Showing posts with label KEM PERMATA INSAN. Show all posts
Showing posts with label KEM PERMATA INSAN. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Kem Permata Insan Part 3 @ Petrosains

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Akhirnya impian aku nak gi Petrosains tercapai jugak memandangkan aku join batch Super Junior mase lawatan depa hari tu. Gumbira betol aku. HIHI.




Ingatkan roket ni gerak pegi mane lah kan. Rupenye duk gegor-gegor dalam tu jep. HAHA. Boleh la kan dari tak naik langsung. Naik ni bayor 3 hingget.




Memang banyak stesen kat sini. Ni aku dah kat stesen pelantar minyak dah ni.






Macam-macam boleh rase kat sini. Ade jugak dia tunjukkan bilik pekerja pelantar minyak cam ne. 





Kemain naik helikopter. HAHA. Ni pun bayor 3 hengget.





Bile lapar sila lah singgah di Molecule Cafe dalam Petrosains ni. Aku suggest kan beli donut aising dia. Sedap sangat sampai lupe nak snap pic.






Me and Cik AH come here. :)





Disebabkan hari Jumaat, kena lah temankan budak lelaki sembahyang Jumaat kat Masjid KLCC.






Me dukung Mia becok. Adoi, Suke sangat budak-budak ni. Ade je cite diorang.





Lepas je solat kiteorang masuk balik sebab nak gi Sultan of Sciene Exhibition lak.






Tumpang ambik gambar bang. HIHI.





Bergambor je kejenye.





Dan memang ni je gambar kat sini sebab dah penat gile. Dalam exhibition Sultan of Sciene tu tak de lah banyak sangat barang yang boleh diterokai tapi best la takat nak tahu tu. Tapi Petrosains memang superb. Mule-mule naik gendola tu je aku dah kagum gile. HAHA.





Dan tadaaaa. Hari last kami makan kambing golek betol lepas dipropa kan dari dulu lagi. Tak sangka kami makan betol punya. HAHA. 

Takat ni je lah cite kem ni. Aku pun tak tahu sama ada kem depan aku join ke tak lagi. :)

Kem Permata Insan Part 2 @ Paya Indah Wetland

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kali ni memang banyak kali keluar jugak mase kem. Walaupun semiggu je tapi dekat 3 kali aku keluar. Yang part tu ni aku pergi Paya Indah Wetland dengan batch Junior berbekalkan misi utama memberi badak air makan. HIHI.





Bile aku nak ambik gambo je datang lah ramai-ramai menyerbu dan menyibok. Adoi. HIHI.






Suke dapat bergambo dengan Hyppo yer.





Barisan fasi pempuan yang join. :)






Fasi lelaki pun ade.






Watak utama cite ni.






Kalau orang awam nak datang pun boleh tengok hyppo makan. Tak silap aku dalam pukul 11 pagi cam tu lah. Kalau lewat je hyppo dah tido dalam air. HIHI.






Makhluk ni pun ade jugakkk.






Kami melawat kawasan landak.







View ni pun memang cantik sangat. Susah ni nak cari kat tempat lain.






Jadi sakan la kami bergabor lagi.






Jauh ke dalam hutan sket ade rumah tradisional Terengganu. Memang cantik sangat.






Berangan je.






Disebabkan jauh la jugak, ramai-ramai kami diusung naik Hilux ni ha. Gaya Dr. Nizam tak leh blah aje.






Gaya budak-budak ni yang macam balik raya.






Pakej yang kami join ni pun ade buat mini jungle trekking gak. Jauh jalan tapi view dye subhanallah, cantik sangat. :)






Dengan Sya tersayang. ;)






Macam-macam aksi lah pulak kan. HIHI.





Ajik je budak kelas yang join. Jadi balun la ambik gambar sekali.






Bile aku kate nak ambik gambar kawen kat sini nanti. Sya cebik je. Sya memang la. HAHA. :)










Kem Permata Insan Siri 1 2013 Part 1

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Masuk semester yang lepas dah tiga kali aku join sebagai fasilitator di Akademi Permata Insan ni. Kem kali ni masih lagi buat kat SM Sains Banting sama dengan kem lepas. Rasanya kem ni tak banyak beza. Tapi pengalaman baru tu alhamdulillah. Banyak sangat.

Memang jenuh la aku duk pilih gambar dalam kamera Fazli Komis tu. Last-last gune gambar kat handset sendiri je. Malas pulak aku nak godek beribu-ribu gambar dalam tu.






Semester ni batch Junior belajar pasal haiwan. Ni salah satu daripada projek diorang. Projek ala-ala forensik gali fosil dalam tanah. 






Ni lah fosil yang tak berapa nak fosil tu. Busuk dia tak yah nak habaq la. Mane tak busuk kalau gune ayam yang ditanam seminggu. Huh. Tapi bebudak ni suke haje dapat main. Azabnye menanggung bau ala-ala bangkai mase ni.






Seronok yerrr.






Salah satu aktiviti yang ade untuk tema haiwan ni jugak ialah pembedahan tikus. Disebabkan dulu mase belajar biologi pun aku tak de peluang bedah tikus, jadi kali ni aku join la tengok sekali. Seksa tikus tu kena tikam tangan dan kaki.






Adik-adik USIM yang datang buat pembedahan ni. Seronok betul buat kekejaman ni. HIHI.






Tikus yang dibuang kulit.






Satu-satu organ dalaman tikus diorang kuarkan dan tunjuk kat budak-budak ni.






Siap tengok otak tikus lagi.






Ade kira-kira tujuh ekor tikus comel yang dikorbankan hari tu. Harap-harap berbaloi la untuk mereka faham macam mana rupa organ-organ yang ada dalam seekor tubuh yang mana menyerupai manusia. 






Aksi manja Razi. Dia ni mamak Penang kot. Tapi dah terlekat kami panggil dia Jai. HIHI. Good boy Jai. :)






Hari ke berapa tah kami kena jadi urusetia pertandingan Tilawah Al-Quran.






Fasi pun kami, juri pun kami.






Ni pulak gambar mase di USIM. Kami ramai-ramai datang sini sebab nak cerap matahari.





Muke excited jumpa van USM.






Akak fasi kemain lagi. Memang sengal lah Kak Ja dengan Ju ni. HIHI.






Mase ni kiteorang berpeluang masuk dalam Digital Star Lab ni. Ala-ala macam Planetrium lah tapi boleh bawak ke mana-mana. Bes jugak tengok show bintang dan buruj dalam tu. Satu pengalaman yang susah nak dapat kat lain.






Pegawai dari USM yang handle benda ni. Kemain lagi dia.






Muke-muke kiteorang duk tunggu turn nak masuk lab tu. HAHA. Tak sabar tol. Sekali masuk dalam 30 minit untuk 20-35 orang. Jenuh la duk tunggu budak-budak tu siap dulu baru kiteorang masuk.






Bersama budak kelas. Kali ni welcome Wa to Permata. HIHI. :)





Semester ni aku jage adik Junior yang super baik dan rajin dan tak banyak kerenah dengan Tehal. Memang senang jage depa ni. Kejut Subuh sekali je boleh bangun. Aku dengan Tehal pulak yang sambung tido. HAHA. Ade Maira, Mira, Ainur, Farzana dan Irdeena.





Adik yang mencuit hati. Memang comel la Farzana ni. Akak letak gambar awak sebab awak comel je tido atas katil akak. Tak baligh lagi tak pe kan letak gambar sensored cam ni. HIHI. Farzana balik masjid je mesti terbongkang terus. HIHI. Tergelak sengsorang bila ingat. 

Tak habis-habis pujuk kiteorang nanti keluar gi Kidszania memandangkan diorang ni orang Lembah Klang aje. Tengok lah adik-adik sekalian kalau akak tak sibuk kite gi. :)