Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tatkala tengah taip entry lame ni ternyata tangan kanan tengah menyuap-nyuap muruku raya yang diberi oleh mak Mianami Chan merangkap mak angkat aku secara tidak rasmi nya. Hihi. Sesuke hati je.
Manakala tangan kiri pula duk srot sret srot sret menarik hingus yang bakal meleleh kerana ternyata semalam aku kene air hujan dua titik lalu demam lah aku. Ni tak ok lagi jugak tapi kene lah buat-buat ok kerana ade 3 assignment bes yang menanti.
Ok. Ini adalah entry bersambung dari aritu.
Hari terakhir PBS: 9 September 2011
Gambar trademark ketika PBS mestilah gambar dihadapan gate sekolah. Disebabkan sekolah ni depan pasar ade aje gazebo yang menyibuk lah.
Cuba perhatikan perbezaan gambar di atas dengan gambar di bawah. Hihihi.
Ok. Seperti biase, balik sekolah aje mestilah berjalan-jalan raya. Ni gambar Kak Long dengan Alya dalam kete. Suke bebenor Alya ni kene agah-agah. Miss both of them.
Ok. Da sampai. Sebenarnye pegi Taman Kosas aje dekat Ampang. Apartment Ayers & ****** apebende ntah. Lupe dah. Apartment yang perempuan yang mati kene kerat 18 tuh. Datang raya kat rumah mertua Kak Long. See, satu kaum kerabat Minah pun dah hafal taw. Hihi. Btw, depan rumah Kak Ira ialah rumah Mat Kasan dalam Macam-Macam Aznil. Haha. Teruja lak aku skodeng-skodeng kejap. Tapi nan hado lah beliau.
Kak Ira masak beriani gam. First time makan beriani gam. Hihi. Namun ape yang lebih istimewa ialah makan blueberry cheese tart secara sesuke hati dengan free. Haha. Bes woo.
Ni lah Puteri Adrina. Dia kata panggil Dina sudah. Anak Kak Ira. Comel kan. Pandai cakap lak tu. Hihi. Ekcelli Dina ni tiga beradik, ade Adib dengan Acab. Tapi, yang dua lagi tu jangan haraplah nak bergambo.
Manalah aku boleh tahan tengok budak secomel Dina kan. Rase macam alahai nak gigit-gigit aje. Masa nak ambik gambar dengan beliau boleh pulak dye kate "Take turn, take turn." Alohai, kecik-kecik dah pandai. Hihi.
Dengan Mak Su dye.
Nampak aku pulak yang gelojoh. Haha.
Ok. Then kite pergi pulak ke rumah last untuk baraan kali ni. Ni area rumah orang kaya-kaya ni. Kat Taman Kemensah belakang Zoo Negara itu. Course Off lah sedara Minah jugak kan.
Lihat lah muke menggatai nak pakai pashmina last-last kemain bulat jadinye muke aku. Hahaha. Oh, tidak, rase nak lari pecut aje tengok muke sendiri.
Kemain baraan yer.
Oh, this is Minami Chan`s brother and there is no others captions yet.
Sabtu: 10 Sepetember 2011
Oh, pergi makan ketika beraya di rumah orang sungguh seronok. Sekarang ni Mak telah memberi arahan esok kite pulak yang buat open house. Mahu berdebar bile suh bangun kul 4 pagi potong bawang . Haha.
Ni lah muke-muke chef yang kemain nak masak ambik gambo dulu eh.
Tengok chef ni rileks aje masak nan hado nak publisiti pun. Kehkehkehkeh.
Masak spagethi. *kemain oepn house umah kat KL lah katakan, haha* Mak pulak masak mihun sup, nasi himpit kuah kacang, dadih, ada jugak satay. Seharian lah hari tu layan tetamu yang datang dari pagi hingga malam sambil kalau tak de orang memenuhkan perut sendiri jugak. Hihi.
Alya yang bes tido mase open house sambil peluk blanket Hello Kitty Mak Long yer. *aik tetibe aku jadi mak Long no 2. Haha*
Hari Las: 11 September 2011
Eh, tadi aku kate gambar tadi las baraan kan. Lupe lak, mase nak balik maktab ade satu rumah lagi yang sempai loi pegi. Rumah Mak Ndak kat Serdang.
Gambar di atas ialah gambar Kak Ndak Echa ye. Hihihi.
Tengah seronok-seronok suap makanan. Black out lah pulak. Lilin plak yang pasang tu. Romantik sungguh jadinye.
Bergambar dengan Kakak. Tu lah Mak Alya.
Dua wanita gedik di hadapan. Hihi
Dan, sekian sajalah kembara PBS Merdeka Raya 2011 kali ni. HIHI.
Salam
No comments:
Post a Comment