Thursday, February 23, 2012

Jombali Carrefour Wangsa Maju

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Weekend minggu lepas aku ikut lagi Aminah Halim balik rumah. Agenda utama nak pergi Jalan Tar nak cari baju baru untuk kelas. Kami bertolak dari maktab ke rumah di Datuk Keramat petang Jumaat. Sempat pulak ambik Kak Long dan Puteri Addina kat UKM. 

Tak sangka pulak malam tu pun ade kenduri jugak. Mak mertua pada Kak Long nak gi umrah, so pergi lah aku kenduri kat rumah dye. Ni second visit aku, mase hari raya hari tu baru je pegi padahal. HIHI.




Keesokkan nya iaitu hari Sabtu barulah meronggeng-ronggeng satu Puchong sebab tersesat mase pergi stokis Avail dengan Minah, sekali dengan Kakak dan jugak baby comel Alya. Oh, lupe Kak Nadia pun join sebab dye balik sekali on the way balik rumah abang dye kat kem Setiawangsa. Lapar berjalan sepetang, singgah makan jap kat Jombali Carrefour.

Kedai ni lawa la jugak, decor dye boleh tahan. Orang pun penuh aje. Landmark dye depan Pejabat Pos Carrefour Wangsa Maju.




Aku order Nasi Kuning Ayam Madu Jom Bali. Harga dye lapan hengget sembilan ploh sen satu set. Dengan Cendol special la sangat. Harga dye pulak enam hengget sembilan ploh sen. Harga menipu. Tapi aku kecewa dengan Cendol kat sini. Langsung tak sedap sebab dye gune susu cair. Oloh, nyesal beli. Kacang merah pun xde, hanyalah cendol semata. Nasihat aku jangan try. Banana split tu plak Minah punye harge dye lapan hengget sembilan ploh sen. Boleh tahan standard rase aiskrem je lah. Chicken Chop dye sedap la, harga pun boleh tahan.




Aminah Halim, Kakak, dengan baby comel Alya. Lame tak jumpe dye, dah dekat 3 bulan sebab dah 3 bulan aku tak balik Keramat. HIHI.




Entry tergesa-gesa. Tak sempat nak atur gambar. Ni plak anak-anak sedara Kak Long Minah, yang aku ingat nama yang rambut panjang tu aje Ungku Jamil Zarif. Yang hujung sekali semestinya Puteri Addina. Dah selalu masuk blog. HIHI. Aku ni Mak Long diorang belah mane ntah. Bau-bau bacang pun idok. HAHA.




Dah name pun gambar tak tersusun. Akhirnye ni lah baju kelas aku yang akan datang. Satu Jakel Jalan Tar pusing tak de yang berkenan, pergi Nagoya Carrefour pun tak de. Las-las kami beli kat Gulatis Silk House kat area Wangsa Maju gak. Dye punye pekerja ni sweet aje. Sepasang dapat tiga ploh hengget, ok la tu kan. HIHI. Aku menyampah dengan pekerja Jakel sebab memaksa dan tak bagi customer buat choice sebab tu kiteroang bengang dan blah. Tak macam staff kat Gulatis ni sangat baik dan peramah. Alya pun dye boleh cam sebab Alya penah datang mase kecik. HIHI. 

Tu lah ceriter weekend lepas, kemain Jombali tajuk tapi gambar dua aje. HIHI. Thanxs for reading this. =)

No comments:

Post a Comment