Saturday, July 28, 2012

P1 Wimax

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Belum pun sempat aku menayangkan gambar-gambar mahupun video riak aku menggunakan broadband 4G P1 Wimax aku terlebih dahulu terkena musibah. Tulah kan sape suruh dalam hati riak sangat cakap "Eh apa barang pakai broadband 3G, tengok lah aku sudah pakai 4G walaupun pakai ToGo 39 sajer".

Ceritanya, hari yang sama aku pergi Low Yatt beli kamera hari tu, aku turut membeli sebatang , HIHI. *tetibe gelak apesal, nak kena lempang jugak puase-puase ni kan* modem p1 Wimax setelah aku duk survey-survey lame dah kat laman web P1.


Dipendekkan cerita, aku balik maktab tak de connection haram jadah  sampai stress I dua hari. Arghhhhh. Aku stress sebab Siti Rahmah Abu Bakar dah la cun pakwe hensem abang kaya ade MP3 Sony B series baru bla, bla, bla sekali kat bilik dye full coverage P1 pulak tu. Stress!!!

Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus call P1 marah dye sebab hari tu mase cek dia kata sini full coverage. Konon marah la sangat kan, marah dalam hati je la. Nasib baik the first week aku masih boleh redeem duit aku balik kalau nak terminate BB ni. 

Tapi nasib baik tak baik sangat lah kan sebab kena pergi HQ kat Jalan Templer. Adoi. Lalu, aku terus menghubungi satu-satunya saudara aku yang terdekat merangkap cousin tercinta tatkala kesusahan melanda iaitu Asu untuk menghantar aku ke sana. NGEHNGEHNGEH.


Aku tak de la suruh dia hantar pun, tapi buat-buat ayat sedih nak naik train jauh bla, bla bla mesti konfem la dia nak hantarkan. Ye dok. HIHI










Ni lah ofis HQ P1 Wimax yang tersergam tak indah sangat pun sebab geram lagi kan. HAHAHA.












My super xtra vaganze baik hati cousin yang hantarkan. :)









Nah, ini dia duit aku. Tak dapat cash, dapat cek pulak. Mase ni aku dah berkira-kira dalam hati. Macam mana nak tukarkan cek ni eh. Almaklumlah orang kampung pers time pegang cek. HAHAHA. Kalau laki aku tanya nanti:

Suami aku: Yang, yang bile first time ayang dapat cek.

Boleh la aku menjwab dengan riang nya:


Aku: Mase umor 21 tahun bang*sambil belek balik post ni*. P1 Wimax yang bagi atas kebodohan ayang pakai broadband yang tak de coverage di maktab dulu.


Yer, mampu buatkan ramai orang termuntah nasik kerabu Wan Atiq yang dimakan tatkala berbuka puasa semalam right. HIHIHI.



Any way, aku tak de lah salah kan P1 sangat. Dah tak de rezeki aih nak buek cam no. Walau bagaimana pun. Sebelum anda membeli broadband P1 pastikan betul-betul ada coverage. Kalau pun jiran anda wing sane leh pakai tak semestinya anda buleh pakai lagi. Try ler cucuk masuk dalam bilik anda dulu tengok cam ne. 








Ada hikmah kot, sebab gi terminate bb. Aku leh spend time and berpuasa hari first dengan Amir. OLOLOLOLO. Amir sekarang dah mampu bercakap dan memanggil aku Mak Long dengan super fasih. Sangat teruja time aku datang rumah depa ari tu. 

No comments:

Post a Comment