Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdullilah, sedar tak sedar dah semester 5 aku dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ni. Kalau dicampur dengan foundation boleh jadi 8 semester dah aku kat sini. Selama 5 semester jugak lah aku telah pun terlibat secara langsung mahupun secara syok sendiri kat blog ni. HEHE.
Selama ni, tak penah pun aku update sangat pasal study aku. Biasenye aku update lebih pada cerite jalan-jalan. Tak jalan-jalan makan-makan. Tu aje lah keje nye. Tapi bile blogwalking aku rase orang lain sibuk juge cerite pasal ape yang diorang study.
Contohnya baru-baru ni aku teraddicted kat blog akak yang tengah final year study medic. Aku begitu kagum dengan dye, almost every day dia gigih cerite pasal hidup dye yang bergelumang dengan dunia medic tu sampai term-term yang aku tak sepatutnya tahu pun dah macam melekat siket dalam kepala otak aku. Kagum aku melihat kecintaan dia terhadap profesion dia membuat kan aku terfikir selama ni tak delah aku bangga sangat jadi student education sampai cerite kat blog hari-hari kan?
Kadang-kadang aku macam malu pulak nak mengaku aku ialah student pendidikan di IPGM. Kalau orang jawab aku study kat mana, jawapan aku mesti ade maktab 'JE'. HAHA.
Namun sekarang aku rase tidak lagi. Demi menyahut seruan kerajaan bersempena dengan salah satu daripada sebelas anjakan untuk transformasi sistem Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, aku rase aku patut berubah dengan lebih bangga menjadi bakal guru dan mendorong orang lain untuk menjadi guru dengan cara aku sendiri iaitu cerita-cerita menarik dari blog aku. MUEHEHEHE. Tak leh blah.
Menjadi guru bermakna kita menjadi semua. Kita lah engineer in human making, pakar kaunseling pun kite, doktor yang pulihkan mereka dari kelemahan pun kite. Semua tu dibawah satu nama = guru.
Bile tengok muke sorang-sorang budka kelas aku masih terbayang-bayang lagi kot kenangan pertama kali bertemu. Sedor tak sedor kite tinggal hanya lagi 4 semester untuk bersama. Semester ni akan menguji mental dan fizikal kita sekeras-kerasnya. Tahun ni lah praktikum untuk sebulan. (Tengok lah nanti bile praktikum aku sempat on blogger.com ke tak. HAHA) .Tahun ni lah nak belajar tarannum, mane nak kejar olahraga lagi. Tahun ni banyak sungguh kemahiran yang kene kuasai.
Sape ingat ustaz ustazah in da making tak payah join lompat tinggi, rejam lembing etc bagai. Nak nangis aku, seumur hidup tak penah aku try buat aksi lompat tinggi. Serius tak pernah. Tapi aku kena gagahkan jugak kalau tak macam mana nak ambik sijil kejurulatihan ni. HIHI.
Walaupun macam-macam dugaan rasenye untuk semester ni. Aku akan cuba belajar ape itu keikhlasan. Sesungguhnya semua ni demi bayar balik duit-duit rakyat yang aku telah perabis bulan-bulan kat warta tu. HIHI.
*penat je aku edit gambar kelas yang baru ambik. sekali gambar tu xleh nak publish sebab private bawah majalah ipg lagi* cait.cait.cait. Jadi layan gambar ni aje lah, gambar Perutusan Tahun Baru KPM yang kami pergi hari tu. :D
Mase datang sini lah intro Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tu dibentangkan sikit. Yang banyaknye sesi makan-makan je. Dah banyak kali sangat pergi menyibuk event gomen di PICC sampai dah tak terkire. Eceh. HIHI.
Mase datang sini lah intro Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tu dibentangkan sikit. Yang banyaknye sesi makan-makan je. Dah banyak kali sangat pergi menyibuk event gomen di PICC sampai dah tak terkire. Eceh. HIHI.
Tu jelah cite kesyukuran aku naik semester 5 ni. Lain kali aku buat kenduri kesyukuran jelah instead of cerite kesyukuran. Orang tak bosan sangat ye dok. HIHI. Walaupun hari-hari balik 5.30 uolls. 5.30 petang. LISTEN.LISTEN.LISTEN its 5.30 p.m everyday and Friday is included. Nak mati aku. Tapi aku akan cube untuk ikhlas kalau ni dah tersurat untuk bakal guru yang gune duit rakyat macam aku. Tapi kalau tertido dalam kelas sesekala tu nak buek cam no kan. HIKHIK. :D

hye awok
ReplyDeletejap je dah sem 5 ye dik....
ReplyDelete@kumin alfi
ReplyDeletehye awok
@Mimi Fadeli
ReplyDeletehehe. thanxs akak, singgah. mane blog akak ye?