Tuesday, January 31, 2012

Wedding Abang De

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Akhirnya pada tarikh 21.1.2012 yang lalu selamat lah sudah antara sepupu yang paling aku rapat mase kecik iaitu Abang De kawen. :)

Kalau nak direwindkan kembali saat-saat masa kecik-kecik dulu aku rasa macam kelakar je. Umah Abang De depan rumah aku je. Panggil Abang De sebab die yang paling mude. Anak bongsu. Mase kecik-kecik kalau time ambik gambar tanak duk kat orang lain mesti nak duk kat Abang De je sebab Abang De paling baik. Pergi mana-mana Abang De belikan barang. Abang De ajak pergi perpustakaan. Mase kecik-kecik pergi perpustakaan adalah tempat yang paling seronok. HAHA.

Abang De sekarang keja interior designer kat Gombak. Kak Asma wife dye pulak ustazah same macam aku. HIHI kat sekolah agama tapi bawah JAIS. Walaupun lembut dan sopan santun tapi ganas sikit sepupu baru aku ni. HIHI. 

Sekarang Alhamdullilah Abang De dah pun kawen. Cinta muka buku sebab jumpe kat FB. HAHA. See, ramai giler family aku kawen jumpe jodoh kat tenet. Kadang-kadang aku pikir-pikir tak kan la suami aku pun aku jumpe kat blogger.com kot. Kalau betul pun sape tahu, kuase Allah. Hanya menurut perintah. :)








Gambar aku curi kat FB beliau. Rombongan family Abang De ke Klang, rumah pengantin perempuan. Mak sedara aku dah meninggal, jadi semua yang pergi adik beradik diorang sepupu-sepupu aku je lah dengan family masing-masing.







Abang De akad nikah tema kaler peach ala pink. :)







Mase kenduri kesyukuran dan sambut menantu barulah akhirnya aku jumpe Kak Siti Asma ni face to face. Ni gambar dengan Chik, dan yang pakai tudung pink tu anak buah aku yang sulung. Beza umur 2 tahun je dengan aku siap dah masuk UM dah ambik medic. 






Kenduri ni tak buat besar-besar pun. Jemputan pun tak sampai 200 orang. Hanya saudara terdekat je. Simple but nice lah. Kami yang sepupu sepapak ni pun datang makan je. Maklum lah family aku sekarang kalau sebut gotong royong masak-masak ni memang dah takde dalam kamus hidup kot. Kalau aku kawen nak buat besar-besaran, mak aku cakap pandai-pandai la cari laki adik beradik ramai. HAHA. Sape la yang malang sangat tu. :p






Mak Teh pun makan sedap je dalam polisterin. HIHI.







Curik-curik snap gambar. Tak sempat pulak nak snap gambar pengantin sepasang.






Mama duk sebok berbual.




See, khemah pun tak banyak. Orang datang lepas sembahyang Jumaat tu jap je, pas tu semua dah balik.






Kak Asma dengan anak-anak sepupu aku. Anak sedara dye la ni.





Zoom sikit pengantin. Kecik molek kan? Nenek aku kate aku 3 kali ganda besar dari pengantin. Terus aku merajuk setengah hari. HAHA. Tak dapat terime kenyataan yang sudah terang lagi bersuluh. HAHA.






Ambik gambar kenangan dengan Chik Mek. Jiran aku. Baik taw mak cik ni. Suke manja-manja kan aku.





Keluarga Angah. :)






Mama buat-buat baik dengan anak jiran yang comel.







Abang Chik sepupu aku yang duk kat Rawang. Orang kaye ni.






Pergh, muke aku memang tak sememeh. Maklum la macam-macam keje buat. HIHI.







Langkah terbaik tak nak banyak keje ialah sebokkan diri dengan baby. Pasti tak de orang suruh buat keje dah. HIHI.





Muke-muke sepupu yang jarang peluang nak masuk blog.







Badrul Amin , anak sepupu yang khusyuk makan.






Last, gambar dengan Bak. Pak cik aku, suami pada arwah mak cik dan ayah kepada Abang De. Mase ni rindu rasanya pada Wee, arwah mak cik. Al-Fatihah.

Selamat pengantin baru Zuhilman Mansor dan Siti Nur Asma. Barakallah. Moga perkahwinan kalian diberkati Allah.

Aku sebenarnye teringat satu tazkirah yang aku terdengar  lupe plak sumbernya sama ada dari ceramah UAI atau Tanyalah Ustaz yang menyebutkan hukum makruh mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu. Kerana hikmah perkahwinan itu ialah untuk membina satu masjid yang mendapat keredhaan Allah S.W.T yang lebih utama bukannya berkekalan hingga ke anak cucu. Jadi lebih afdhal sekiranya mengucapkan  Barakallah. Ala macam lagu Maher Zain tu. Maaf sekiranya aku tersilap boleh rujuk kepada yang lebih arif.



No comments:

Post a Comment