Saturday, July 28, 2012

Solar Cooking

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Minggu terakhir perjumpaan unit beruniform sebelum Ramadhan bagi pelajar semester 4 di maktab telah di adakan aktiviti Solar Cooking bertempat di tapak Bina Insan Guru perkarangan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi. *ternyata ayat skema memudahkan penyusunan ayat*


Aku tak faham gak kenapa nama dia solar cooking padahal masak guna api jugak.










Situasi 1: Aisyah dan Hani serius mengupas. Namun Hanna tetap cool tersenyum.











Oh, lupe nak cakap hari ni kena masak ayam ni. Tapi syarat dia kena masak dalam buluh lah. Kengkonon tengah camping dalam hutan gitu kan. Ni nak perap-perap bagi sebatilah ni kengkononnya. Nampak tak kat belakang gambar kecil montot-montot unit lain. HIHI.











Sesi memasukkan ayam ke dalam buluh.










Macam express je kan. HIHI. Ala-ala lemang gitu la.









Ni kes saje-saje je nak bakar ayam tu cenggitu. Nak ngelat.










Heroin 1: Karimah yang bertugas mengawal api dari awal sampai akhir. Panas kot menatang ni.












Kreatif tak unit aku Pergerakan Puteri Islam Malaysia siap buat perahu uolls dari daun kelapa nak letak lauk pauk itu nanti. Bapak ah. Aku tengok tergamam sebab setakat nak buat ketupat bodoh-bodoh pun aku kena google 40 hari 40 malam tak kan siap-siap kot. HIHIHI.









Kiteroang kena masak ubi kentang. HIHIHI. 




Ahhh. Berlaku ke extra an ketembaman muka aku akibat terlewat bangun tidur zohor hari tu menyebabkan aku sempat mecapai tudung ariani sajer. 












Mesti konfuse ni batu ke ubi. Walaupun hitam tapi rase dye terbaik ah. Serius tak tipu.












Menempelkan muka di group masak ayam pulak. Tadi kan tegak je batang lemang tu, sekarang dah melentang pulak dah batang buluh tu. HAHA. Banyak betol konflik riang ria raya mase ni.












Akhirnya, setelah beberapa minit. AHHH. Kecur kot air liur aku mase taip entry ni. Serius sedap sangat.












Muka-muka teruja tak sabar nak aum-aum.











Excited muka pegang perahu berisi ayam masak halia.










Menarik kan.










Saje je aku nak ulang gambar same.











Harum sangat. :)











Terpaksa diblurkan akibat kegelojohan kawan-kawan aku. HAHAHAHA.
 Oh yer, kalau ade yang tanya nape muka si Rahmah tak de dalam ni sebabnya ialah Rahmah bukannya PPIM, dia kan Pandu Puteri. Sebab recis, aku tak ambik pulak gambar Pandu puteri. :P

SEKIAN sahaja Solar Cooking kali ini. :)




No comments:

Post a Comment