Tuesday, January 17, 2012

Medical Leave

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur pada Allah sebab bagi peluang untuk aku meneruskan hidup sehingga ke saat ini lagi. Pagi-pagi tadi ketika aku cuba untuk bangun tidur, aku rasakan satu perasaan yang telah aku biasa alami satu saat setahun lepas. Perasaan mual, sakit pinggang, tak larat sungguh nak bangun rasanya.

Namun ku gagahkan jua ke bilik air tanpa melipat selimut Hello Kitty dan menyusun bantal-bantal seperti kebiasaannya kerana terburu-buru. Tatkala itu, mahu saja aku bersuara kepada Mah yang baru juga bangun yang aku rasa tidak sedap badan. Namun, ku batalkan niat aku. Mungkin perasaan sakit ini akan hilang sebentar lagi. Kata hati kecilku.

Tiba di tandas aku melihat ramai yang menunggu giliran mandi. Hanya bunyi air yang memecah kesunyian di bilik mandi aras tiga blok D Kolej Kediaman Siti Aisyah. Maklum la di pagi hari lain rutinnya berbanding mandi di petang hari. Suasana bilik mandi lebih sunyi ketika ini kerana semua penghuni dalam 'mood' baru bangun tidur.

Aku memulakan langkah menanda giliran dengan menyidai tuala mandi di 'shower' paling hujung. Kemudian aku masuk ke tandas. Saat itu, aku rasakan kepala ku berpusing 360 darjah. Sakitnya. Aku berfikir-fikir sendiri takut-takut penyakit lamaku menyerang kembali. Terngiang-ngiang kata-kata doktor Hospital Serdang dua tahun lepas kepada ku. "Kalau awak lambat setengah jam datang ni, mungkin awal dah tak boleh berjalan dengan normal lagi". 

Aku cepat-cepat tersedar dari lamunan. Aku gagahkan diri untuk berdiri saat itu dan terasa kepala seperti berpinar. Aku mula berkira-kira untuk ke kelas atau pun tidak. Dua kali aku berulang dari bilik ke tandas. Sudah la tekak terasa loya dan tidak boleh bernafas, aku langsung serba tidak kena.

Ku lihat Nida sudah pun menuju ke kelas. Aku pasrah. Ponteng juga aku di awal semester. Kira-kira 10 minit berlalu. Aku masih tidak serba kena. Aku turun dari katil, dan merebahkan diri ke atas lantai dengan harapan mencari posisi yang boleh menenangkan diri ku. 

Tiba-tiba aku terasa ingin memuntahkan sesuatu. Ku buka pintu bilik dan tanpa berfikir panjang aku muntah perlahan-lahan. Muntah air sahaja rupanya. Saat itu, bermain-main difikiran ku wajah Kak In, bekas 'roomate ' ku yang banyak berjasa tatkala aku sakit teruk dahulu. Tak kan la aku nak sakit macam dulu lagi kot? Hati kecil ku berkira-kira. 

Alhamdullilah, lepas je muntah. Aku rasa aku dah pun beransur baik. Aku tidur sampai termimpi-mimpikan Chik. Aku telefon Ma dan cakap dengan Chik. Bila sakit barulah ingat nak balik, semua la kan. :(

Bukan main aku buat preparation nak bentangkan tajuk Sirah hari ni. Akhirnya jadi macam ni pula kan. Tu la, kita yang merancang hanya Allah yang menentukan.

Tatkala aku menaip post ni, Mah dengan Nida pun mesti terkejut tengok aku da baik balik ke ni. Aku tulis selagi aku mampu tulis. Tak terdaya rasanya nak sakit kuat lagi macam dulu. Awak da tak de, Kak In pun tak de. Sape yang nak jaga aku nanti.

Aku takut sangat saat aku fikir aku anak sulung, aku ada tanggung jawab besar dengan Mama dan Abah. Dan, kalau tak sempat sekali pun aku nak berbakti untuk mereka. Izinkanlah sampai saat aku mampu beli insurans nyawa supaya aku dapat wariskan sesuatu untuk mereka. Ya Allah. :(

No comments:

Post a Comment