Thursday, August 9, 2012

Gunung Fuji untuk Seni Dalam Pendidikan

 Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Terasa rajin sungguh aku sekarang sebab har-hari tulis blog kan. :)

Sebelum aku ceritakan mengenai Gunung Fuji yang aku gembar gemburkan di title post. Aku nak tulis sikit perasaan sayu aku hari nih. Huh. Kalau diikutkan kalendar, malam ni (Rabu, 8 Ogos 2012) bukan lah hari terakhir aku akan berterawih di Masjid Hasanah memandang esok masih ade sebelum aku pergi rumah Nida di Kedah malam Sabtu ni. Tapi mungkin akan jadi malam last sebab esok wajib berbuka kat maktab pulak sebab ada majlis. Isk. 

Aku tatau la nape, mungkin lepas ni aku akan rindukan suasana berbuka puasa di perkarangan masjid. Masa berdoa nampak abang macho lagi cool berbaju kemeja pejabat berkopiah cap tapi alim tiada siape yang tahu. Solat terawih di luar masjid dengan angin menang tak sempoi langsung tapi menderu-deru. Ouh. Aku akan rindukan semua tu. 

Apekan daya,  walaupun begitu hidup kena diteruskan jugak. Jadi bile balik aje aku terus ambik barang-barang untuk buat catan sempena assignment Seni Dalam Pendidikan aku.









Setelah berpulun selama sejam lebih. Ni lah hasilnya. Alahai Gunung Fuji.










Yer, aku memang tiru dalam istock photo je pom. Aku bukan budak art macam Kumin jadi buat keje tak delah dalam studio-studio. Aku kan budak agama, jadi melukis pun kat surau tepi bilik aku je pom. :)









Khairummin Alfisyahr. Jangan ngutuk lukisan saya eh. Ni lukisan pertama saya kot gune Poster Colour. Harap-harap walaupun buruk nak mapuih (aku bakal ke Kedah 2 hari lagi), Puan Ramlah tetap akan terima lukisan ini dengan senang hati. Amin. :)

No comments:

Post a Comment