape suh bukak blog pastu tak nak bace lak. HAHA.
Tatkala orang lain memulakan sesi semester break yang panjang November lepas, aku dan beberapa orang rakan (eceh, intro karangan habes) berkhidmat sebagai fasilitator untuk Akademi Permata Insan di bawah naungan USIM. Terasa dekat dengan USIM. Yelah, dulu aku masuk USIM jap, sekarang keje bawah diorang lak. HIHI.
Kali ni kire kali ke dua aku jadi fasi untuk diorang. Bertempat di Sekolah Menengah Sains Banting, maka bermulalah sesi kem kami. Tapi aku tak de la banyak cite kat sekolah sains tu, tak sempat pun nak ambik-ambik gambar sangat sebab tersangat lah busy dengan meeting bagai. Kali ni aku nak share pasal lawatan kami ke Zoo Negara aje. Sepanjang dua minggu berkem, akan ade 2 kali sesi lawatan. Jadi mula-mula kami pi terjah Zoo Negara dulu.
Sebenarnya akademi ni dah ade 3 batch. Kalau dulu aku pegang batch junior, sekarang aku dicabar dengan pelbagai kerenah super junior. Eceh, dicabar lah sangat kan. KIKIKI. Ni kem first lah bagi depa-depa ni. Bile Dr.Nizam cakap super junior akan ke Zoo, aku rase aku lebih excited kot dari diorang sebab ni first time kot aku nak gi Zoo Negara. Noob gile. Diorang yang mak bapak kaye-kaye ni dengar Zoo ni cam boring je. Argh, tak peduli. Nak gi gak Zoo. HAHA.
Akak Ju pun excited jugak sebab akak Ju pun first time pegi Zoo. :p
Muke hepi first time jejak Zoo Negara.
Sebab kami pergi under program kerajaan, layanan yang kami dapat terbaik lah sikit. HIHIHI. Dapat Zoo guide yang pot pet pot pet terang duoploh pat jam. Pastu dah siap booking semua show lah yang ade. Eceh, hiperbola sikit. HIHI. Mase ni layan aje pertunjukkan gajah-gajah. Hepi aje budak-budak ni. Same lah dengan kakaknye.
Cik Zahiyah pun jadi fasi batch super junior jugak. Jadi kami beronggeng lah sesame.
Sape-sape yang duk umah asyik men Agry Bird aje, moh ler ke Zoo kite buat aksi-aksi style macam ni lak. HAHA. *takde kene mengena*
Hambek ko, segala bulu burung mak nenek dye keluarkan.
Ni show yang best jugak, kami tengok anjing laut. Alah, kalau gi Zoo mesti ade punye. :p
Sob sob sob. Sedih je tak de gambar sendiri naik menatang ni. HAHAHA.
Pasal harge-harge bagai aku tak tahu lah kan sebab kiteorang gi je masuk semua dah settle. Nak beronggeng lebih lagi di Zoo, moh ler ajak budak kelas. :D
No comments:
Post a Comment