Saturday, January 28, 2012

Hari Jumaat Pergi Pasar

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat
 dan salam juga untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Hari ni hari last sesi berehat di rumah. Pagi-pagi esok kul 10 dah nak balik sana balik. Argh. Walaupun Bangi-Dungun tak de la ibarat Malaysia-Somalia. *kenapa mesti Somalia? HIKHIK* Tapi aku rasa berat jugak setiap kali nak balik sana balik.

 Dulu-dulu tak macam ni pun. Mungkin sebab  dah semakin meningkat umur, meningkat masalah. Semua ni menyebabkan aku malas nak hidup
 kat sana. Aku nak pendam semuanya kat bilik air cond semula jadi kat rumah, atas katil buruk aku sambil peluk bantal lembik dari kecik yang aku ada. Selalu nak tiru trademark NTV7. Your feel good home.

Melalutnye intro. Memang melambangkan seorang home sick tegar. Aku sebenarnye dari awal tadi just nak tulis entry kenang-kenangan. Salah satu aktiviti yang aku suka sangat buat di pagi Jumaat ialah pergi Pasar teman mama.
Suke sangat pergi pasar hari Jumaat. Ramai orang dan yang penting rasa berbangga dengan hometown sendiri yang feel good betullah.






View kat tempat parking kete. Nampak jambatan Dungun yang baru siap a few years ago.







Sesi membeli kueh mueh sarapan pagi Jumaat. Biasenye hari Jumaat mama tak keje, abah pun sah-sah la cuti. Beli kueh kat pasar paling bes sebab banyak gile kueh dan murah aku rasa. Kalau nak cari nasi lemak seringgit tu ada lagi la dengan mose ikan duoploh sen satu tu wujud lagi la. Nyam nyam. HEHE.








Macam-macam ada kat gerai mak cik ni. Ada laksam, ada rojak ayam, satay, nasi himpit, ketupat palas, pulut lepe *pulut panggang ikan la tu*. Makanan ni sah-sah la tak leh sama dengan Kiel kan. Nak-nak tang pulut lepe tu. HIHI. Harga pulak semua seringgit. 






Mama siap dengan payung masa beli kat sini sebab hujan renyai-renyai ibarat mengiringi suasanan hening mengucapkan selamat tinggal kat aku semoga berjumpa lagi di cuti semester akan datang. HAHA. Lalut. 







Masa tengok kueh ni aku dah macam kanak-kanak ribena melompat-lompat keriangan dah. Dalam banyak-banyak kueh aku sangat suka makan KUIH BOM inti ikan ni. Nampak simple je kan. Rege pun duoploh sen je satu. Tapi setiap kunyahan dalam mulut tu aku akan hayatilah. Rasa macam nak buat jugak je segmen THE BEST FOOD I EVER ATE kat Food Network Asian Channel tu. Kuih bom yang kenyal di luar sedap di dalam ni. Cuti ni je dah berpuluh-puluh kot bom ni masuk perut aku. HIHI.









Opsss. Tersnap montot lak. Sebenarnye nak buktikan yang durian kat sini manyak lagi woo.







Heaven jugak beli buah duit mak. HIHI.







Musim-musim hujan beli la keropok buat stok makan sambil duduk dalam selimut. HAHA.

Esok dah nak balik ke kehidupan yang normal. Semakin lama, semakin gelora hati nak duk kat kampung aje. 
Teringat iklan Tahun Baru Cina kat tv tadi. "Your Happines Come from Your Home". Sape-sape yang teragak-agak nak balik kampung sempena cuti, pulanglah. Orang tersayang sedang menanti anda.

Eh, perlu ke? HAHA. Kemaruk nak duk rumah. Arghhh. Thanxs for reading this. BYEBYE

No comments:

Post a Comment