Saturday, July 28, 2012

Sony Center, Low Yatt Plaza

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Hari ni dah masuk 29 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan 2012. Fuhh. Kire dah banyak kali aku skip untuk taip entry ni yang sepatutnya bertarikh 15 Julai yang lalu nih. 

Walaupun dah 10 Ramadhan kejap je pejam celik pejam celik tapi aku bukan lah nak cakap pasal tu. Jadi jangan nak duk pejam sangat ah. HIHI. Ni just entry sedikit nak riak sebab hari tu pergi Low Yatt beli Sony Cyber Shot cekoing cekoing je tak de lah macam orang tu beli kamera mahal-mahal kannnn.

Tapi mood aku nak riak pun dah tak berapa nak riak memandangkan poket dah kering akibat terlalu berfoya-foya. Damn.










Sebelum mengutuk aku dan roomate terlalu beria-ria mengambil gambar seperti ni. Haruslah diselidiki dulu mengapa kami berperangai sedemikian. HIHI. Sebenarnye aku dah tak de cara nak posing sebab nak menang contest kat sini.



Kamera aku yang baru bewarna violet dibeli menggunakan duit kerajaan .




Contest ni senang je. Cume ambil gambar menggunakan kamera yang kita beli di Sony Center sahaja dan upload di home diorang. Secara random, kau mungkin memiliki hadiah utama beliau iaitu 3 Sony Alpha 
NEX-F3.Amin, Amin doa la banyak-banyak Ramadhan ni aku menang. Kalau difikirkan peluang nak menang cerah sebab aku kan orang Islam doa mesti mustajab daripada orang-orang kapiaq yang join tu. HAHAHAHA.








Ekcelli aku tak de lah nak beli on the spot that day, tapi dah alang-alang menemani Kak Na membeli laptop Samsung 8 GB tak pakai Intel tapi pakai 6 AMD. HAHA. Tolong riak untuk Kak Na, jadi aku dengan Mah terjebak dengan mengunjungi Sony Center di Lower Ground dan akhirnya terus mencapai kamera dan MP3 tanpa disedari. HIHI.

Alah, aku bukan gile gajet sebab aku tak memang tak de bajet. Tapi, kamera kan memang penting selaku blogger dan student EDU Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HAHA. *Ayat sedapkan hati* FUHHH

Lagi pun aku dah cukup frust dengan Olympus aku setelah gagal menangkap gambar Fizo Omar dan Mawi walaupun duk depan lubang idung depa ja kat Alamanda mase event Hajaba tempoh hari. Aku tak heran sangat gambar Mawi, tapi Fizo Omar cute doh depan-depan. HAHAHA. Tetibe aku minat FO sekarang. Dah mengarut, tu jer gambar nak show off kamera murah jerr tapi BARU. HIHIHI.

No comments:

Post a Comment