Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pergh, rasenye lame gile tak berblog. Macam-macam halangan yang menyebabkan lame dah tak hupdate. Bermula lah dari diari hidup yang kekonon busy lah sangat dengan aktiviti tido dan berehat, ade jugak kejadian lappy kesayangan rosak dan berbagai-bagai halangan lagi lah.
Korek punye korek, meh la buat citer siket walaupun cite ni macam xde lah meriah sangat. HIHI.
Bermula lah dengan weekend lepas, tarikh keramat 7/10/2011 aku telah selamat menjalani ujian memandu untuk kelas B2 dengan D kan. Walaupun dah duk heboh satu kampung duk mintak semua jiran, tok-tok iman buat sembahyang hajat, kalau mak tak yah cakap la, asyik kol je suh doakan aku lulus. Namun, takdirnye menetapkan aku jatuh jugak titi. HAHA. Dah diduga. Cesss. Sebabnya aku tertekan brek pulak lalu berenti la motor tu. Tapi biarlah rezeki xde. Rezeki untuk pas lesen kete aje. HIHI.
Dah-dah catatan test JPJ untuk tatapan anak moyang. HIHIHI. Berbalik pada cite, lepas je test petang tu terus naik tren pegi Kepong Sentral nak balik umah kakak sepupu kat Damansara Damai.
Gambar Along Aqil kendong Ameer . Mase ni pagi Sabtu. Pagi-pagi dah ajak main kolam. Sebagai Mak Long yang paling berhati keibuan dalam dunia. I pun ngikut la. Baik kan Aqil, suke tengok dye, pandai layan adik walaupun kecik-kecik je agi.
Adik nak mandi kolam, jadi Along pakai kan swim suit adik. Suke tengok anak-anak sepupu aku ni. Abang sayang adik. Adik sayang abang. Sifat penyayang yang tak ubah macam lah Mak Long dyeorang. Wek. HAHA.
Kolam ni ekcelli belakang umah aje. Mase ni pagi-pagi, tak de orang sangat. Petangnye aku turun jugak, sekali tak selera nak tengok pool sebab ade pempuan Melayu bajet hot-hot pakai bikini la plak. Hampeh. Ekcelli, leh je nak tengok, sebab da nak tayang sangat kan, tapi malas nak tengok kang nanti perasan plak sekor-sekor kan. HAHA. Jahat gile bahasa. HAHAHA.
Along yang da pro berenang, menyelam semua lah sejak duk kat perumahan sini.
Cousin aku yang satu-satunya duk kat area sini. Satu-satunye tempat bermanja kalau nak balik umah sedara. Kat Apartment Bayu Damansara Damai tu ajelah satu-satunye. Cousin aku ni cikgu Fizik kat SMK Manjalara.
Ameer da pandai cakap. Ibu, nak makan, nak makan. HIHI. Comel je. Panggil aku, "MMM, Long. Tak tahu mane tertinggal mak, alih2 jadi MMM je. HIHI
Da dua hari pung pang pung pang ngan budak-budak ni, hari Ahad tu kebetulan kakak sedara aku nak ambik jubah konvo master dye kat UPM so, pegi lah hantar aku sekali one way.
Untung bawak aku jalan-jalan, dapat hang photographer tak berbayar.
Kemain sakan. Siap satu family kene buat muke termenung. Suami kakak sepupu aku pun sabor aje lah layan permintaan isteri . HAHA. Nasib lah dapat keturunan macam kami. HAHA.
Lepas ambik jubah untuk konvo next week, mai pulak buat sesi bergambar kat Jambatan Seri Wawasan kat Putrajaya ni. Tatau la nape cousin aku ni kemain gian nak bergambo kat sini. Dye kate kawan dye ambik kat sini lawa. Jadi dye pun nak jugak lah. Xpe2 leh aku tumpang sekaki ti. HAHA.
Pergh, sekali jubah master UPM di tengah-tengah Putrajaya tu. HAHA. Dengan muke yang serba tak boleh blah. HUH.
Berbalik pada gaya asal je yang senang siket. HAHAHA.
Lepas buat sesi photoshoot, pegi makan jap kat The Mines.
Aqil dengan handset aku dan tengah try spek mata tak leh blah.
Best jugak lah kalau dah duk sorang-sorang kat sini, last2 boleh balik umah sedara, rase macam hepi sangat. Tu baru duduk sini. Tak de la over the seas lagi. Dah rase sunyi.
Next week Konvo cousin aku , so kene balik sane lagi sebab ti mak sedara kesanyangan datang, bole lah bermanja -manjaa. HIHI.
Thanxs sebab sudi baca post yang entah pape ni. Sekadar coretan hidup. BYE!
No comments:
Post a Comment