Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Fuhh, cukup punye banyak dugaaan untuk aku buat entry ke Cameron Highland ni. Nak kate edit lawa tak jugak, gambar tak sebarapa dari kamera aku yang menang rituuu. HAHAHA. Riak-riak. Nanti Allah tarik balik baru tahuu.
Seperti yang telah digembar gemburkan di dalam Pesbuk, maka dengan rasmi nya aku telah jejak kan kaki ke Cameron Highland untuk Amali Fotografi Flora & Fauna subjek EDU ni. EDU lah sangattt kan. HIHIHI.
Muke-muke ceria budak kelas aku pukul 3 setengah pagi kat garaj bas. Walaupun berbagai halangan dan rintangan yang kami-kami aje yang tahu tapi gembira tetap ade. Tua bangka baru nak pergi sana. Alhamdullilah. Lain lah Mah tak pandang dah Cameron ni. HAHA.
| Pemandangan dari atas ladang teh di Cameron Valley |
Aku tak sangka yang jalan nak gi CH ni sungguh mencabar. Feel perempuan-perempuan hamil dah aku. Argghhh. Seriuosly aku loya walaupun dah berkali-kali naik bas. Mah kata jalan yang ikut Tapah ni je yang over. Asyik nak kene pusing je kan. Gaung pulak kire dekat sangat dah aih dengan jalan. Nyawa ibarat telor di ujung tanduk sungguh kalau sape-sape test lesen kat sini. Takot.
Namun, bile sampai je dekat Cameron Valley iaitu salah satu ladang teh kat sini. Terus I sehat je uuu. Terus tukar perempuan hamil jadi anak dara balik. HEHEHE.
| Aksi gelimat Adik Ajik. HAHAHA. |
1. Sign board rasmi Cameron Valley. Kat BBB tak dak aih :)
2. Kedai produk teh CV
3. Sampel produk yang dijual di CV
4. Fridge magnet yang ade di CV. Satu RM 5.50. Beli 3, dapat lime belah hinggit.
5. Teringin nak tahu sejarah CH? Kat sini ade buku Sejarahnya.
6. Cafe teh CV.
Disebabkan kali ni banyak giler gambar, terpaksa lah aku kepilkan je cam ni kan. HIHIHI.
Mase orang lain layan gambar kat luar. Kiteorang awal-awal dah shopping teh dalam ni. Bajet konon penggemar teh sangat lah kan. HIHI. Padahal aku hari-hari minum teh Lipton je. Perempuan sangat ehhh nak minum teh perise-perise strawberi ni. HIHIHI.
Haaaa. . . Banyak kan perisa dye. Blackcurrent, limau, macam-macam lagi la. Sapa yang penah datang tahu la kan.
Sapa yang berkenan kat dia ni boleh la pergi kedai kat CV tu. HIHI. Baik betol dye ni. Pandai layan customer walaupun warga Myanmar kot. Pandai-pandai haku je kan.HIHIHI.
Nak jugakkkk. HIHIHI.
Pose menarik Ajik. Mahal wooo. HAHAHAHA.
Muke tak penah tengok daun teh gamaknye depa-depa ni. HIHI.
Macam cover filem Hindustan dah aku tengok.
Fine. Diorang je yang boleh terbang kan.
Asal tempat jarang datang. Van dia pun boleh jadi gambar.
Dah lama berangan nak gi CH. Alhamdullilah sampai jugak. HIHIHI. Masa ni pensyarah kami bagi masa tuk ambik shot-shot menarik. Tapi lebih kepada ambik gambar muke sendiri la kan for sure. HAHA.
Tak cukup sekelas sebab dik Wali dengan Daus tak dak. Hakim pulak yang ambik gambar.
![]() |
Cameron Valley yang terkenal dengan tempat rehat, tempat beli belah teh dan ladang teh yang sedia menerima kunjungan pengunjung seperti anda. Ecewahhh. |
Lepas kami ke CV. Kami ke Stesen Mardi pulak.
Ni lah gambar Pensyarah EDU kami. Gambar diambil menggunakan teknik framing uolls. Yang belah kanan tu Puan Rosnah pensyarah kelas aku. Bab-bab teknologi ni jangan duk kelentong depa la. Hebat aih depa ni bab teknologi. Dulu masa mula-mula masuk kelas, aku ingat ape la sangat boleh belajar kan. Habis canggih belajar Excel ja kot. Sekali sekarang, Alianware ka Authorware ke semua depa duk hapal aih duk ajaq kat kami. HAHAHA. Harap-harap depa tak jumpa la blog aku kan. =)
Ni koleksi-koleksi cikai aku untuk teknik mikro. Bunga atas tu je kot yang jadi. Yang lain hampeh aje.
Pemandangan biasa tapi jarang ada.
Pose spontan Nazrin. Berlakiber sungguh.
| Memasing hangkut DSLR tapi aku tetap bangga dengan CS aku tu HAHAHA. |
Dah puas meronggeng ambik gambar sendiri plus gambar geng (gambar geng lain mana ambik kan) kami dengar taklimat serius daripada Syafiqah dan Puan Rosnah ape task-task yang kami kena buat. Kelas aku gabung dengan tiga lagi kelas lain untuk trip ni sebenarnya. Yang join ialah kelas aku dan satu lagi kelas agama, satu kelas Pemulihan dan satu kelas TESL. Bergabung!!!
Ni pulak pemandangan persekitaran di kawasan Stesen Mardi tu. Walaupun ada cahaya matahari yang boleh tahan terik, tapi suhu masa ni dekat 22 darjah celcius jugak. Angin dye kalau sesekali datang gigil jugak ke tulang. Boleh la kau feeling-feeling pergi Korea masa musim panas. HAHAHA.
Comel sangat beratur mak depa nak ambik gambar. Baru aku perasan ada daun betol-betol tutup muka budak ni. Caiss. HAHA.
Penerangan lanjut dari Syafiqah ahli Kelab DSLR.
Saje je nak market gambar banner program nih. HAHA.
Ok. Pantang budak laki tak de start la menggila. Aksi terbang tak jadi. Semangat wooo. HIHI.
Jarang jumpe sign board tulis ada Strawberi. HIHIHIHI.
Itu dia ladang contoh. Aku sebenarnye hater bagi strawberi , jadi duit aku memang save la kat sini kan. HAHAHA.
Sebelah aje ladang contoh tu ade gerai jual produk strawberi uuu. Mesti menggila la pencinta-pencinta strawberi kan.Ada eskrem original flavour strawberi, strawberi cicah coklat datuk K dan Siti aw-aww, HAHA, dadih strawberi amende ntah lagi kan. Tapi semua rege dua hinggit. Kire murah sangat la tu. Maka mereka semua pun makan la dengan wallapnya. Kesian aku tak suke strawberi, nak request pulut durian buleh? Kesian hater strawberi ni. SOB SOB SOB. =(
Nasib rupe dye je cute kan. Gigih jugak la aku ambik gamar strawberi ni haaa.
Dekat ladang dye pun aku redah la jap sebab nak bergambor. HAHAHA.
Dalam semua kenikmatan yang merasai strawberi makhluk pink berjerawat nanah kat dalam tu. Ada satu muke baru nak jatuh-jatuh cinta gitu dengan strawberi. HOHO. Malu nak ngaku maks. Sedap sangat kot eskrem dye kat sini. Orang yang tak suke strawberi macam aku pun boleh terime jugak lah sebab tak masam macam selalu. Kalau cam ni kene selalu la gi CH sebab strawberi kat sini je yang aku leh telan. HAHA.
Masa kami makan, ada satu family ni happening habis bergambor kat sini. HIHIHI. Tahniah berjaya masuk blog merapu aku. HAHA. Tu lah, sape suruh bising sangat mase orang makan eskrem, tengok dah glamer sekarang kan. HIHIHI.
Ni pulak anak Cine mana pulok la ni kan.
Ololo, tebabnya.
Aku paling suke gambar ni sebab seriuosly dua-dua anak ngan ayah macho habis uuuu. HAHA. Mungkin anak dye request eskrem satu gi, ayah terus buat muke macho. HAHA.
Aku rela disengat lebah kalau ni lah lebahnyerrr. Mana-mana aje lah sengat. HAHAHA.
Subhanallah. Indah sungguh Ya Allah ciptaan Mu.
Err. Aku tak penah gi CH kot. Ok lah kalau sesekali posing kan. HAHAHAH.
Yang dua ni pun ciptaan Allah yang hebat jugak ni. HAHAHA.
Depa lagi kan.
Aku suke sangat path ni.
Buktinye mestilah
.
.
.
Aku ambik gambar kat sini. HAHAHAHA.
Aku nak tengok bunga matahari sebenarnye tapi tak de rejeki tak jumpe pulak. Lain kali harap mase pergi dengan encik suami jumpe lah yep bunga matahari. HIKHIKHIK. Gataii. Buleh penyepak Kak Na baru taw.
Gambar ni membuktikan yang dua kali kot singgah kiosk makanan strawberi. Arghhh.
I tak layan strawberi hidup. Strawberi mati aje. Tak yah kuar duit. MUAHEHEHE.
Bile dah masuk waktu tu moh ler kite solat yerp. Tapi aku cadangkan kalau ade yang nak kesini better bawak bekalan sedikit air siap-siap sikit sebab bekalan air kat sini sangat terhad uolls. Nak kici-kici pun kene tahan.
Ok. Junet ajak aku buat onar.
View kat atas cantik sangat. Subhanallah. Dan aku mestilah tak habis-habis feeling Korea. Menyampah dengan diri sendiri.
Kat sini semua pun strawberi. Eskrem Meysia pun jual perise strawberi je. Ape daa. Model yang tak tahan tu. HAHA.
Baru jumpe produk lain kat Mini Market dalam Mardi ni iaitu terung dan tomato. Ada jugak kobis besarrr gitu. Tapi kalau nak beli kat pasar lagi murah lah. Sini harga iklan je ni.
Asyik strawberi je kan.
Ada dua baru cukup syarat. MUEHEHE.
Ada jugak gerai-gerai depan Stesen Mardi ni. Tapi aku prefer pasar jugak lagi sebab murah.
Mari makan tengah hari. =) Kami singgah kat pekan CH ni kejap menjamu selera dengan Kopi Senyum. HAHA.
Ni banner yang aku jumpe sekitar pekan ni.
Sape berminat dengan pakej-pakej tu boleh lah datang kat customer caunter ni.
Misi carik souveniour.
Gambar sekitar pekan CH.
Tibe-tibe je aku terpandang pempuan ni dan snap sebab rase stail kot. HAHAHA. Terus rase nak nyanyi lagu Gang Nam stail tengok dye ni.
Tempat last kami pergi pasar untuk carik souveniour pulak. Arghh mase ni baru aku rase duit macam air sebab aku lebih gemarkan strawberi mati. Yang aku pegang tu baru seploh hinggit. Tunggu orang hadiahkan berjanggut pun tak dak kan. Kite beli sendiri je lah. HAHA.
Aku tak macam Ajik borong strawberi satu trail tiga ploh lime hinggit tu. Tapi murah gilos la kan nak banding beli kat Warta . HIHIHI.
Strawberi cicah cokelat datuk K dengan Siti aum-aum pom ada kat sini. Mane buleh tak dak kan. Menangis pulak si Rahmah Ram tu kan. Tiga cucuk lime hinggit aje. Murahhh kan.
Aku nan hado aih beli strawberi hidup. Hater strawberi kan. HAHA. Aku pencinta strawberi mati je. Tak lupe sebagai kakak penyayang sehelai seorang baju tshirt CH untuk Fatin dan Faris. Tak sabar nak balik pakai baju tido CH sama dengan Fatin. HAHAHA.
Dan kalau Ain Hawani ada Cik Ted dia. Aku pulak dengan gediknye ade Cik Beri-beri lime belah hinggit haku. Bes tau pelok tido memalam sebelom kawen ni. Lepas kawen masuk tong sampah je ni. HAHAHA.
Fuh, menaip entry sampai tiga pagi tu. Gigih aku kena settle entry ni sebab esok nak gi PWTC pulak makan-makan, jalan-jalan kat HALFIEST. HIHIHI. =)





-tile.jpg)


















untunglah pergi cameron..
ReplyDeletelepas tu feeling2 perempuan ngandung plak kan..
huhuhhuh..
aku dulu masa g cameron, duk dpn.. then kunyah asam or gula2 rasanya untuk hilangkan loya...
huhuhuh...
@Cikgu Fikri
ReplyDeleteaku memang over kan cikgu fiq. hehehe. kau pun untung da penah gi lame dulu