Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Hari ni dengan jayanya budak batch aku, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 2 ambilan Januari 2011 telah menganjurkan Pameran Literasi Bahasa Melayu khas sempena subjek Literasi Bahasa yang kami belajar sem ni.
Program ni ekcelli mule-mule tu aku tak de lah feel good sangat nak join kan. Sekali tu, mase buat persiapan tempat semalam feel dye lain aje. Semua budak kelas lain bertungkus lumus pulun ah duk siapkan booth masing-masing. Malam tu lah aku dan budak kelas dah mule bergetar jugak lah tengok orang lain buat cam hebat je sebab serious kiteorang tak terpikir la nak buat lawa-lawa sangat ni. HIHI.
Dalam batch aku, iaitu batch teramai kat maktab ade 14 unit/kelas semuanya. Lepas undi-undi untuk AJK, kelas aku dapat tugasan jadi AJK Dokumentasi lah pulak. Manakala untuk pameran, kiteorang kene sediakan ikut topik BONEKA. Bes tajuk ni ekcelli.
Start dengan gambar Wali dengan A.J yang akan bertungkus lumus kumpul semua gambar sebab jadi AJK Dokumentasi kan.
Kambing hitam kelas kali ni ialah Haziq. Memandangkan semalam aku ade dengar rumors yang budak kelas BM buat banyak badut. Tetibe aku cam rase jeles ah. Sebab tu aku nak jugak kelas kiteorang ade sesuatu. Mule-mule nak buat Kluang Man, tapi jahit-jahit kostum tak jadi. Las-las entah cam ner jadi Zoror pulak. Adeh, HIHI.
Ha, ni budak-budak kos BM ni. Asrar yang jadi Ninja Turtle, Luqman jadi Monyet ape entah tu, Monkey Magic kot. HIHI. Ella cute mute jadi kucing hitam, arnab tatau name, HUHU, ngan Muaz jadi burung. Cayalah kreatif dye orang buat sendiri menatang ni semua.
Di depan pintu gerbang booth kelas aku. PISMP 2.01 dengan tajuk BONEKA yang tak leh blah.
Sebelah booth kelas aku, ialah booth kelas budak Math. Asyik nak gaduh aje ngan diorang. Entah kenape lah. Adoi. Taknak dah berjiran lain kali. HAHA.
Ni kelas budak agama jugak ni. Diorang buat penulisan mekanisme dengan tema ala-ala bear manja gitu.
Meriah siap dengan lampu raye agi. Lawa booth budak BM jugak ni. Ni pun sebelah booth kelas aku jugak.
Dengan Zoror yang tak leh blah.
Ni gambar booth yang dapat no 1. Kereta api Thomas tu diorang buat lawa je. Cume aku tatau nak ambik dari angle mane gambarnye. Semua tempat crowded sangat. *Salah kan orang ramai la plak* HAHA
Ade tema Upin Ipin.
Ni booth budak kelas Pemulihan.
Rumah Aneka Bunyi ni diorang buat ala-ala rumah hantu kat funfair tu. Serious bagi aku kreatif gile. 5 Stars ah walaupun aku tak sempat nak masuk. *dengar orang cakap bes dan nampak luaran lawa gile* Ya ampun, ramai gile orang masuk dalam. HAHA.Tapi yang pelik nye tak menang pun.
Salah satu aktiviti pergerakan tangan.
Booth budak Teslians dengan tema butterflies dye.
Ha, macam-macam ade.
English Garden tema dye yang ni.
Same jugak.
Kelas Cik Zahiyyah buat Pendidikan dalam Muzik. Tapi snap gambar dye je. Bahan Bantu Mengajar nye tak ambik pulak, adoi.
Comel kan? Macam-macam stail ade.
Gambar tangan orang ramai try buat benda ni. Ni name dye kalau tak silap aku dyeorang nak gune teknik kolaj, tapi gune manik. Cantik kan?
Kreatif.
Budak kos PJ buat gerai buah-buahan yang klasik siap ade pelepah-pelepah kelapa.
Macam-macam jenis ABC yang dah ade dah.
Bertemakan Spiderman.
Ni pun hasil yang buat sendiri. Diorang jahit ni.
Tak habis-habis dengan Zoror.
Ha, dalam banyak-banyak bahan pameran yang ade. Ni lah hasik kerja tangan aku dengan budak kumpulan . Aku dapat task buat wayang kulit. Wayang kulit moden tu. HIHIHI.
Semua boneka ni budak kelas aku la yang buat.
Minah dengan Upin Ipin muallaf dye. HIHIHI.
Ni Fiza Hawa and the gang punyer.
Ni budak Tesl yang punyer. Cute je rumah ni ha.
Tema dye Kampung.
Teslian yang sangat cantik lagi sangat baik hati. Jadi kene lah ambik gambar satu ye. HIHI.
Hak milik Teslians.
Ni pun same jugak, Teslian punye. *punye la tatau nak tulis pe dah* HAHA
Ha, ni baru lah Mah, Wali, ngan Aisyah punye. HIHIHI. Sian diorang sebab boneka diorang paling susah nak dibuat. Macam-macam keje renovation lah yang dilakukan untuk KIKI dan LALA ni. HAHA.Wali pun jahit-jahit taw. Pergh, aku memang bangga la dengan bakat budak kelas aku. HIHI.
Bunga tulip dapat dari booth yang buat tajuk Origami.
Zoror, Ninja Turtles dan budak BM tatau name pe.
Serious geram tengok kecomelan diorang. Eww, nak pijak-pijak je rase. HAHA.
Dan, tetibe Fazli datang menyibuk.
Disebabkan Fazli menyebuk tadi, suh dye pulak ambik gambo aku dengan The Comels ni. HIHIHI.
Sesi 2. Zoror, Kakak Tua, Monkey Magic.
Comels lagi.
Disebabkan diorang ni badut, kena la layankan request orang ramai. Suh terbang la ape la. Sian. HAHA.
Monkey Magic yang tak senonoh tunjuk perut muncit. HAHA. Bajet cute ler tu.
Sekali tengok da macam bole jual kat kedai kan layang-layang ni. Lawa sangat.
Kolam huruf.
The butterflies.
Mengamcam tak kaler E05 Digital Canon baru ni? HIHI.
Diumumkan. Jeng.jeng,jeng. Diorang ni da kawen, tu pun kalau kau nak percaya lah. HAHA.
Opsss, terbanyak lak gambar syok sendiri. MUAHAHA.
Boneka tangan katak dye. HIHI.
Wali terbuat cute dengan tidak sengaja.
Hehe. Berakhir sudah lah pameran kali ni. Rase seronok jugak buat ni sebab meriah semacam aje dengan budak batch.
Macam-macam idea baru yang dapat . Kalau kite dalami sebenarnye tak de alasan tuk kite untuk gune kaedah paling bosan bile mengajar nanti. Pokok pangkalnye kite aje yang kene rajinkan diri sendiri dan boleh buat macam-macam idea baru. Tak de teknologi canggih-canggih pun tak pe. Right?
Pesanan aku, buat rakan-rakan yang bakal bergelar guru, jadilah guru yang berusaha melakukan yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajaran nanti. Jangan sekadar makan gaji bute aje. HOHOHO.
K lah, sampai sini saje. Salam
No comments:
Post a Comment