Sunday, September 18, 2011

Boneka Tangan Anak Sang Singa Yang Comel Lah Sangat Sebagai Bahan Bantu Belajar Mengajar

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Di petang hari ahad sebelum menjelma nya hari Isnin yang damai serta sebening bayu ini telah menyebabkan hati berasa sedikit bermuram durja akibat memikirkan esok pagi kena pegi kelas. Huhu. Sungguh tak suke lah hari Isnin. 

Jarang sebenarnya blog aku cerita benda-benda yang bermanfaat. Kekadang harom satu infomasi pun tak de kan. Tapi hari ni kemain excited nak riak kat blog lepas buat Bahan Bantu Belajar untuk assignment Literasi Bahasa Melayu yang nak dihantar esok. 

Untuk subjek ni, kenalah cipta satu Bahan Bantu Belajar yang 3D kemain nak 3D lah sangat. Serious aku tak tahu nak buat ape. Las-las aku pilih pemulihan penyerapan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Lepas godek-godek rupanya barulah tahu yang kat Youtube belambak eh tutorial ngajor buat kraf-kraf. Siap boleh bukak kedai kraf lah lepas ni. Ehem.

Aku pun duk usha-usha. Dalam banyak-banyak kraf, rase berkenan pulak nak buat boneka tangan Anak Singa Yang Comel ni. Cam senang aje dye buat. Hihi.*nama kemain panjang* cehcehceh* Hahaha. 

Tapi kat sini malas pulak aku nak nagjor cam ne nak buat boneka tangan anak singa yang comel ni. Hihihi. Sesape yang bajet rajin tak de keje nak buat leh la bukak sini tuk belaja buat menatang ni. [SILA KLIK SINI TUK KE TUTORIAL]


Kemain ler aku pulun buat menatang ni tak tido tengah hari tadi. *Memang nak mati ah kalau tido petang agi, dah la bangun dah lambat* Haha.



Tadaaaa. Boneka Tangan Anak Sang Singa Yang Comel yang digedikkan oleh tuannya. Haha.







Anak Singa yang Comel bertambah comel lagi apabila digayakan sendiri oleh tuannya. Kahkahkahkah. Tolonglah layankan aku yang kemain excited berjaya buat benda sendirian berhad ni. Rase nak gi SIRIM daftar jap. Boleh? Hahahaha. 








Anak singa yang comel bergambar bersam-sama khazanah bajet comel tuannya. Hahaha. Harap-harap bahan ni diterimalah hendaknya lah oleh Puan Zubidah. Kang karang aku aje yang excited, padahal bahan tak membantu. Huh, mintak jauh la. Hihihi. 


p/s: Berbelit-belit pulak lidah aku nak sebut Boneka Tangan Anak Sang Singa Yang Comel setiap kali tulis nama menatang ni. Haha

2 comments:

  1. comel nyeerrr, mcm tuan dye jerrr..
    ksian cik pira hbiskan maser cik pira nk buat bnda nie..
    tapi knaper gigi anak singa tu tajam sgt... menangis bebudak tgok.. nanti x jdi laa cik pira nk mngajar..

    ReplyDelete
  2. hahaha. yeke. tajam sgt? xpela. nnti boleh la buat bunyi aum2. hahhaa. thanxs sbb komen

    ReplyDelete