Wednesday, January 16, 2013

Kem Permata Insan Siri 2/2012 @ FRIM

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 
Entry ni pun entry sambungan dari entry yang lepas. Kali ni semua warga akademi ke FRIM pulak.

Serius sebelum ni aku tak dapat bayangan ape itu FRIM? Ingat takat nak seronok-seronok bagai tengok pokok comel-comel macam kaktus ke? HAHA. Sengal. Tak de la ingat macam kaktus, tapi something yang memerlukan kemahiran pemerhatian je lah kan. 

Nak pergi FRIM siap pakai slacks lagi. Hadoi. Sekalinye baru aku tahu kat sini ade satu task yang boleh membunuh sedang menanti. Serius tak tipu. HAHA. 

FRIM ni kire hutan dalam bandar, eceh pandai-pandai je. Tapi tu lah yang boleh aku tafsirkan. 
Sampai-sampai je kat sini dah ramai forest guide yang sedang tunggu. 






Mule-mule budak-budak ni jalan-jalan je dulu ni. Ambik angin, buat-buat regangan. Tengok tak beg sorang-sorang, aiseh aku dah risau dah mase ni.






Memang rileks ler mase ni kan. Siap leh posing-posing lagi.






Kami ditunjukkan dengan macam-macam tumbuhan unik. Contohnya, pokok ni. Getah dye tu boleh buat gula-gula mint tu. Sebab dye berangin. Kalau nak rase pun boleh.






Ju on dan Sha sedang merasa gula-gula mint yang segar. HIHI.





Dengan Haikal dari Sabah.





Unik kan? Memang macam gajah. Subhanallah.






Mase aku tengok view ni, aku terpana jap. Macam tengah tengok movie. Tarzan eh? HAHA. Yela aku kan orang-orang kampung. Lain lah korang selalu layan panorama cam ni kan. HEKHEK. Subhanallah. Cantik sangat.






Bersama adik yang aku jaga, Nadhirah. Mase ni kami dah sikit-sikit memulakan ekspedisi ni. 






Nini dan Nadhira. Dua-dua aku jage. Ju pulak ajar diorang ngaji.







Termegah-megah jugak lah kami. Ekspedisi mengejutlah katekan.






Kalau mase belajar Geografi dulu aku bace dan tengok gambar aje macam mana rupe hutan kanopi. Alhamdulillah, Allah bagi gak kesempatan kali ni tengok sendiri. Cantik sangat. Subhanallah lagi.






Forest guide ni cakap, kalau sesat boleh ketuk-ketuk pokok macam ni untuk bagi isyarat. Dalam hati aku, kalau aku sesat aku jerit je dah tak pikir nak ketuk-ketuk pokok ni. HIHI. Kat sini pun dye tunjuk lipan gergasi, semut gergasi. Semua yang tak pernah kite tengok la.






Dan lepas mengharungi semua jalan hutan yang berliku dan berbukit bukau pun aku masih tak dapat agak ape yang bakal menunggu di hadapan. 







Mase ni aku pikir. Ouh, nak naik canopy walk ke? Alah, takat canopy walk tu chill lah bro. Sambil membayangkan canopy walk di Taman Botani yang rendah lagi konkrit diperbuat dari besi lak tu.HAHA. Noob gile. Tengok muke chill lagi tu.






Sekali bile naik. Oh mak kau! Tinggi dye 300 meter kot. Bergoyang sane, boyang sini. Hadoi, dalam hati aku mase ni yang aku ingat aku ni banyak dose je. Tak sempat taubat ke. Sempat lagi refresh cerite zaman dolu-dolu yang ade sekumpulan budak sekolah India meninggal sebab jatuh canopy walk hutan mane entah. Ergghh. Tobat ngeri sungguh la. Dah la berat badan aku ni plus++++. Memang mulut terkumat kamit mintak tolong Allah jelah mase ni. Bile pikir-pikir balik, bagus jugak naik menatang ni leh jugak timbulkan keinsafan tak payah nak gi kem-kem motivasi dah. Kat sini memang automatik termotivasi lah. :D







Cuak macam mana pun anda, meh ler bergambor kenangan dulu. Ni mungkin first and last ever. HAHA. :p




Ju, Amani, Aliya, Kak Naemah.:D

Pengalaman naik canopy walk di FRIM memang ngeri habes bagi aku. Walaupun macam tu, aku tetap bersyukur Allah bagi kesempatan aku try dan lalui semua ni. Sebuah kenangan yang tak dapat dibeli, naik canopy walk tapi tak leh mengadu kat sape-sape bile takut atau pun nak jerit takut sekali pun sebab ade budak-budak yang kau kene pastikan mereka juga selamat. Kalau ape-ape jadi kat diorang, sape nak tanggung weh. :d

Jadi, sape-sape yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar tu leh la datang ka FRIM. Pakai pakaian sukan, jangan jadi cam aku lak. HAHA. Sepanjang perjalanan nak naik kat atas, aku tengok ramai orang Cina yang beriadah kat sini. Boleh katekan 90% Cina lah. Yang lain tu tourist. Orang Melayu memang kurang gemar kan aktiviti cam ni? Ke tak? Ke aku sorang je yang kurang gemar tapi dah terpergi? HAHA. 

No comments:

Post a Comment