Sunday, February 26, 2012

Malacca Trip 2012 Day 1- Goody Bag, Engagement Ceremony, ABC Tanjung, Pantai Jaring

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kemain tajuk rini dah ler panjang mat saleh habis lak tu. Mungkin ni pengaruh sebab dah teraddict pulak dengan blog akak mixed Australian family yang aku baru stalk ni. Nak tengok jugak? Klik sini


Mase taip entry ni kepala tengah berpusing-pusing sebab pening. Aku kan alah dengan air hujan. Petang tadi hujan lebat sangat, tingkap lak tak tutup. Walaupun kena tempias tak sampai sepuloh titik air hujan tapi aku macam sardis dah ni tahan pening.

Cerita hujung minggu tadi, aku ikut Aminah Halim balik kampung kat Sungai Udang Melaka pulak. Datuk Keramat dah selalu balik kan, kat Melaka ni baru dua kali aku sampai. Balik kali ni bukan lah nak berjalan-jalan sangat tapi nak tolong Mak Minah siapkan goody bag untuk perkahwinan Abang Lang, abang Minah yang nombor tiga cuti sekolah ni. 

Kami bertolak dari maktab pukul 7 pagi hari Sabtu. Sekarang dah tak de masalah nak travel sejak Aminah Halim dah beli kereta gune duit sendiri. Syabas untuk dye. HAHA.




Perjalanan Bangi-Sungai Udang tak de la lame pun. Tolak campur rehat kat R&R pun tak sampai 3 jam. Sampai-sampai je ade banyak kuih-muih sedap kat rumah mak cik Minah yang sebelah rumah dye. Sayangnye kami dah makan kat R&R Nilai dan terpakse mengucapkan selamat tinggal kepada kuih-muih free tu dengan lambaian sayu. =(. HAHA.

Sejurus kemudian, tanpa melengah-lengah kan waktu. Mase untuk menyiapkan goody bag pun bermula.




Kali ni Cik Zahiyyah dengan Hasnida pun ikut sekali join. Kalau harapkan Minah dengan aku je bile lak goody bag ni nak siap kan. HAHA. Ehem. Ehem. Aku dah macam anak angkat  mak beliau dah ni. HAHA.





Dalam goody bag tetamu ade air mineral, jajan, gula-gula ngan towel siap seorang. Kalau nak untung masuklah team marhaban Mak Minah. Terus dapat goody bag exclusive u ols. =p




Wan Nur Alia yang comel pun ade mase ni. Tiap-tiap minggu melepaskan rindu. HIHI.





Berkesan tak taktik ambil gambar sorok lemak cam ni? HAHA. Sebelah Minah tu anak sepupu dye. Kak Ya yang sibuk nak join gak. HEHE.




Hari tu jugak ade meeting adik beradik Mak Minah pasal kenduri yang akan berlangsung, sebab tulah kiteorang pun terlibat dalam pembikinan kenduri a.k.a minum petang ni. Ekcelli banyak lagi kuih yang ade, tapi ni je yang snap pakai kamera aku. Yang lain-lain, yang tampak menarik dengan suasana meeting tu semua ada lam S2 Aminah Halim jadi den malas lah nak upload yang tu. 


Ieta ni baru je umur 22. Masih belaja lagi kat UiTM. Lawa kan, jadi cepatlah disambar orang.=P


Dah siap persiapan untuk minum petang mesyuarat tingkap, kami siap-siap pakai baju kekonon lawa la untuk pergi Majlis Pertunangan sepupu Minah. Ala, rumah dye depan rumah Minah aje. Jalan kaki tak sempat nak letih. HIHI. Tapi yang kelakarnye bile kami dah duk pakai lelawa la konon tu, mak cik suh kami goreng kopok, basuh cawan, dan ape tah lagi. Bile semua keje dah siap, engagement ceremony dah pun setel. Tak nyempat nak feeling sekali tengok orang lain jadi tunang orang lain. HAHA.




Aminah Halim bersama kesen. Phewitt. Ambik berkat la konon. HAHA. Gambar kiteorang ramai-ramai pun ade gak tapi disebabkan semua dalam handset canggih Aminah Halim ni, tak daya la aku nak tunggu gambar-gambar tersebut. Kami pergi cume ambik-ambik gambar je, pastu bergegas balik sebab nak siapkan minum petang mesyuarat tingkap kat rumah Minah lak. 




Aku agak letih jugak la sebenarnye petang tu. Walaupun cume kemas-kemas, basuh-basuh, susun-susun, buat-buat air je. Tapi macam ade feel penat la jugak. Walau bagaimana pun tak sempat nak rehat Minah ajak kami pergi gerai ABC Tanjung lak. Kalau nak gi esok-esok tak sempat dah. Esok dah nak balik dah. Kami pun lepas dah terbongkang untuk 5 minit mai la sini plak. Aku tak reti la nak terangkan direction dye, cume yang aku tahu tak jauh la dari Pantai Jaring ni.





Aku kan mencari Cendol terbaik setakat ni. Jadi memang tak sabar-sabar la nak makan kat sini. Tempat ni walaupun gerai je tapi ramai kot orang. Spesel la bagi aku, unik pun ye gak. 




Sebelah gerai tu ade rumah ni. Cantik kan?




Dalam gerai ni ade lagi dua tiga booth. Cendol, ABC semua satu booth. Coconut Shake, aiskrim lak satu booth lain. Ade jugak booth satay, nasi lemak, laksa, otak-otak dan pe tah lagi. Banyak jugak la. Yang buat nafsu bergelora semacam je kat sini ialah semua dessert dye nampak sedap-sedap semua. Dah la nampak sedap dan kaya dengan bahan-bahan, murah lak tu. Rase macam nak try semua je. HIHI.




Cik Zahiyyah dan Nida posing. =P




Muke tak sabar menanti Coconut Shake spesel dan Cendol. HEHE.




Muke bulat-bulat pun nak makan Cendol jugak. Tak kire ler. HAHA.




Tadaa. Ni dye Coconut Shake Cik Zahiyyah. Pekat likat semua ade. Rasa kelapa dye mantop dah, tapi sebab spesel dye taruk la laici, buah-buah kat dalam dye buatkan aku rase macam masam sket. Memang jenis aku tak suke ade unsur-unsur laici ni. Tapi kalau orang suke laici dye rase sedap lah kot. HIHI. Nak senang order yang biase je. Konpem rase kelapa 100% asli. =)





Kami bertiga lak order Cendol tapi semua lain-lain. Ade Cendol Kacang, Cendol Jagung dan Cendol Aiskrim. Semuanya dua hengget je setiap satu. 





Cendol Aiskrim Vanilla untuk Nida.




Cendol Kacang untuk aku. :)




Kami jugak makan Satay. Secucuk namploh sen. Kuah dye sedap la. Macam home made rase dye.




Nama je anak dara. Tapi buruk lantak. HAHA. Otak-otak sini pun sedap. Semua sedap la kesimpulannye. HIHI.




Muke nikmat + wallap = puas. HAHA. Oh, lupe lak nak citer. mase OTW nak kua dari gerai ni, aku terserempak dengan team wartawan Melodi. HAHA. Boleh pulak diorang join makan kat gerai ni. Aku ternampak adik Farahin Jamsari tu. Agak hensem la kat luar tv. HIHI.





Walaupun mak dah pesan balik awal sebab malam ade banyak lagi keje yang menanti kami tetap sempat menyinggah kat pantai seketika untuk ambik gambar kenang-kenangan. Kalau main dengan kami setiap detik pun nak ambik gambar kan. HAHA.




Roomate. HAHA. Jarang mesra-mesra ni. 




View yang cantik tapi teknik ambik gambar merapu. HAHA.





Aku suh Ton yer-yer je posing, padahal aku nak curi-curi snap gambar belakang tu. Meluat tengok sesi pengambaraan beberapa orang model gedik dengan sekumpulan lelaki. Oh, kenapa la Tuhan saje je nak tambah dosa aku. HAHA.




Driver kami. HIHI.




Takat ni jelah story first day. Malamnye kami sambung buat keje goody bag sambil tengok Cerekarama kat TV3. Pastu semua  terbongkang sebab banyak sangat aktiviti dalam satu hari. =)

No comments:

Post a Comment