Wednesday, January 18, 2012

Pilihan Raya Kampus


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Isnin hari tu kampus aku dah pun bubarkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam sesi 2011/2012. 

 Maktab pun dah bukak pencalonan baru untuk JPP sesi 2012/2013. Tahun ni bukan main strict. Boleh pulak kelas yang tak de wakil calon sama ada laki atau perempuan akan dikenakan penalti satu kepala 50 hengget. HAHA. Kejam giler tatkala elaun pun tak nampak bayang ni.

Walaupun begitu, budak perempuan kelas aku memang kental lah bab-bab ni. Kalau dulu tak kena penalti tak de calon wakil. Ni dah kena penalti pun masing-masing tetap tak nak jadi gile kuasa. Memang humble betullah. Lagi-lagi aku, setakat bayar 4 hengget duoploh sen setelah share 12 kepala tu ape la sangat kan nak dibanding dengan tanggungjawab JPP. Lagi pun aku nak hidup udara yang segar je kalau boleh, kalau masuk pencalonan pun konfem-konfem kalah. HAHA.

Malam semalam kan aku da citer dalam post sebelum ni yang aku pergi menifesto tu. Disebabkan masih lagi duk kat Kolej Kediaman, terpaksa lah pergi jugak. Tak pelah, boleh bagi support kat dua budak laki kelas aku yang bertanding.

Kemain bawak kamera sendiri, las-las aku tak ambik pun gambar. Giler ape nak snap kat lubang hidung muslimat. Aku kan ustazah sopan kat kawasan maktab. :) Ni pun aku curik kat group FB PRK. Jangan marah ek Fahmi. HEHE.





Muka-muka junior pra degree ni mase pendaftaran. Super junior kat maktab lepas GSTT.






Muslimat-muslimat mendaftar.







Geng-geng baju oren ialah parti penyokong dari Semester 1 PISMP.






Disebabkan aku lambat datang malam tu, bolehla bahana terus. Terperanjat geng muslimat sopan aku yang tiga orang mase terkdek-kedek naik tangga nak gi dewan boleh pulak terjumpa dengan parti oren ni. Diorang pusing-pusing motor dua tiga round kot sambil takbir. Memang la ok perbuatan tu dan tak de salahnye, tapi aku terkejut kot mak. Sentap I. Ish, adik-adik junior akak ni.







Akak cantik jadi SPR. Wiwit. :)








Ni salah sorang yang duk berkempen la ni.







Suasana dalam dewan yang duk hu ha hu ha. Gamat sungguh muslimat-muslimat time ni.








Jadi meriah la pulak diorang ni. Ok la tu. Selama ni tak de la gamat cam ni.








Macam-macam ado la eh.


Tahun ni memang la meriah dari biasa. Tapi sejujurnya pilihan raya kali ni mengalami krisis masalah perpaduan antara kos pulak. Mengikut manual pilihan raya, syarat utama nak jadi Yang Dipertua JPP mestilah dari kalangan Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda sama ada kos major Pendidikan Islam ataupun Bahasa Arab. Sebab nama pun maktab Islam kan. Tapi tak sangka benda ni jadi isu besar yang duk gaduh. Budak kos lain pun nak jadi YDP la pulak. Aku sejujurnya malas nak komen disebabkan komen aku pun tak membina sangat kot. Cume aku harapkan isu ni dihentikan dengan segera. Lebih baik kita bersatu padu. Entah lah cakap pun tak gune kan.






Yang penting, harap-harap budak kelas aku JAI menang. Mane taw boleh jadi NYDP ke. HIHI. Aku tahu Jai memang layak. Cayalah Jai. Ana sokong antum. *huahuahua sile guna kan bahasa yang sopan k, anda dalam zon maktab Islam :P*






Aziq pun bertanding kali ni. Disebabkan dapat 4 flat dalam examm, kami cadangkan dye jadi Exco Akademik. Barulah orang respect kan. HIHI.






Walaupun kelas ada 5 orang laki 13 perempuan , tapi dalam hal ni budak laki kelas aku memang hebat. Siap boleh hantar 2 calon yang berkelayakan tinggi. Perempuan pulak sampai sanggup bayar penalti tu. HAHA. 

Thanxs for reading this entry.

1 comment:

  1. haha...aku lah salah satu kepala duk sharing epat hinggit doposen tu! rela ku membayar dari tak lekat duduk kat kelas...kui3 ( sekarang pun xmelekat, jd JPP ntah2 bayang pun boleh lesap!) hua.. xsanggup2!

    ReplyDelete