Wednesday, June 19, 2013

Kem Permata Insan Siri 1 2013 Part 1

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Masuk semester yang lepas dah tiga kali aku join sebagai fasilitator di Akademi Permata Insan ni. Kem kali ni masih lagi buat kat SM Sains Banting sama dengan kem lepas. Rasanya kem ni tak banyak beza. Tapi pengalaman baru tu alhamdulillah. Banyak sangat.

Memang jenuh la aku duk pilih gambar dalam kamera Fazli Komis tu. Last-last gune gambar kat handset sendiri je. Malas pulak aku nak godek beribu-ribu gambar dalam tu.






Semester ni batch Junior belajar pasal haiwan. Ni salah satu daripada projek diorang. Projek ala-ala forensik gali fosil dalam tanah. 






Ni lah fosil yang tak berapa nak fosil tu. Busuk dia tak yah nak habaq la. Mane tak busuk kalau gune ayam yang ditanam seminggu. Huh. Tapi bebudak ni suke haje dapat main. Azabnye menanggung bau ala-ala bangkai mase ni.






Seronok yerrr.






Salah satu aktiviti yang ade untuk tema haiwan ni jugak ialah pembedahan tikus. Disebabkan dulu mase belajar biologi pun aku tak de peluang bedah tikus, jadi kali ni aku join la tengok sekali. Seksa tikus tu kena tikam tangan dan kaki.






Adik-adik USIM yang datang buat pembedahan ni. Seronok betul buat kekejaman ni. HIHI.






Tikus yang dibuang kulit.






Satu-satu organ dalaman tikus diorang kuarkan dan tunjuk kat budak-budak ni.






Siap tengok otak tikus lagi.






Ade kira-kira tujuh ekor tikus comel yang dikorbankan hari tu. Harap-harap berbaloi la untuk mereka faham macam mana rupa organ-organ yang ada dalam seekor tubuh yang mana menyerupai manusia. 






Aksi manja Razi. Dia ni mamak Penang kot. Tapi dah terlekat kami panggil dia Jai. HIHI. Good boy Jai. :)






Hari ke berapa tah kami kena jadi urusetia pertandingan Tilawah Al-Quran.






Fasi pun kami, juri pun kami.






Ni pulak gambar mase di USIM. Kami ramai-ramai datang sini sebab nak cerap matahari.





Muke excited jumpa van USM.






Akak fasi kemain lagi. Memang sengal lah Kak Ja dengan Ju ni. HIHI.






Mase ni kiteorang berpeluang masuk dalam Digital Star Lab ni. Ala-ala macam Planetrium lah tapi boleh bawak ke mana-mana. Bes jugak tengok show bintang dan buruj dalam tu. Satu pengalaman yang susah nak dapat kat lain.






Pegawai dari USM yang handle benda ni. Kemain lagi dia.






Muke-muke kiteorang duk tunggu turn nak masuk lab tu. HAHA. Tak sabar tol. Sekali masuk dalam 30 minit untuk 20-35 orang. Jenuh la duk tunggu budak-budak tu siap dulu baru kiteorang masuk.






Bersama budak kelas. Kali ni welcome Wa to Permata. HIHI. :)





Semester ni aku jage adik Junior yang super baik dan rajin dan tak banyak kerenah dengan Tehal. Memang senang jage depa ni. Kejut Subuh sekali je boleh bangun. Aku dengan Tehal pulak yang sambung tido. HAHA. Ade Maira, Mira, Ainur, Farzana dan Irdeena.





Adik yang mencuit hati. Memang comel la Farzana ni. Akak letak gambar awak sebab awak comel je tido atas katil akak. Tak baligh lagi tak pe kan letak gambar sensored cam ni. HIHI. Farzana balik masjid je mesti terbongkang terus. HIHI. Tergelak sengsorang bila ingat. 

Tak habis-habis pujuk kiteorang nanti keluar gi Kidszania memandangkan diorang ni orang Lembah Klang aje. Tengok lah adik-adik sekalian kalau akak tak sibuk kite gi. :)

No comments:

Post a Comment