Wednesday, June 12, 2013

Awesome lunch at Warung Bunian

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Masa study week yang lepas, kami boleh keluar sesuke hati. Dah tak payah tunggu pukul 2 petang baru nak kuar maktab. Memang sesuke hati sungguh. Pada suatu hari lepas je bangun tido Cik AH sms tanya nak tak lunch kat luar. Terus aku reply nak walaupun sakit gigi bongsu nak kuar tak habis-habis. HAHA.

Rupenye ramai yang kuar tengah hari tu, Cik Saadah pun ade. Aku je yang tak tahu rupenye diorang siap dah reserve seat untuk makan kat kedai ni. 

Adah bersungguh la cakap kedai ni femes siap masuk JJCM bagai. Tapi aku pandang enteng je sebab susah woi nak cari kedai ni. HAHA. Aku siap bebel lagi kat dia cakap kadang-kadang makanan yang JJCM promote kadang-kadang tak la best sangat pun.



Ni dia punye iklan. Simple dan mudah. Watu lunch dia 2 jam je. Target dia untuk org keje. So, memang pelik kan. Jadi kalau nak makan kena persiapkan diri dari awal la. HIHI.






Ekcelli kedai ni tak de lah jauh sangat pun dari maktab aku. Tapi jalan dalam punye pasal sampai sesat woo. Ngeri gile bile ingat jalan ni.






Kadang-kadang aku konfius ni blog dia ke blog aku. HAHA.







Ha, kan dah kate ramai hari tu. Adah ade, Kak Ruhil ade.







Kak Awin (Teslian) ade, Ton pun ade. Kiteorang reserve untuk 6 orang makan. Sekali pergi bertujuh. Kena marah manja dengan akak tu.







Hari tu kebetulan hari jadi mak cik ni, Tikah. Happy birthday Tikah. Diorang semua ni jiran Cik AH. Kami berkawan tapi sebab lain kelas tu yang tak rapat sangat.






Baru aku tahu ramai gile makhluk kat sini. Sebab tu kena reserve. Sape mai sini pakai walk in je jangan harap lah nak makan. HIHI.






Lauk hari tu ade udang galah masak lomak, ayam masak belado, ikan goreng, sayur goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Air yang kami request pulak ialah air sirap limau.






Nyum nyum. Kuah dia pekat likat. Seriuos sedap dan tak sama kot dengan kedai-kedai lain. Ni pulak first experience aku makan udang galah.







Udang galah yang fresh dan gemok walaupun saiz baby-baby gitu. Ekcelli lauk kat sini tak de menu. Menu dia dah ditetapkan setiap hari oleh tuan kedai. Hari-hari akan ada masak lomak ni, tapi dia akan tukar sama ada dengan ayam atau ikan keli. So, kena buat research jugak lah sebelum datang.

Yang aku bace-bace kat belog lain aku dapati menu dia:

Isnin dan Khamis : Masak lemak ketam, ayam goreng belado, sayur dan sambal belacan
Selasa : Masak lemak udang galah, sambal ayam belado, ikan goreng, sayur dan sambal belacan
Rabu : Masak lemak ayam kampung. sambal udang, sambal terung, ikan masin goreng, sayur dan sambal belacan
Jumaat : bebas . HAHA. tak faham pulak aku bebas ni cam ne






Warung dia biase je. Tak nampak macam kedai makan sangat pun. Dari jauh nampak macam kenduri kawen je. HIHI.






Tanda kami dah datang sini.







Aku pun dah datang sini jugak. :)

No comments:

Post a Comment