Wednesday, January 16, 2013

Cendol Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Terime kasih Allah sebab masih bagi peluang aku hidup, dah bagi peluang hidup bagi peluang jadi blogger pulak. Sedor tak sedor ni lah entry aku yang first untuk tahun ni. Lambat nye lah. HAHA. :D

Banyak cerite yang tinggal cerite sebab aku dah lame tak jejak sini. Nanti lah akan di qada`kan satu persatu insya Allah. Jenguk-jenguk lah kalau sudi nak bace. :P

Cerite berada di semester 5 tahun ni cukup berbeza. Aku yang dulunya riak dengan nikmat masa lapang, telah diberi balasan awal oleh Allah s.w.t iaitu balasan kelas petang setiap hari. OMG. HAHA. Serius tak biase sesibuk ni. Tapi tak pelah, sampai bile nak jadi malas. Ye dok? Ayat sedapkan hati. 

Makanya jarang dah aku dapat peluang berfoya-foya dipetang hari nun di Bandar Baru Bangi yang indah apatah lagi tido. HAHA. Sesekali bile lecturer kate ade meeting dan kelas dibatalkan nikmatnya tuhan saje yang tahu. 

Ni kisah semalam, lepas aje meeting Pembimbing Rakan Siswa, kiteorang set nak lepak makan Cendol dekat Seksyen 4 Tambahan. Landmark dye dekat bulatan nak pergi Econsave Kajang. Haziq join siap bawak orang rumah dye sekali, Radzi. What a nick 'orang rumah'. HAHA. Oh ye, lupe nak buat pengumuman Haziq dah beli Viva sebagai persiapan praktikum. Tahniah Haziq. :D


Kami makan cendol pulut dengan pasembuq kat sini. Review makanan pulak, bagi aku cendol kat sini not bad lah. Tapi cendol Just Dessert KLCC still no 1 in my heart. Kalau nak menu lain pun banyak. Ade bakso , mee rebus, laksa penang, dan semua keturunan mee dan laksa lah. Jemput makan. 



Gambar tanpa Minah dengan Mah




Gambar tanpa Mah dengan Minah


Hari ini hari Pilihan Raya Kampus. Doakan kejayaan Haziq dan Aisyah. :)

*macam skema aje. sindrom lame tak tulis blog* :P

No comments:

Post a Comment