Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hari Khamis, 15 Februari 2012 yang lepas aku rase sedikit syok la sebab akhirnye penantian mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak sepanjang berada di maktab telah pun berakhir.
Sepanjang aku duk kat kampus ni, dari Jun 2009 aku terpaksa berulang alik naik teksi yang tidak menggunakan meter aje kalo nak ke mane-mane. Memang seboleh-bolehnya aku kawal la keluar masuk ke luar sebab takat nak gi kedai balik dekat pun tambang teksi ulang alik enam belas ringgit.
Jadinya, awal tahun ni aku memang tekad nak repair motor lama kat rumah dan bawak pegi asrama.Aku bagi mak aku lima ratus ringgit dan tukar ape yang patut. Nasib baik ade Abang Ngah yang repairkan, tak hantar pergi kedai pun. Abang sepupu aku yang repairkan, tinggal cume beli-beli barang aje.
Bile dah siap, mama aku poskan ke sini. Total sekali dengan pos dekat lapan ratus ringgit jugak lah habes. =__=.
Gambar motor buruk aku. Mase ni cermin sebelah tak de. Kat sport rim pulak ade kunci beskal sebab aku saje-saje nak letak. Selekeh kan. HIHI.
Mama aku pos gune pos laju dari Dungun ke Bandar Baru Bangi. Sebab aku tahu dye tak kan hantar masuk dalam maktab terus. Aku tunggu lah kol dari Pejabat Pos. Rupenye sia-sia je aku tunggu lame-lame. Hari Ahad mama pos, kalau diikutkan hari Selasa pun motor tu dah sampai tapi disebabkan aku rase kakitangan diorang tak de la alert sangat. Aku tak menerima sebarang kol pun sampai la aku yang kol Pos Careline sendiri.
Banyak jugak dugaan sebab aku rasa banyak benda yang aku tersilap. Aku sebenarnye kecewa dengan pihak pengurusan Pos Careline tu. Bagi pendapat aku, diorang dah la langsung tak ramah mesra, garang pulak tu. Aku sedikit gagap jugak la nak tanya pasal motor ni. Alih-alih boleh plak pempuan careline tu cakap dye tak faham aku cakap belit-belit dengan nada yang kurang menyenangkan. Aku jugak nak komplen sebab dye tak bagi tahu pun venue yang tepat untuk aku claim motor tu.
Akibatnya aku pergi salah pejabat pos. Patutnya segala penerimaan barang secara pos laju ni kena ambik kat Taman Industri Seksyen 10 tapi aku pergi kat Fasa 1. Disebabkan terlebih gamble pergi sorang-sorang, aku terpaksa mintak pertolongan Pak Cik Omar, om teksi kesayangan dan ambik Kak Na untuk bawak motor aku dalam perjalanan pulang.
Lagi sedih bile sampai kat sane, staff diorang tak berapa nak layan. Cermin motor tak pasang, cam gitu je lah. Kalau la aku arif pasal motor tak pela. Ni aku cam ni. Tak leh nak survive. Bagi aku, servis pos laju macam hambar sikit la. Nyesal tak gune Skynet. Mahal lapanploh hinggit tapi macam servis ok.
Merungut banyak pun dah tak gune. Aku cume bersyukur sebab semuanya dah berjalan lancar. Walaupun tak pakai Saga FL macam kebanyakkan budak batch aku yang lain tapi hati aku tetap riang gembira sebab orang susah macam aku dapat pakai motor pun patut bersyukur dah la. Bulan-bulan pun tak kena bayar dah. =).
Aku tulis sekadar untuk tatapan masa depan untuk aku hargai sesuatu yang aku susah nak dapat. Bile dah dapat harap-harap aku dapat gunekan untuk memudahkan urusan di dunia apatah lagi urusan akhirat. =)
No comments:
Post a Comment