Sunday, November 4, 2012

Rehlah PISMP 4.01 @Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Dah lame rancang nak pi Melaka ni sebenarnya. Macam-macam halangan yang ade. Sampai dah macam putus ase nak rancang. Nak pi 31 hb Ratu Khat ade hal la, nak pi 16 hb pulak JPP buat majlis tahlil la. Kursus kawen la. Suami pi kursus la. Mak pi kursus nursing kene join sekali kursus dengan mak lah. Ahh. Macam-macam la budak kelas aku punye hal. Akhirnya, Alhamdullilah jadik jugak rehlah ni pada 20hb Oktober yang lalu. Tu dia orang lain duk nak exam, kita duk sebok nak berjalan. HIHI :)


Kami bertolak ke Melaka pada hari Jumaat malam bersamaan dengan 19 Oktober 2012. Tiga buat kete jugak yang konvoiwalaupun tanpa ketiadaan Wali, abang Jejai yan eksiden dan Nawal yang tengah berubat mase ni. 





Disebabkan ni ialah rehlah bajet. Kami tido kat rumah Cik AH saje (nick baru Aminah Halim. sedap jugak kan). Rumah Cik AH kat Sungai Udang kan tak dak orang duduk, jadi kami serbu la ramai-ramai. Ni gambaq baru bangun tido semua ni. Bangkit-bangkit nak buat sarapan. :) Amacam? Terserlah gitu ciri-ciri isteri mithali budak kelas aku kan. HIKHIKHIK.







Tadaaa. Makan mee goreng basah pagi tu.








Mithali sungguh nak-nak yang tengah tuang air tu. MUEHEHE.








Sesi mencekik secara berjemaah sebelum cuti-cuti Malaysia. (sile bace cut-cuti Meysia tu versi Siti Nurhaliza nyanyi) :)



Muke bulat. Bukan salah aku, salah tudung Akel tu. HAHA.


Dah selesai memenuhi tangki perut memasing, kami ke destinasi pertama : Taman Buaya Melaka. Aku teringin sangat nak gi perkampungan Meysia tu. Tapi malang sungguh aih tengah renovate pulak. Saje je nak suh aku pergi lagi len kali. Tak pe, tak pe sekarang kite tengok dulu acaner muke boyer secara dekat ye. Walaupun aku ni dari Kampung Sungai Buaya, tidak lah aku pernah lihat muke boyer secara dekat walausekalipun. HAHA memang tak lawak. Jommmm.






Harga tiket aku dah tempek siap-siap kat sini. Aku tahu jap-jap gi adelah yang mengGoogle nasib malang jumpe page aku kan. HIHI. Kami pergi berkumpulan yakni lebih dari 15 orang. Jadi harga tiket buleh la 9 hinggit sorang dari rege asal iaitu seploh hinggit sorang. Nak detail click gambar tuuu.








Yang baju biru yang come-come tu ialah Sofi. Anak sepupu Cik AH. Dalam citer ni beliau telah dilantik sebagai tour guide kami. HAHA. Kelas dik Copi kite.








Muke excited tengok buaya.









Memang berbaloi datang tengok buaya kat sini. Ade pelbagai jenis dan saiz. Kire boleh tengok dari dekat jugak la. Subhanallah. Hebatnye ciptaan Allah. :)









Walaupun Taman Buaya. Ade jugak lah hidupan lain siket-siket contohnye cik nyet ni.








Kat sini cage buaya air masin kot kalau tak silap. Sebab tu lah air dia jernih aje nak banding dengan tadi.









Ni pulak gambar orang yang ziarah buaya-buaya tu. HAHA.








Copi bersama mak sunyer, Cik AH kite.








Tengok gambar yang first tu barulah feeling pergi Taman Buaya kan. HUHUHU. Takut. Agaknye kalau nak kurus aku kena tenung gambar ular tu lame-lame kot. Sekali tenung kurang selera nak makan selama duoploh saat. HAHA. Tapi bile tengok makanan tak denye teringat ular ni. Membaham terus je keje aku. Konon tengok ular terus rase geli hingga effect tak nak makan kan. HAHA.








Rombongan Cik Kiah









Ok. Thats is what we called Haziq dengan tangannya. Boleh jadi model. Fine. Fine. Fine. 








Menggelikan diri di Reptilia Corner. Hang nak apa kat sini? Ulaq besaq tiang telekom pun ada aihhh. HIHI.









Tu ja gaya aku? Tu ja? HAHA.
Disebabkan bau di Reptilia Corner ni pun buleh tahan. Moh ler kua awal. Tak tahan idung sat gi.
Cait alasan penggeli. HAHA.








Tetibe kat tengah-tengah Taman Buaya ni cam ade monumen-monumen gitu. Meh ler bergambaq sat.










Ha tu dia. Nampak la sikit kan.









Kalau aku join kat tengah ni buleh buat team hebat ni. HIHIHI.








Dah habis round-round satu Taman Buaya. Ternampak pulak rumah hantu. Pakat semua duk nak masuk rumah hantu pulak. Aku sejujurnya memang tak kesah ler nak masuk sebab ramai-ramai kan. Tapi tak tahan bau macam tokong sikit jadi aku tak masuk ler. Argh, tak nak caye sudah. Aku bukan takut hantu. Emo tetibe. HIHI.








Diorang kate leh tahan seram campur terkejut jugak lah rumah hantu RM3 per entrance ni. Buktinye lihat saje muke FH. HAHA. By the way, aku sayang gambar ni walaupun tak dak gambaq aku sebab ni lah gambar di set penggambaran rumah hantu pertama yang aku ada. Mahal tu. HAHA.








Punye lah aku malas. Bile depa ajak naik Raksasa Train ni pun aku malas. HAHA. Ni pun banyar RM 3 per trip jugak ni. Pusing-pusing sambil tengok dinasour buatan. Macam lawak pun ade diorang ni.









Aku, Ju, Kak Na, dengan Nisa yang tak join diorang main game tengok muke sape yang paling hampir dengan model ni. Las-las Ju yang menang. Aku memang tak puas hati. Tengok lah bile aku minum SD2 Lipid nanti. Aku akan pastikan Ju On ni kalah. HIHIHI.









Hakim yang snap gambar ni. Unik kan?








Lepas dah dahaga-dahaga main kat Taman Buaya. Leh lah beli Coconut Shake Speacial dua hinggit setengah satu kat depan ni. HIHI. Promote kedai abang ni sebab dia excited mase aku ambik gambar.







Gambar di Masjid Selat Melaka. Allah, buleh plak aku lupe nak letak gambar kubah masjid ni. HIHI. Sapa yang teringin nak tengok tu leh la Google. Kami singgah solat jamak Zohor dan Asar kat sini.







HIHI. Nak jugakkk.








Talent no1: Hakim Najmi yang selama ni dia je duk ambik gambar orang. Talent no 2: Haziq Itchi. :)







Talent no 3: Macam tak tau nak buat ekspresi muke ja diorang ni. HAHA.

Ada satu kesah yang aku sedikit geram kat sini. Nak dijadikan cerita, masa aku siap-siap nak pakai senakers aku, tetibe ade pak guard masjid ni duk pukul-pukul tourist Taiwan yang datang nak ambik gambar gune kasut. Dalam hal ni tak dak pulak aku nak menyalahkan pak guard tu 100% sebab salah tourist tu jugak yang nak masuk kawasan masjid tak buang kasut walaupun board amaran memakai kasut dah sikit punye bapak besar kat situ. Tapi kot iye pun pak guard tu cakap la elok-elok dengan orang bukan Islam pulak tu. Bukan tu caranya. Mungkin diorang akan fitnah Islam tu kasar dengan cara pak guard tu. So, aku ingat nak buat laporan lah kat pihak berkuasa. Supaya pentadbiran masjid pelancongan ni lebih sistematik macam kerajaan buat kat Masij Putra. Ni rancangan ni dari hari tu dah duk pusing-pusing dalam kepala aku. Bile balik dah lupe habis dah, sekarang ni baru ingat balik. 







Nak dijadikan cerite jugak. Mase pergi Masjid Selat ni, kami terpisah dengan kereta Aisyah, Mah semua sebab diorang silap masuk jalan Jangan main-main taw, aku rase jalan kat Melaka lagi teruk jem dari KL. Bile dah tersasar susah dah nak pusing balik. Jadi diorang solat dalam Mall Pahlawan aje. HAHA. Lepas solat baru kiteorang terjah diorang.








Sape layan Mad Market kat tv 9 pilihan hatiku? Aku layan la jugak kat tonton. Mase episod 1 Hanis Zalikha kan pergi Melaka makan chicken rice ball ni. Tapi aku sedikit ragu-ragu sebab dia makan kat gerai Cine di Jonker Walk. Aku tak de lah berani cakap tak halal. Kalau tak halal tak kan dia makan, ye dok? HIHI. Tapi  kalau ade orang Islam yang teringin chicken rice ball ni boleh la ke Food Court Dataran Pahlawan. Memang comel je bentuk dye. Sedap pun sedap.









Detik-detik mengsyukuri. :)










Talent no 4: Ju On. Title: Sedapnye air saya. :)









Dataran Pahlawan Mall.








Lepas tu, kami meneruskan journey.









Alhamdullilah sampai lagi kat sini. Rasa macam baru je aku pergi berdua dengan Cik AH ritu. Ha. tengok gambar tu? Jangan tak tahu Melaka ni dah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage City taw. Melawat ke Melaka bererti anda telah melawat Malaysia. Amboi. Iklan. HIHIHI. 








Di depan bangunan merah tu.








Kat tepi sebelah kiri ni ade gerai cendol yang femes. Tapi sebab kenyang kami tak singgah pun. Nanti kalau datang sini lagi aku kene catat sebagai place to visit nih.













Ouh. Ni antara yang aku paling suke kat Melaka. Venice of Malaysia weh. Bangunan dia yang lama, klasik dan mural yang unik tambah pulak dengan air sungai yang mengalir buat aku rase tempat ni syahdu sangat. Malangnya aku tak ambik banyak gambar pun kat sini.









One of my favourite place. Nak sangat pergi dengan orang yang disayangi satu hari nanti sambil main kejar-kejar sampai runtuh kayu tembok kat situ sebab aku berat. HAHAHA. Ecewahhhhhhhh. Hambek kau berangan. 








Aku rase omputih lagi senang cari makan kat sini banding orang Islam. Semua kedai haromm aje.







:)







Lepas tu kami jalan-jalan ke Jonker Walk pulak.

















Monumen kebanggaan orang kat sini.







Nak jugakkkk.








Tu dia.









Antara yang unik kat sini: gula ketuk.















Oleh kerana trademark Kak Na "aku sepak kang". Kami suh la dia bergambar kat sini melambangkan kaki dia yang gagah sangat la tu.








Nak jugakkkk sekali lagi. Adoi.








Ha. Kat gerai ni aku banyak jumpe benda unik. Kad-kad ni bentuk dia dah lebih dari 3D kot. HIHI. Sesuai untuk birthday, anniversarry, macam-macam lah. Harga dia duoploh hinggit satu. Kat sini aku beli key chain Hello Kitty ukiran kayu kat Mama. Suke bebenor Mama bile dapat.







Gangnam pun ade.







Durian ball yang halal kat sini.








Aku lupe nama dataran ni.







Kat sini boleh jumpe meriam ni . 













Jalan-jalan lagi buleh jumpe Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka pulak.







Muzium Samudera.








Kami penat sangat jalan mase ni. Muke sorang-sorang macam dah malas dah. HAHA. Duk tengok jalan je sebab ade segerombolan penganut Buddha berarak sambut pesta ape tah.








Atas pelantar Muzium Samudera.







Rehlah kali ni dah menjawab persoalan aku apekah yang ada dalam kapal ni kan? Tak delah banyak sangat. Lebih kepada monumen orang-orang penting dalam sejarah Melaka lah.







Tu dia aih duk peluk abang Hang Tuah. Nasib baik dia tak mai kat kita masa tido malam. HAHA.







Dengan harga tiket sebanyak RM 3 ke Muzium Samudera, anda jugak boleh gune tiket yang sama untuk ke Muzium TLDM, dengan Muzium Maritim yang berhampiran. Murah kan? Mana la kami tau, kami datang dah pun sipi-sipi dah nak tutup dah. Pukul 8 dah pun nak tutup. Jadi kami sempat masuk sini je lah.









Senjalakala view. :)













Hari dah pun nak malam, kami ke tempat cruise cepat-cepat takut nanti ramai orang.








Subhanallah. Indahnya pemandangan.







Malam tu cruise kami dipandu oleh pemandu wanita. Masih ahkak lagi. Aku suke sangat sebab cara penceritaan dia lagi bes dari aku naik first time dulu. HAHA. Serius aku tak bosan walaupun dah dua kali naik sebab tempat ni lawa sangat. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.






Dah nak balik.








Tadaaaaaaaaaaaaa. Dan tak sangka kami dapat suprise yang menggelikan hati dan tekak ni. HAHA. Burung pun dah tak beragak dah la nak berak atas keta kami. Warghhh. Malu tok sah cakap la mase orang duk tengok je kami kat dalam yang dari luarannya dipenuhi taik. HAHA.


Balik je malam, having a dinner dengan mak cik terus masing-masing terbongkang kepenatan.






Bangun pagi, gosok taik. HAHA. 











Kenangan dah sampai :)









Sebelum balik kami singgah ke ABC Tanjung. Dulu aku pernah dah buat view pasal kedai ni. Jadi kali ni tak dak dah la cite lebih-lebih. HIHI.










Menarik tak aksi talent-talent kat sini? Tambah pulak dengan eskrem dan ABC memasing kan. Warghhh. nak lagi!!!








Kali ni aku try Cendol Speacial. Cume lime hinggit aje semua dye mix kat dalam. Tapi masih carta no 2 bagi aku lepas cendol KLCC. HIHIHI. 



Ape pun. Rehlah kali ni Alhamdullilah mendekatkan lagi silaturrahim ahli PISMP 4.01. Dah la the bajet rehlah ever kot sebab aku cume habis 15 hinggit aje untuk makan. HAHA. Yang lain duit kelas yang support. Moge-moge tahun depan leh la gi lain gune duit kelas lagi. Barulah bes jengjalan. HAHA. 

Ni jugak mungkin last post aku sebelum balik cuti sem ni sebab aku tengah exam ni benornye. Ni pun boleh pulak aku taip entry dah ler berejam. Nampak je cikai tau dak. HAHA. Moge kisah kite di mase akan datang lebih memberi pengajaran dan membuatkan kite menjadi hamba yang lebih bersyukur. :)


1 comment: