Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Jumaat lepas bersamaan dengan 28 September 2012, budak-budak batch aku pergi BIG lah pulak. Baru je rasanye satu batch pergi camping sama-sama. Ukhwah terjalin sungguh la kan.
Kebiasaannya semester 4 punyer BIG kene hadapi program anak angkat. Tapi terima kasih kepada kerajaan Malaysia, budget tak cukup tak yah aku pergi tido rumah Tok Batin bagai. Kali ni kami cume perlu buat khidmat masyarakat je dekat sekolah kampung orang asli kat Sepang. Ade jugak lah unsur-unsur orang asli gitu.
Mase kami sampai tengah hari Jumaat kat sekolah tu, murid-murid tak balik lagi pun. Diorang tengok pelik je. Dah la sekolah ni pun kat Sungai Pelek kan. HAHA. Ape kaitannya haaa..
Sesi mengecop tempat tido atas tikar tak berapa nak mengkuang. Aku feel-feel kem darjah 6 dolu-dolu pun ada masa ni. Rase home sick tetibe plak. HIHI.
Lapar. Lapar. Nasib baik Kak Na bawak cekedis. HIHI.
Awal-awal datang sini kami dah tak dak kerja dah. Pak cik askrim ni pulak macam taw-taw je ramai pelarian datang tido sini malam ni. Memang untung habis la jual aiskrim kat sini. HIHI.
Ok, siap-siap nak mulakan tugasan lepas budak laki balik solat Jumaat. Tugas kami ialah hias kantin dan buat mural doa sebelum dan selepas makan. Maklumlah kami kan teror buat khat. Pemenang no 5 ada dalam kelas kami kot ritu. HIHI.
Bersungguh-sungguh boboboy kelas aku buat keje ni ha.
Orang lain sibuk berebut nak buat keje. Jadi aku bagi can la kan kat orang-orang yang rajin ni. HIHI.
Sepanjang tugasan ni kami dah bagi-bagi kerja ikut kelas. Ada yang kena buat mural, ada yang cat sekolah, ada yang buat taman. Macam-macam lah. Depa budak Tesl ni bahagian makanan.
Masing-masing konon sibuk buat kerja , padahal sibuk mengonlinekan diri. Wah, walaupun di sekolah orang asli, wifi dye nauzubillah laju tak hengat nak banding dengan maktab perguruan Islam. Arghh. Jeles.
| Zamir menyelit Ratu khat kite, Nisa ketua tugasan kelas aku ni. |
Suasana masa ni sangat mendamaikan. Ada yang bermain bola dengan anak orang asli, ada yang masak, ada yang jalan-jalan je ambik gambar. HIHI.
Kelas Yana kena buat Taman Mini Herba. Lepas bosan-bosan merayap lah dye kat kelas aku pulak.
The second day. Muke bangga ambik gambar awal pagi. Tuhan saja tahu feeling pakai baju batch baru yang tak mandi dari petang semalam sebab tak nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri. HAHA. Air kat sekolah ni kurang, nak berry-berry dan kici-kici pun Tuhan saje lah yang tahu. Tahan je lah sampai balik maktab. HIHI.
Semua orang bersedia untuk senamrobik. Termasuklah Kak Azie somel buat gaya cute. Tapi jangan excited sangat yer kawan-kawan. Kalau berpeluh susah nanti. Dah la tak mandi dari semalam. Angkat ketiak sambil sedut-sedut udara segar. HAHAHA.
Senamrobik handled by PJ`s student.
Kami meneruskan kerja-kerja yang tak sudah-sudah dari semalam. Tapi biasalah kehidupan, ada yang tak cukup tangan, ada yang masih mampu menongkak dagu. HIHI. Sori, FH.
Tidak kurang juga dengan golongan yang masih mampu bersuka ria. HAHA. Ditakdirkan kelas aku buat ni je, ada jer budak kelas lain yang kena bersih kubur la, bersih bangunan JKK la. Tapi kami tetap duk sini je. Sebab ni je keje kami.
Dan, ini lah mangsa kita sebenarnya. Golongan ini lah yang berkorban tenaga dan tak pakai baju baru pun. Maceh budak laki sebab sayang kat kami. Tak bagi kami tonggek-tonggek bontot sebab tu depa rela depa aje yang buat keje ni. Amacam, sweet tak depa ni. Sape nak cop buat skandal? HAHA.
Muke happy ke muke sedih ketua kelas aku ni. HAHAHA.
Yuhuuu. Setelah dihalau dari kantin sebab diorang kata ramai sangat kat sana. Kami pergi beli aiskrim lagi la. Pak cik macam taw-taw ja 2 hari kami mai sini. HAHA.
Sesi penutup bermula.
Banner program.
BIG ni memang terkenal dengan peluang anda menternak lemak. Sodap-sodap makan bile pi BIG. Gambar ni ketika santap jamuan perpisahan dah ni. HIHI.
HIHIHI.
Kenangan di depan sekolah. Tanda kami dah jejak kaki ke sini.
Nak balik dah.
Bersama Cik Ton. Tata. Jumpe siri 2 plak.
xder muka aku pun..
ReplyDeletehahahahahaha..
xder mural ktorang pun..
hahahahha..
sajer jerk..
btw, gambar ko nmpk comel di situ yer...
:)
eh lupa nk ckp,
ReplyDeleteciter mara clara tu aku tgk kat tv jerk..
tu pun xtgk selalu sbb gigih wat asgment aritu..
rupa2nya aritu episod last..
geram giler terlepas...