Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.
Hari ni bersamaan denganKhamis, 20 September 2012 sebab aku taip entry ni pukul 2 pagi ye kawan-kawan. Alkisahnya, aku buat-buat sibuk sebab Jumaat nak hantar assignment Akhlak fullsetop.
Oleh kerana buat-buat sebok aku tido petang kejap je lah. Orang susah hati buat keje last minute mane buleh tido lelame kan. Bangun-bangun je kepala rasa macam nak tido lagi, tapi tak gamak pulak tengok Nida syok je buat keje kan. Last-last aku bukak blog Kak Ana, sekali ada pulak iklan Kak Ana makan burger bakar kat blog beliau hari ni.
Warghhh. Aku pun ape lagi. Mane buleh jadi cam ni. Otak aku ligat duk pikir, kebetulan betol lah semalam mase pergi beli barang masak dengan Mah semalam aku dah ternampak dah ada gerai burger bakar kat depan Econsave Jalan Reko tu. Tapi masa tu aku diamkan agi sebab nafsu aku tak membuak-buak lagi.
Tapi sekarang tidak lagi. Kak Ana telah membuatkan aku terus mencapai kunci motor dan terus vroommm ke Jalan Reko semata-mata burger ni. HAHA. Amacam hiperbola tak? HIHI.
| Abang ni aku syak saje je masuk tepi sebab dye tengok aku kuarkan kamera. Terus dye control macho. HIHI. |
Ni lah kedai burger bakar tu. Aku ingatkan cawangan dye sama macam yang Kak Ana pergi tu. Rupa-rupanya lain. Ada macam-macam brand kedai burger bakar, kat situ saje ade dua. Hari ni aku try dulu kedai burger bakar cheesy @ gulai panas ni.
Aku snap jauh-jauh supaya tak nampak jakun. HIHI.
Dan ini dia hasilnya. Auwwwwwwwwwwwwwwww. Sedap gile weh serius tak tipu. Walaupun kami dah bedal nasik dan sup fuchuk yang Nida masak sebelum makan ni. Tapi kenikmatan dye masih jelas terasa. Dagingnya yang juicy memang enak dimakan begitu sahaja. HAHA. Yang aku beli ni saiz premium. Bodoh je aku tanya abang tu:
Aku: Bang, bang yang premium ni paling besar kan? besar mana ek? (dengan nada nak burger paling besar di dunia)
Abang burger: Besar jugak lah dik, besar pinggan.
Kemain aku mengharapkan besar pinggan yang selalu Mah gune makan nasik. Tapi boleh la besar pinggan party ni. HIHIHI.
Sedap. Serius tak tipu. Nak kata muak pun tak delah muak sangat sebab aku makan bertiga kot. Kalau sorang-sorang bedal mahu muntah lembu sekor ni. HIHI. Tapi aku rase lagi bes kalau cheese dye tu jenis cair, yang kat sini cheese dye biasa je.
Nanti aku nak cari yang lagi best ah. Lagi senang aku cari kolestrol daripada ubat kurus kan. Nan hado stress. HAHA.
pergh..
ReplyDeleteserius menggoda...
aku selalu pergi GULAI PANAS tu..
sedap...
ada cm2 nasi goreng sedap... :)