Friday, February 8, 2013

Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Dr. Maimon ke IPG Perempuan Melayu Melaka

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Semalam tengah kami duk hip hip hopray dalam kelas semasa ketiadaan lecturer, tetibe Ju on telah membuat kenyataan rasmi yang telah membuatkan ahli kelas aku terdiam sebentar. Dalam kenyataan tersebut, Ju on cakap budak kuliah 03 cerite kat beliau yang Dr. Maimon merangkap naqibah kami akan naik jawatan sebagai Ketua Jabatan JAPIM  di IPG Perempuan Melayu Melaka. 

Naqibah ni ibarat guru kelas lah kalau kat IPG aku ni. So, kami macam terkedu jugak lah sebab campur tolak semester ni dah 4 tahun beliau jadi guru kelas kami. Tambah lagi rapat dan selalu jumpe sebab semester ni Dr. Maimon ajar subjek PIM 3110 Penilaian dalam Pendidikan Islam.

Oleh itu, dengan tidak semena-mena Daus telah membuat persiapan jamuan kecil-kecilan sebab semalam kan elaun tak masuk lagi. Kalau hari ni lah buat persiapan mesti boleh buat besar-besaran sebab elaun masuk pagi tadi. Saje je nak heboh satu kampung elaun dah masuk. HAHA.






Pagi-pagi lepas bace Quran kat masjid ahli kelas haku gigih siapkan kelas. Majlis pula dimulakan dengan ucapan Daus sebagai Ketua Kelas semester ni, selawat beramai-ramai, doa selamat dari Jai, ucapan panjang lebar dari Dr. Maimon seterusnya sesi bagi cenderamata ni. 

Kami tak dak duit nak beli hadiah grand-grand sangat semalam. Jadi bagi frame gambar kelas ajelah. Harap-harap Dr tempek lah kat dinding rumah beliau. HIHI.






Ni pulak hadiah personal dari ratu khat kelas kami. Ni Nisa buat sendirik. Berminat? Boleh tempah kat beliau.






Sedikit dari kami.






Seterusnya sesi yang ditunggu-tunggu sesi potong kek. Yippi. Excited lebih tapi Dr tak pandang kamera plak.







Hokeyh. Sekarang semua dah pandang kamera. HIHIHI.






Semua makanan ni budak laki yang beli. Yang siapkan. Aku keje membuta aje semalam sebab hujan seharian. Baguskan depa-depa ni. Jadi kite tempek gambar depa lak. 






Salam perpisahan buat Dr. Maimon binti Daud. Dari kami: anakanda PISMP 5.01. :)





Dr. ade bagi cenderamata kat semua ahli kelas. Penanda buku ayat al-Quran yang beliau beli mase di Egypt. Arm sock tu pun beliau yang bagi. Terima kaseh ustazah. Saya akan belajar pakai arm sock ni walaupun saya memang alah dengan arm sock. 


Dr. Maimon dalam kenangan:
  1. Sangat lembut tetapi tegas orangnya. Disarankan semua diam untuk mendengar butir-butir percakapan beliau.
  2. Bile beliau bagi kuliah beliau akan mula dengan tanya khabar. 
  3. Berpindah kerana mengikut suami yang bertugas sebagai Timbalan Mufti Melaka.
  4. Kecil tetapi selalu mengagumkan kerana drive Honda Accord. (masuk list jugak ke? HIHI
  5. Ilmu yang dimiliki? Masya Allah. Sangat hebat. Bertuah la budak IPG PMM nanti.

Walaupun berpisah, aku percaya mungkin ketetapan Allah itu adalah yang terbaik. Mungkin ade hikmah segalanya. Allah lebih mengetahui. Moge Dr. Maimon dipermudahkan nanti. :)






4 comments:

  1. muka firdaus plastik!!!!!!!! huhu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. skg ustazah di IPG sy..mmg dia seorag yg sgt lmbut n tegas..moga ilmu yg diajari mbri manfaat buat kmi di sni

      Delete
    2. ustazah mmg sorg yg lmbut tp tegas.. ;)

      Delete