Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Hari ini (7 Ogos 2012) aku dengan Kak Na tak ke Masjid Hasanah sebab gegurl kelas aku nak buat buka puase sama-sama la pulak. Ok. Walaupun aku berat je nak pergi sebab malas nak bayor makanan sebab biase makan free kat masjid, tapi mane boleh buat jahat cam tu kan. Kang nanti ade gak diorang pulau kan aku. HAHAHA.
Oh ye. Muslimah Solehah tu nama group budak perempuan kelas aku eh ciptaan Aisyah. Bukan aku saja-saja nak mengsolehahkan tajuk rini. HIHI.
Iftar kali ni buat kat surau blok E pulak sebab diorang dah ngadu selalu sangat dah buat kat surau tepi bilik aku, jadi macam nak fair la ni kononnya.
Ok. Mari kita lihat antara juadah hari ini.
Oreo Cheese Cake sentuhan kedai Kek Qaseh tepi PKNS Bandar Baru Bangi berharga tiga ploh lima hinggit. Sedap sangat. Boleh la cube.:) Caption atas kek mungkin merujuk pada birthday Nawal semalam dan juga didedikasikan kepada semua budak perempuan kelas yang telah lepas atau pun bakal mendatang sambut hari lahir.
Terima kasih kepada Aminah Halim kerana melayani kerenah ku mengidam kuih Puteri Ayu ni. Eh? Salah ke? Tapi aku selalu panggil macam tu. Kiteorang memang tak de dapur nak bercengkerama di bulan-bulan Ramadhan ni. Tak leh nak buat-buat rajen la bertukang di dapur. Semua makanan angkut dari pasar malam Fasa 1 je pom.
Ok. Fine. Saje nak menjeleskan aku sebab kat blok E ada tv plasma dan astro beyond lagi tu. Malang bagi aku benda ni tak de kat blok D sebab warden blok aku tak bagi tengok tv apetah lagi atsro. :( HAHAHA. Keluar tajuk dah.
Main course kiteorang ialah nasi beriani dan nasi tomato. Tapi disebabkan ramai benor yang suke free hair mase makan, terpaksa lah aku simpan gambar-gambar tu jadi koleksi recycle bin aje. Sesi makan kek ni bermula lepas solat Maghrib berjemaah.
Walaupun kecil-kecilan dan tak gi mana-mana. Aku lebih suke macam ni aje. Senang. :)
Oreo Cheese Cake yang super duper yummy. :) Basshita.
Aturcara Iftar Muslimah Solehah PISMP 4.01
6.45 petang : Bacaan tahlil untuk arwah classmate kesayangan Arwayahamah Nur Humaira Jalil.
7.15 malam : Susun makanan. Kak Na menunjukkan keteroran buat air mangga kordial.
7.30 malam : Horray. Berbuka. Sebelum tu Kak Na baca doa dapat jodoh soleh kecuali untuk Nawal. Makan sampai kembung perut sebab nasi dia banyak gile dah la ayam dapat 2 ketul sorang, siap ada daging lagi. Murah je 4 hinggit setengah. Kalau nak tahu gerai mana, pm Aminah Halim. :)
8.00 malam : Sembahyang Maghrib berjemaah. Diiman kan oleh Imamah SITI RAHMAH ABU BAKAR (Imamah muda dari Palestin)
8.15 malam : Makan kek dan sesi pono eh foto grafi. :)
8.30 malam : Diorang pegi masjid aku pulak balik bilik tak tahan nak berak buat jadi terawih kat bilik ajelah. Adeh. Tulah aku malas nak berbuka kat lain tu.
No comments:
Post a Comment