Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kerana kerajinan melampau hari ni aku buat satu blog list yang aku paling gemar untuk masa ini. Nanti kalau aku delete history aku, tak de lah payah nak cari semula link blog-blog ni. Ye dak. HIHI.
1. Blog Cahaya Cintaku. [Klik untuk tengok blog Kak Ana]
Aku tak segan nak mengaku aku peminat fanatik blog Kak Ana walaupun aku masih muda anak dara dan belum menjadi mak-mak. Sejarah mula-mula aku jumpa blog beliau ni sebab nak cari resepi kot. Mungkin dah 2-3 tahun jugak sebab aku baca blog Kak Ana since aku foundation.
Dan sejak dari hari tu bermulalah episod di mana aku kena tiap-tiap hari bukak blog dia sebab dah addicted. Bangun tidur hujung minggu muke lap-lap kat tuala tanpa mandi pun dah buka laptop dulu sebab nak tengok macam mana Dak Hafiz first day pergi sekolah, Ain buat ape kat sekolah semalam. Ica pulak dah pandai sebut ape. Eh, dah macam familiar sangat pulak dengan diorang padahal tak pernah kenal-kenal pun.
Kat kelas pun aku pernah curi-curi bukak tenet sambil baca blog Kak Ana sebab bosan belajar BA. Eh, ye eh? HAHAHA.
Dari resepi, vocation, pengurusan anak, pengurusan suami, pengurusan rumah tangga semua aku belajar dari dia. Yangg paling tak leh blah, air liur meleleh je nih sebab banyak resepi baru aku baca sambil puasa.
Ibarat kata hiperbolanya ialah, tak baca Metro Online 2-3 hari atau tak hupdate isu semasa seminggu pun tak pa. Asalkan aku sentiasa hupdate blog beliau. Rasenye kalau Kak Ana ada baca entry ni ada tak dia nak masakkan aku ayam panggang rosemary tu sebab terharu. :)
2. Blog Yang Penting Rupa (Y.P.R)
Aku baru saja berjinak-jinak dengan blog ijaicool ni. Tak sampai sebulan lagi kot. Adalah malam tu aku nak cari Singer Bangi kat Google Image, sekali keluar pulak gambar warta. Bila dah keluar gambar tu, aku tekan la dan rupanya dari blog ni. Bila baca terus jatuh hati nak baca dari awal.
Aku rasa salah satu sebab aku baca selain dye ni cool habis, CEH. :) ialah aku rasa aku sangat relate dengan kehidupan dia sebab rumah dia tak jauh pun dari maktab aku. Rumah dia kat pasar malam Fasa 1 tu je eh. Tapi tak tau la kalau dia tipu. HIHI.
Satu benda yang aku nak sangat buat lepas bace his blog ialah kemesraan dengan kawan-kawan yang tiada batasannya. Serius aku jeles dengan aset kawan yang dia tu. Aku? Ade je kawan. Tapi tak de sampai tahap berkawan macam dia kot. Ouh. Heaven nye ade crazy fren. Mungkin aku patut bersyukur je dengan tahap kawan yang aku ade sekarang. Better ade dari aku jadi kera sumbang lak kang.
Ouh yer. Dia pun ajar aku jangan menulis something yang baik je dari kita. Perlu lebih jujur dalam penulisan sebagai iktibar kepada orang lain.
3. Blog Asmara Life
Blog Kak Asmara ni aku jumpe mase ramai orang duk tagged-tagged contest hadiah dari Jepun kot. Setelah dikenalpasti, aku sangat sukakan blog yang full of foods and places. Lagi-lagi pulak depa ni duk kat Jepun dan aku suke kan blog yang cerita lain daripada yang lain. Nak banding dengan blog aku memang tak de lah kan cerita mahal-mahal bersiaran langsung dari Jepun cenggini. Tapi, who knows? Mungkin aku bakal ikut suami kerja di Busan ke? Sebab tu lah aku tulis dari sekarang. HAK TUIH. :)
Mama Batrisya, Haziq dan Haqem ni banyak tulis aktiviti diorang di Jepun. Gamaknya aku ni memang jenis suka dengan blog pengurusan rumah tangga kot kan. Jiwa pra suri rumah gitu.
4. Blog Salam dua Benua
Aku baru je hilang jejak link blog family mixed ni. Sebab tu lah aku tulis entry cenggini. Dua tiga bulan pertama senang saje duk hafal link. Bile dah seminggu tak bukak mula lah semua hilang begitu sahaja. Nak belek dashboard macam banyak sangat tak larat nak belek satu-satu je, history lagi lah.
Blog ni pulak berkaitan dengan seorang akak 'Lemongrass' yang kahwin dengan Australian 'The Other Half' with their daughters iaitu Miss 13 dan Miss 8 yang sebijik muke mat saleh dah la. Sweet sangat bile bace their routine dan feeling nak sangat belajar masak sebab aku tahu suami sangat suke kalau isterinya pandai masak. Right? HIHI
Akak Lemongrass dah la banyak tulis resepi yang nampak grand gile tapi ekcelli gune frozen food aje. Jadi, harus lah aku menuntut segala ilmu yang beliau ada kan? By the way, aku perasan I can kill two birds with a stone sambil buang masa sambil praktis English sebab half of her entries is in English.
5. Blog Billy Info
Aku sangat kagum dengan tuan punya blog ni yang cukup berwawasan tinggi buat blog cenggini. Kadang-kadang aku malas sangat nak blog walking tapi dalam ngantuk-ngantuk boleh terbeliak mata tengok tajuk kat dashboard yang naik dari Billy Info seperti Ingin Tahu Saiz Spender Rozita Che Wan? Eh, cenggitu ke tajuk nya. HUHU. Lebih kurang la kot. Jahat sungguh fitnah aku. HAHA.
Tapi blog ni berinfomasi sungguh la. Aku yang lebih suke spend time tido dan layan blog Kak Ana je rase lebih hupdate dengan dunia gitu lepas baca Billy Info nih. Buktinya, tanya saja kat mana boleh dapat servis awek sewa untuk ringan-ringan murah-murah Pasti aku boleh menjawab tanpa ada sebarang keraguan.HAHA.
6. Blog Model-80 an.
Pergh. Memang lawa gile dah header dye. Tak terbanding la dengan gambar aku yang baru 21 anak dara tang tang tapi body. Alahai. Menyedihkan. Segan aku nak panggil mak cik. Tapi afdhal panggil mak cik sebab anak Mak Cik Nani ni dah tua dari aku kot.
Dalam dunia blog sapa tak kenal Hanis Zalikha kan. Tapi tatau lah kenapa aku lagi minat her mom instead dia. HAHAHA. Lagi berfaedah aku tengok resepi-resepi menyelerakan Mak Cik Nani, tips kecantikkan dan banyak lagi lah. Tips kehidupan pun tak ketinggalan.
Dah lama tak buat segmen ala-ala review kat blog nih. Sekarang la ni pulak aku nak buat tengah orang sibuk-sibuk beribadat. Dah la tu, janji buat 5 aku buat 6 saje je nak test sapa yang perasan sapa yang tak. Sape perasan sile pm aku untuk tuntut hadiah. Ni buktinya korang baca each perenggan yang aku taip kan.
Eh, kalau orang tanya aku tak baca blog agama ke? Jawapan sombong aku ialah aku tak suka baca hal agama kat blog. Takut salah info. Ada apa-apa aku baca kat Solusi je. Kitab Al-Umm dan Fikh Man Hajj pun belum khatam-khatam algi. Aku baca kat kitab-kitab kuning je. HAHAHA.
Gossip liar: Aku pernah terdengar ustaz yang baru nak naik nama Ramadhan ni kata dalam Al-Kulliyah : "You are what you read, not what you eat."
Tak heran lah aku asyik nak suami kaya, feeling-feeling jadi suri rumah instead jadi cikgu. Berangan nak jadi isteri paling membahagiakan suami dalam dunia ni. Nak jadi super woman to my man. Arghhhh. STRESS!!! Aku patut banyak cari blog cikgu kot lepas ni untuk naturalise kan semula angan-angan aku kepada realiti.






No comments:
Post a Comment