Friday, August 10, 2012

Packing to Kedah

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.

Akhirnya pada pukul 3 pagi aku taip jugak entry ni lepas dah siap-siap packing barang untuk berangkat ke Pendang, Kedah esok. Kat sana aku akan buat Pengalaman Berasaskan Sekolah aku bagi semester 4 dan merangkap yang terakhir kalinya :)






Aku kan semakin telus dalam penulisan blog. Maka ni lah gambar katil semasa upacara packing barang lepas terawih. Tak tahu lah ni telus ke bangang nama nya. HAHA.






Ouh, ini lah hasilnya beg aku untuk ke rumah Nida. Aku tak tahu nak bawak berape tudung untuk pergi sekolah nanti. Las-las aku bawak semua tudung yang aku ada. Akel saja dah ada 9 helai, bawal ada 5, Ariani ada 3. Banyak gile ah tudung aku bawak.


Sebelum tidur, aku nak muhasabah dengan apa yang berlaku sepanjang hari ni. Cewah, padahal takut kena kondem entry tak de motif. HAHAHA.

Seperti yang telah dijangkakan, drawing aku semalam direject mentah-mentah oleh Puan Ramlah. Ah. Ketensionan menyelubungi seluruh tubuh badan aku. Sebab tu lah aku malas benor nak buat keje awal-awal. Aku bad mood jugak lepas jumpa Puan Ramlah, nasib baik dia baik sangat orangnya. Lepas je aku terduduk sepi kat seat aku di belakang kelas mengenangkan kena buat balik lukisan instead of berfoya-foya. Dia panggil aku dengan penuh kasih sayang dan terang kat aku nape aku punye drawing salah.

Thanxs puan sebab tak paksa saya masukkan nama puan dalam list nama guru-guru yang saya pernah benci seperti guru di sekolah rendah saya dulu yang pilih kasih lantik anak sendiri je jadi pengawas. HIHIHI. Puan memang baik.

 Aku tak tahu lah kenapa aku sayang sangat dekat Bandar Baru Bangi tercinta ni sampaikan setiap kali nak balik kampung je aku rasa sayu semacam je. Untuk melepaskan rindu dendam terhadap BBB tercinta, aku bangun tidur petang awal kot tadi. 

Aku bangun pukul 3. Kire awal lah kan sebab biasa bangun pukul 5 lebih. HAHA. Tak gune punye anak dara. Well. Aku tak kawen lagi. Lain lah Nawal ataupun Syapa. Lepas aku bangun tidur, basuh muka, bawak motor pergi Avon tukar barang yang tak muat tu. HIHIHI. Dan jalan-jalan kat bazaar Ramadhan Fasa 1. Ouh, belum pergi Kedah lagi dah mula rindukan Bandar Baru Bangi tercinta.


Tadi jugak dekat maktab ada majlis berbuka puasa dengan rektor. Tak dapat gi Masjid Hasanah dah la maksudnya. Aku bukak puasa sama-sama dengan Sya tapi tak ambik pulak gambarnye. HIHI.


Ni mungkin entry terakhir aku kat maktab sebelum balik berPBS dan raya. Kita jumpa esok dengan entry di Terminal Jalan Duta mungkin. Doakan perjalanan aku, FH, Aminah Halim dan Nida Husna ke Kedah selamat. Amin. :)



No comments:

Post a Comment